Terengganu
PERKIM BAHAGIAN NEGERI TERENGGANU
KOMPLEKS MDM,
TELAGA MENGKUDU,
21400 MARANG
TERENGGANU DARUL IMAN
Tel : 09-6193832
Fax : 09-622 8468
Email: perkim_terengganu@yahoo.com.my
[button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/cawangan-terengganu” text=”Cawangan”] [button class=”btn_smalllightgreen” url=”http://www.perkim.net.my/organisasi-terengganu” text=”Organisasi”]
PERKIM Bahagian Negeri Terengganu telah pun dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada hari Jumaat, 14 Mac 1975 bersamaan 1 Jamadilawal 1394 H di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu.
Y.A.B. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu telah dipilih sebagai pengerusinya yang pertama dan setiausahanya Y.Bhg. Dato’ Perwira Negara (Dato’ Hj. Wan Salleh Mahmood) yang pada waktu itu memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Jumaah Bandaran Kuala Terengganu.
Semasa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Mokhtar Ahmad berkhidmat sebagai pengerusi, banyak sumbangan yang dicurahkan kepada PERKIM Bahagian Negeri Terengganu dalam bentuk bantuan kewangan tahunan kerajaan bagi projek-projek dakwah pengislaman, bantuan-bantuan kebajikan dan sosial termasuk pemberian modal kepada saudara-saudara kita untuk menjalankan perniagaan dalam kehidupan baru sebagai orang Islam. Jasanya yang paling besar ialah meluluskan sebidang tanah untuk PERKIM Bahagian Negeri Terengganu yang terletak di dalam Bandar Kuala Terengganu.
Y.A.B Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Hj. Wan Mokhtar Ahmad telah mengundurkan diri sebagai Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Terengganu dalam tahun 1980 dan jawatan tersebut di ambil alih oleh Dato’ Perwira Negara (Dato’ Hj. Wan Salleh Mahmood).
ORANG ASLI TERENGGANU
Orang Asli Terengganu berjumlah 800 orang. Mereka berada di 3 buah kampung iaitu Sungai Pergam (Kemaman), Sungai Berua (Hulu Terengganu) dan Sungai Sayap (Hulu Besut). Kesemua mereka adalah saudara muslim.
PERKIM melaksanakan aktiviti dakwah ke perkampungan Orang Asli dan juga mengadakan kursus-kursus pembangunan kerohanian di luar.
Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Terengganu (JHEOA), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM), Universiti Darul Iman (UDM) Kampus Kusza, Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan agensi-agensi lain.