SUA PERKIM Ziarah Suami Mualaf Lumpuh

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI
Amalan kebajikan bukan sekadar memberi manfaat kepada orang dibantu, malah turut berperanan menyucikan jiwa.
Sebab itulah Islam menggalakkan umatnya saling membantu dalam usaha memperkukuhkan ummah.
Menyedari kepentingan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan ke Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang, Selangor untuk menziarahi Mohd. Nizam Hamzah, 37, suami kepada saudara baru, Siti Sarah Mendoza, 43, pada 20 Disember 2018 lalu.
Rombongan ziarah diketuai oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.
Turut hadir ialah Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM, Muhammad Farhan Tee Abdullah, Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan dan Pembantu Peribadi Setiausaha Agung Kehormat, Azizah Mohd. Yusof.
Nizam mengalami koma dan tidak sedarkan diri kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah motosikalnya dirempuh dengan sebuah kereta ketika beliau berhenti di persimpangan lampu isyarat sewaktu pulang bekerja di Ampang Jaya pada 31 Julai 2017 lalu.
Menurut Sarah lagi, suaminya dirempuh dari arah belakang sehingga motosikal model Honda EX-5 mengalami kerosakan teruk dan topi keledarnya pecah serta menyebabkan beliau mengalami kecederaan otak dikenali severe intracranial blood.
Nizam ketika itu baru sahaja pulang setelah selesai melaksanakan tugasannya sebagai pemandu van bermula Mei 2017 melalui syarikat van persiaran.
Sarah memeluk Islam pada 12 April 2008 lalu juga merupakan pelajar kelas harian PERKIM Kebangsaan terpaksa berhenti pengajian beliau serta merta demi menjaga suaminya yang tidak boleh bergerak seperti sediakala.
Setiap hari Sarah akan menjaga suaminya dengan mengelap badan, makan menggunakan saluran tiub dan menukarkan lampin pakai buang.
Sarah memerlukan kos bagi menampung perubatan dan rawatan bulanan suaminya iaitu 15 tin susu Ensure berharga RM90 setin, 5 tin susu Myotein berharga RM75 setin dan 10 bungkus lampin dewasa berharga RM150 dan 2 unit tiub catheter berharga RM50.
Ibu dan adik beradik suaminya turut memberi sumbangan seperti katil pesakit dan perbelanjaan harian.
Pasangan suami isteri ini dikurniakan dua orang anak yang masih kecil iaitu Muhammad Azim, 9, dan Nur Insyirah, 2.
Mereka mendapat bantuan dari Pusat Zakat Selangor (PSZ) sebanyak RM900 sebulan dan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM300 bagi menampung kos sara hidup mereka.
Bagi yang ingin membantu suaminya, boleh menghubungi Sarah di talian 016-977 7930 atau menyalurkan bantuan kepada nombor akaun Bank Simpanan Nasional (1410041700008540) di atas nama Mohd. Nizam Hamzah.
Dalam kunjungan itu, Dr. Yusof Noor menyampaikan sumbangan sebanyak RM300 dan barangan makanan kepada Sarah bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Rombongan PERKIM menziarahi pesakit di Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang.
Rombongan PERKIM diketuai Dr. Yusof Noor menziarahi keluarga saudara baru, Sarah (kanan) di mana suaminya lumpuh akibat kemalangan jalan raya.
Dr. Yusof Noor melawat dan bertanyakan mengenai keadaan yang dialami oleh suami Sarah, Nizam (tengah) yang sedang terlantar.
Nizam mengalami severe intracranial blood yang mengakibatkan lumpuh dan tidak boleh berkomunikasi seperti sediakala akibat kemalangan.
Atas keprihatinan PERKIM, Dr. Yusof Noor (tengah) menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan makanan kepada Sarah (berkurung biru) sambil disaksikan pegawai PERKIM.