YTM Tunku Noor Hayati Pengerusikan Mesyuarat Agung Wanita PERKIM Kebangsaan Ke-45
ᵒˡᵉʰ: ˢᴿᶻ
𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝟐𝟕 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓 – “Saya menyeru semua ahli agar melaksanakan amanah dakwah dan kebajikan dengan ikhlas, mengetepikan agenda peribadi serta memperkukuh ukhuwah demi mengelakkan fitnah,” kata YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Tunku Noor Hayati selaku Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan menyampaikan ucapan dasarnya ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM ke-45 bertempat di Sri Makmur 2, Hotel H Elite Design, Tunjong, dekat sini pada pagi Ahad.
Seramai 158 Wanita PERKIM terdiri daripada ahli majlis, perwakilan dan pemerhati dari seluruh Malaysia telah menghadiri persidangan mesyuarat tersebut.
Mesyuarat agung membuka tirainya dengan lagu Negaraku dan lagu Wanita PERKIM sambil dinyanyikan dengan penuh semangat dan kewanitaan.
Ia disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran disampaikan oleh Johan Qariah Peringkat Kebangsaan Antarabangsa, YBhg Dato’ Hajah Faridah Mat Saman.
Tunku Noor Hayati dalam ucapannya turut mengambil keempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta mengajak ahli-ahlinya mendoakan kemenangan umat Islam di Palestin.
Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah di atas persiapan dalam membantu menjayakan mesyuarat agung khususnya kepada Pengerusi Wanita PERKIM Negeri Kelantan merangkap Isteri Menteri Besar Kelantan, YBhg Datin Panglima Perang Wan Nor Hanita Wan Yaacob dan Ahli Jawatankuasa Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kelantan.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa mesyuarat ini bukan sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan, tetapi platform untuk menilai perjalanan setahun dan merancang masa depan.
Beliau berharap dan berdoa agar segala gerak kerja dakwah dan kebajikan dipermudahkan dan diberkati.
Tunku Hajah Noor Hayati turut menekankan cabaran dakwah kini bukan hanya terhadap mualaf, tetapi juga membendung gejala sosial dalam kalangan anak muda Islam.
Beliau melahirkan rasa syukur atas sokongan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang memberikan peruntukan tahunan kepada Wanita PERKIM Kelantan dan berharap negeri lain turut berusaha mendapatkan sokongan serupa.
Mengakhiri ucapan, beliau mengingatkan tentang pemilihan kepimpinan akan datang, menyeru agar memilih mereka yang ikhlas dan berkaliber.
Wanita PERKIM Kebangsaan turut menyokong Premier Sarawak, YAB Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg sebagai Yang Dipertua PERKIM pada pemilihan Mesyuarat Agunt Tahunan PERKIM Kebangsaan ke-64 pada 10 Mei kelak.
Beliau mendoakan semua jemaah haji dipermudahkan urusan dan menyeru seluruh hadirin terus berdoa agar usaha dakwah diberkati Allah dan negara kekal aman dan sejahtera.
Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan kali ke-45 kemudiannya bersidang membincangkan beberapa agenda antaranya meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan kali ke-44; menerima Laporan Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan; meluluskan Akaun bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024; meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2025; memilih perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan kali ke-64 dan ucapan penangguhan.
Turut hadir ialah kepimpinan Wanita PERKIM Kebangsaan iaitu Setiausaha Kehormat, YBhg Dato’ Hajah Maznah Dasmi; Bendahari Kehormat, YBhg Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf; Pengerusi Tetap, Hajah Hasnah Mohamed; Timbalan Pengerusi Tetap, YBhg Datin Hajah Mazlin Darus; Ahli Majlis, YBhg Datin Mawanchik Che Jais, YBhg Datin Paduka Hajah Norsiah Haji Haron, YBhg Datin Hajah Normala Mohmad Zin, Hajah Norizan Ismail, Ustazah Maizura Shamsuddin, YBhg Dato’ Dr Hajah Munirah Mohd Hassan, YBhg Dato’ Hajah Nurzarina Haji Sepran, Azlifa Md. Idris, Norliza Haji Md. Yamin serta YBhg Datin Hajah Asmah Md. Rashid.
Para delegasi mendaftar diri sebelum masuk ke dewan mesyuarat agung tahunan.
Salah seorang perwakilan Wanita PERKIM Negeri Kelantan mendaftarkan kehadiran disaksikan urus setia.
Salah seorang perwakilan berkesempatan berswafoto bersama Yang Teramat Mulia Ketua Wanita PERKIM.
Perwakilan Wanita PERKIM Negeri Kedah merakamkan kenangan manis bersama Tunku Noor Hayati ketika ketibaan tibanya di dewan mesyuarat.
Wanita PERKIM bersama-sama berdiri tegak sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh hormat.
Lagu Wanita PERKIM turut dinyanyikan dengan penuh semangat kewanitaan.
Pengacara majlis
YBhg Dato’ Hajah Faridah Mat Saman selaku Johan Qariah Peringkat Kebangsaan Antarabangsa memperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Ustazah Mimizairul Ahmad memimpin bacaan doa pembuka majlis.
Tunku Noor Hayati bersama para delegasi menadah tangan ketika doa dibacakan.
Hajah Hasnah Mohamed selaku Pengerusi Tetap memulakan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-45.
Ketua Wanita PERKIM, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyampaikan ucapan dasar pada mesyuarat tersebut.
“Saya menyeru semua ahli agar melaksanakan amanah dakwah dan kebajikan dengan ikhlas, mengetepikan agenda peribadi,” kata Tunku Noor Hayati.
Para delegasi Wanita PERKIM mendengar amanat dan nasihat disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Ketua Wanita PERKIM.
Para delegasi yang hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-45.
Perwakilan Wanita PERKIM Kelantan.
Perwakilan Wanita PERKIM Pahang.
Perwakilan Wanita PERKIM Wilayah Persekutuan.
Perwakilan Wanita PERKIM Johor.
Perwakilan Wanita PERKIM Selangor.
Perwakilan Wanita PERKIM Perak.
Perwakilan Wanita PERKIM Kedah.
Perwakilan Wanita PERKIM Pulau Pinang.
Perwakilan Wanita PERKIM Melaka.
Perwakilan Wanita PERKIM Terengganu.
Perwakilan Wanita PERKIM Perlis.
Perwakilan Wanita PERKIM Sarawak.
Perwakilan Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
Perwakilan Wanita PERKIM Negeri Sembilan.
Setiausaha Kehormat, Dato’ Hajah Maznah membentangkan Minit AGM Wanita PERKIM yang lalu dan Laporan AGM Wanita PERKIM untuk disahkan sekali gus diterima.
Bendahari Kehormat, Dr Nur’azah membentangkan akaun Wanita PERKIM yang lalu.
Kopi Cappucino dan jus Pomegranate antara produk keluaran Wanita PERKIM.
Perwakilan Wanita Wilayah Persekutuan menyampaikan ucapan penangguhan.
Ucapan penangguhan disampaikan oleh Perwakilan Wanita PERKIM Johor.
Perwakilan PERKIM Pulau Pinang menyampaikan ucapan penangguhan dengan unsur jenaka.
Para delegasi mendengar ucapan penangguhan yang disampaikan oleh perwakilan negeri-negeri.
Pengerusi Wanita PERKIM Negeri Kelantan, YBhg Datin Panglima Perang Wan Nor Hanita Wan Yaacob turut menyampaikan ucapan penangguhannya sambil diselitkan pantun dialek negeri Kelantan.
Tunku Noor Hayati membuat kesimpulan dalam ucapan penggulungannya pada hujung mesyuarat tersebut.
Wanita PERKIM Kebangsaan turut memberi sokongan sepenuhnya kepada Premier Sarawak, YAB Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg sebagai Yang Dipertua PERKIM pada pemilihan Mesyuarat Agunt Tahunan PERKIM Kebangsaan yang akan datang.
Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan bergambar kenangan seusai mesyuarat.
Wanita PERKIM Negeri Kelantan turut merakamkan kenangan bersama pengerusinya, YBhg Datin Panglima Perang Wan Nor Hanita Wan Yaacob (duduk, tengah).