Pengumuman

Pencarian Ejen Hartanah Bagi Bangunan PERKIM

ππ„ππ‚π€π‘πˆπ€π 𝐄𝐉𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππ€π†πˆ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπˆπŒ

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan kini sedang membuka peluang kepada ejen-ejen hartanah berdaftar yang berminat untuk bekerjasama sebagai Ejen Hartanah β€œInclusive” bagi tujuan mencari bakal penyewa ruang di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.
Langkah ini merupakan inisiatif PERKIM bagi mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan ruang di bangunan tersebut, di samping memperkukuh kedudukan organisasi sebagai sebuah institusi kebajikan Islam yang berdaya saing dan mampan dari segi pengurusan hartanah.

Bagi memberi penerangan lanjut tentang tawaran kerjasama ini, satu sesi taklimat khas akan diadakan pada hari Rabu, 19 November 2025, jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Tingkat 4, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.

Ejen-ejen hartanah berdaftar yang berminat dijemput hadir ke sesi berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung terma, syarat serta peluang kerjasama yang ditawarkan oleh PERKIM.

Menurut pihak pengurusan, inisiatif ini turut memberi ruang kepada penggiat industri hartanah tempatan untuk bersama-sama PERKIM dalam menjayakan agenda pembangunan sosioekonomi Islam melalui penyewaan ruang komersial yang bersesuaian di bangunan organisasi ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi π„π§πœπ’π€ 𝐌𝐝. π„πšπ€π³πšπ¦ di talian πŸŽπŸ‘-πŸ’πŸŽπŸ’πŸπŸπŸ’πŸ–πŸ atau emailkan kepada 𝐒𝐧𝐟𝐨@𝐩𝐞𝐫𝐀𝐒𝐦.𝐧𝐞𝐭.𝐦𝐲.

Related Articles

Back to top button