UIS Serah Buku Penyelidikan “Pembangunan Model Mualaf Profesional Sebagai Pendakwah Kepada PERKIM
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟳 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Usaha memperkasa dakwah dalam kalangan mualaf terus diperkukuh apabila satu model komprehensif berasaskan penyelidikan berjaya dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara Universiti Islam Selangor (UIS) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Majlis Penyerahan Buku Hasil Penyelidikan bertajuk “Pembangunan Model Mualaf Profesional Sebagai Pendakwah” berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Bangunan PERKIM di sini hari ini, menjadi titik penting dalam memperkasa pembangunan modal insan Islam yang lebih inklusif dan berstruktur.
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗗𝗿 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗶𝘇𝗮 𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 mengalu-alukan kehadiran delegasi UIS yang diketuai 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸, 𝗣𝗿𝗼𝗳 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗗𝗿 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗮𝗺 𝗔𝗯𝗱 𝗠𝗮𝗷𝗶𝗱 bersama 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸, 𝗡𝘂𝗿𝘀𝗵𝗮𝗺𝗶𝗿𝗮 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.
Kerjasama penyelidikan ini merupakan hasil pemeteraian Memorandum of Agreement (MoA) antara UIS dan PERKIM pada 9 Januari 2024 dengan jumlah dana RM20,000 yang disumbangkan secara bersama oleh kedua-dua pihak.
Kajian tersebut melibatkan 10 informan, tujuh pakar bidang serta enam pelaksana, sekali gus menghasilkan satu model praktikal yang boleh diaplikasikan oleh PERKIM dan institusi dakwah lain dalam melatih mualaf profesional sebagai pendakwah yang berkesan.

𝗣𝗿𝗼𝗳 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗗𝗿 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗮𝗺 𝗔𝗯𝗱 𝗠𝗮𝗷𝗶𝗱 dalam ucapannya berkata pembangunan model itu berasaskan penglibatan aktif golongan mualaf profesional dalam aktiviti dakwah serta input masyarakat yang pelbagai.
“Daripada penglibatan ini, kita dapat mengenal pasti spesifikasi penting dalam membentuk model mualaf profesional. Model ini bukan sekadar teori, tetapi dibina untuk diaplikasikan oleh pelaksana di lapangan,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa hasil penyelidikan tersebut tidak seharusnya hanya tersimpan sebagai rujukan akademik, sebaliknya perlu dimanfaatkan secara meluas dalam pelaksanaan program dakwah.
“Kami komited untuk terus bekerjasama dengan PERKIM bagi memastikan model ini dapat direalisasikan dalam pelbagai bidang profesional,” ujarnya.

Sementara itu, 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗬𝗕𝗵𝗴 𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶 menyifatkan pembangunan model tersebut sebagai sangat relevan dengan peranan PERKIM sebagai sebuah organisasi Islam yang memfokuskan kepada dakwah.
Menurut beliau, kewujudan modul yang sistematik dan boleh diukur akan memudahkan PERKIM melaksanakan latihan kepada golongan profesional yang berpotensi menjadi pendakwah.
“Dengan adanya template dan pendekatan yang telah dibuktikan berkesan, kita bukan sahaja dapat melatih daie profesional, malah mampu menilai, menambah baik serta memperluas pelaksanaan dakwah secara lebih tersusun,” kata Datu Mersal.
Beliau turut memaklumkan bahawa PERKIM akan memanfaatkan model tersebut dalam program latihan di institusi di bawahnya termasuk Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL) dan Institut Dakwah Islamiah PERKIM Kota Bharu (IDIP-KB).
Tambahnya, pelaksanaan pelan tindakan (execution plan) akan dimulakan dalam masa terdekat bagi memastikan model tersebut diterjemahkan kepada program sebenar di lapangan.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyerahan buku oleh Prof Madya Dr Mariam kepada Datu Mersal sebagai simbolik kejayaan kerjasama penyelidikan berkenaan, diikuti sesi bergambar kenang-kenangan serta jamuan makan tengah hari.
Turut hadir ialah Eksekutif Pentadbiran PERKIM Kebangsaan, Ahmad Hasaidi Said; Eksekutif Kewangan, Mohd Aizat Rosli; Eksekutif Media, Firdaus Lokman Tah serta Eksekutif Dakwah 2, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan.
Pembangunan model ini dilihat sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh ekosistem dakwah negara, khususnya dalam melahirkan pendakwah profesional dalam kalangan mualaf yang mampu menyampaikan mesej Islam secara lebih efektif, sistematik dan berimpak tinggi.

Kepimpinan PERKIM mengalu-alukan dan menyambut mesra Prof. Madya Dr. Mariam Abd Majid (kiri) ke PERKIM Kebangsaan.

Prof. Madya Dr. Mariam berkata pembangunan model itu berasaskan penglibatan aktif golongan mualaf profesional dalam aktiviti dakwah serta input masyarakat yang pelbagai.

Menurut Prof. Madya Dr. Mariam, model ini bukan sekadar teori, tetapi dibina untuk diaplikasikan oleh pelaksana di lapangan.

Datu Mersal menyifatkan pembangunan model tersebut sangat relevan dengan peranan PERKIM sebagai sebuah organisasi Islam yang memfokuskan kepada dakwah.

Jelas Datu Mersal lagi, kewujudan modul yang sistematik dan boleh diukur akan memudahkan PERKIM melaksanakan latihan kepada golongan profesional yang berpotensi menjadi pendakwah.

Prof Madya Dr Mariam menyerahkan buku hasil penyelidikan kepada Datu Mersal sebagai simbolik kejayaan kerjasama bersama.

Warga dan kepimpinan PERKIM berkempatan bergambar kenang-kenangan bersama Pengarah Pusat Penyelidik UIS.



