Aktiviti Dakwah

Sesi Townhall Bahagian, Cawangan Bersama Pengurusan PERKIM

oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI


“Saya mengucapkan tahniah kepada semua sama ada pengerusi atau setiausaha yang hadir dalam perhimpunan dari bahagian dan cawangan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di seluruh Malaysia,” kata Tan Sri Dr Mohd. Yusof Noor.

“Saya gembira kerana pada hari ini, 111 buah cawangan PERKIM yang hadir daripada 173 cawangan di seluruh Malaysia,” tambah beliau.

Beliau selaku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM berkata ketika menyampaikan ucaptamanya di Mesyuarat Townhall Bersama Pengurusan PERKIM di Semua Peringkat anjuran PERKIM Kebangsaan di Hotel Dynasty, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur pada 1 November 2019 lalu.

Seramai lebih 200 peserta terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan ahli PERKIM bahagian dan cawangan seluruh Malaysia hadir di majlis tersebut.

Turut hadir ialah pimpinan PERKIM iaitu Naib Yang DiPertua, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah; Bendahari Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr Muhammad Rais Abdul Karim, Penolong Setiausaha Agung Kehormat, Datuk Hasbullah L Isa.

Peserta turut menyanyikan lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan di awal majlis.

Kata Dr Yusof Noor, program tersebut diadakan bertujuan untuk menghimpunkan ahli PERKIM dari seluruh negara dan merapatkan jalinan silaturahim dan ukhuwah di antara ahli PERKIM bahagian dan cawangan serta dapat bertukar-tukar fikiran.

Beliau memaklumkan bahawa Buku Perlembagaan PERKIM terbaharu telah siap dicetak pada malam semalam dan hadirin merupakan orang yang pertama menerima buku daripada ahli-ahli PERKIM yang lain.

Beliau turut berterima kasih kepada Naib Yang DiPertua PERKIM, Dato’ Mohd. Nakhaie Ahmad kerana menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan PERKIM dalam proses meminda dan menyiapkan Buku Perlembagaan PERKIM.

Katanya, ianya bukan suatu perkara yang mudah untuk membuat pindaan Buku Perlembagaan kerana tugasan tersebut tertangguh sejak pentadbiran bekas Naib Yang DiPertua PERKIM, AlMarhum Tan Sri Dr Sulaiman Daud lagi dan akhirnya telah selesai disiapkan.

“Buku ini sebagai panduan ahli-ahli PERKIM maka kita perlu tahu tugasan-tugasan yang termaktub dalam urusan PERKIM.

“Saya melihat banyak pertubuhan agama-agama lain mereka sebenarnya memikirkan kepada apakah yang mereka boleh berikan kepada masyarakat.

“Itulah semangat yang perlu kita dahului kerana PERKIM ini kita semolek-moleknya mendahului semangat ini kerana jika ada pertandingan, manakah satukah pertubuhan yang banyak ahli-ahlinya memberi daripada menunggu untuk mendapat? Kalau boleh PERKIM menjuarainya.

“Masyarakat pada hari ini akan memandang elok kepada kita jika laksanakan apa yang termaktub dalam perlembagaan.

Ujarnya, PERKIM akan sentiasa akan mendapat kekuatan termasuk sumbangan orang ramai atas usaha dan kerja yang kita lakukan.

Jelas Dr. Yusof Noor lagi, di antara perkara yang tercatat dalam perlembagaan ialah semua peringkat cawangan dan bahagian termasuk ibu pejabat berkewajipan mengadakan kelas agama untuk saudara baharu dan mereka yang berpotensi untuk menerima Islam.

“Saya fikir ini merupakan perkara utama dan merupakan hasrat serta buah fikiran Pengasas PERKIM, AlMarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sejak dahulu lagi.

“Kelas itu menjadi asas untuk diperlihatkan Islam supaya tidak disalah faham keadaan Islam kerana kelas menjadi penyelesaian yang terbaik.

“Sekiranya mereka yang masih belum Islam berminat untuk hadir dan mengetahui berkenaan Islam, juga dialu-alukan untuk hadir ke kelas dan sudah tentu pelajar di dalam kelas tersebut datang dari pelbagai latar belakang dan kaum.

Di Malaysia pada hari ini, majlis agama Islam di Malaysia sudah makin aktif berbanding dahulu kerana dahulunya dana tidak banyak disebabkan kurangnya pembayar zakat. Pada tahun 1950an hingga 1960an, asnaf hanya bergantung kepada zakat fitrah sahaja.

Jelas Dr Yusof Noor, mengikut pengalaman saya, pada masa lalu orang yang memeluk Islam cuma diberi beras dalam satu bekas tempurung sahaja.

Sekarang ini majlis agama mempunyai bahagian khas untuk memungut zakat perniagaan dan jika banyak syarikat yang berjaya, mereka akan mendapat berjuta-juta setahun.

Jelas beliau, peranan majlis agama adalah untuk mengagihkan kepada asnaf yang lapan.

“Keupayaan dana PERKIM sebelum ini kukuh kerana PERKIM di bawah Tunku dan di bawah Majlis Raja-Raja.

“Rupanya pembentukkan PERKIM ini walaupun ia didaftarkan sebagai pertubuhan tetapi ia bukan pertubuhan biasa kerana ia merupakan pertubuhan unik yang diasaskan Perdana Menteri pertama.

“Pertubuhan ini juga diasaskan untuk menzahirkan diri dalam aktiviti kebajikan sekali gus  menjadikan diri lebih baik seperti kelab kebajikan yang dipunyai oleh bukan Islam dan mereka aktif memberi bantuan.

Kelab-kelab tersebut bukan sahaja memberi bantuan kepada orang bukan Islam bahkah orang Islam juga menerimanya.

Di zaman Tunku juga trdapat satu perkhidmatan iaitu menolong orang yang mengalami penyakit strok pada awal mendapat kerjasama Rotary Club yang membantu PERKIM membuka Pusat Pemulihan Kesihatan PERKIM-Rotary atau kini dikenali Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE) di Bandar Baru Sentul.

Setelah pertubuhan ini disahkan oleh Perdana Menteri dan disokong penuh oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Majlis Kebangsaan Islam ia dapat usaha dakwah, kebajikan, pendidikan dan kerjasama dapat dijalankan.

“Sekarang ini, cabaran yang dihadapi oleh kita ialah untuk bersaing dengan pertubuhan yang sama peranan dengan kita dan kita kena keluarkan idea-idea baharu.

Ulas beliau, kerja kita ialah memperkenalkan kelas pelajaran dalam pilihan bahasa dan kelas pengajian yang tiada di dalam majlis atau jabatan agama Islam.

“PERKIM perlu fokus dalam mengadakan kelas pengajian Islam seperti mana ditugaskan menurut perlembagaan.

“Walaupun sedikit bilangan pelajar yang komited ianya lebih baik daripada 200 orang yang hadir.

Pada tahun 90an dahulu, terdapat empat orang dari negara Korea pernah menuntut di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) di Kuala Lumpur sebelum ia dipindahkan ke Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ujarnya selain kelas, kita perlu ada penerbitan seperti mana termaktub dalam perlembagaan kerana bahan penerbitan adalah ‘lidah’ kita.

“Penerbitan itu perlulah menepati sasaran iaitu dalam pelbagai bahasa dan pamplet yang telah dikeluarkan oleh PERKIM Kebangsaan sahaja adalah lebih daripada satu juta.

“Terdapat pelbagai bahasa dicetak melalui pamplet PERKIM iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis, Tamil, Tagalog, Jepun, Korea, Russia, Jerman dan Sepanyol.

“Kita telah edar pamplet ini di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra Putrajaya dan di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tambahnya, sambutan risalah PERKIM hebat sehinggakan kehabisan stok.

“Saya baru dapat tahu rupanya ramai pelancong pergi ke Langkawi untuk mengetahui Islam dengan lebih dekat lagi.

“Kita perlu fikirkan untuk mengadakan dan mencetak pamplet atau risalah bahasa kaum di Sabah dan Sarawak kerana ia masih dalam proses teknikal lagi.

“Selain ibu pejabat menyalurkan dana kepada bahagian, bahagian dan cawangan juga bertanggungjawab mencari dana sendiri untuk menampung kos aktiviti dan program dakwah serta kebajikan yang dijalankan.

“Sumber pendapatan kita pada masa ini salah satunya adalah dari kerajaan dan sampai bila kita mahu bergantung kepada kerajaan kerana kerajaan pun akan bertukar-tukar.

“Pada pemikiran saya ialah dengan cara pemilikan asset  Ada bahagian atau cawangan yang memiliki asset dan ada juga yang tidak memiliki apa-apa aset. Oleh itu saya syorkan kepada bahagian dan cawangan untuk mencari cara yang terbaik untuk mendapatkan dan menguruskan aset.

“Saya fikir PERKIM masih berada di dalam keadaan yang baik kerana mendapat perhatian dari kerajaan.

“Perkara yang terakhir ialah Tadika PERKIM kerana ia merupakan saluran dakwah yang paling besar dan kerana itulah Tunku membeli tanah untuk Tadika PERKIM.

Menurut sejarah, pada ketika Tunku tidak mempunyai wang untuk membeli tanah bagi membuat Tadika PERKIM dari seorang Cina, AlMarhum Tun Mustapha memberikan wangnya untuk membeli tanah tersebut.

“Bangunan tadika itu kekal sehingga ke hari ini dan apabila saya pergi melawat tadika, saya dapati bermacam-macam tadika yang wujud pada hari ini. Saya fikir kita sudah ketinggalan ke belakang.

Jelas Dr. Yusof Noor, Tunku sudah fikir dari dahulu lagi bagi memenuhi maksud pengislaman melalui wujudnya tadika dan bermula di Pulau Pinang. Tunku telah berjaya mengislamkan ramai orang yang hebat serta berpengaruh.

Dengan cara yang demikian negara kita menjadi lebih stabil dan mampu di terima oleh pelbagai kaum serta pandangan saya kesatuan yang terbaik adalah melalui agama.

Jadi apabila ada Mesyuarat Majlis Kebangsaan, ada satu kumpulan yang membentangkan mengenai Laporan Komuniti kepada Ahli Majlis Kebangsaan maka Majlis Kebangsaan bersetuju untuk meneruskan agenda Tadika Perkim.

Sekarang kita perlukan duit tetapi kita tidaklah mahu bergantung kepada kerajaan sepenuhnya kerana tadika yang seperti ini akhirnya mesti ada sentuhan korporat iaitu tadika ini mesti menjadi sumber pendapatan kita.

Tadika ini bukan sahaja kita mengeluarkan duit, malah kita mesti mendapat hasil daripadanya. Setiap negeri boleh fikir cara umtuk menambah baik tadika di negeri masing-masing seperti mana Tadika PERKIM Pulau Pinang.

Tadika kedua yang kita miliki ialah Tadika PERKIM di Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Uniknya pada tadika ini ialah ada pelajar non-muslim yang belajar di situ dan juga ada guru non-muslim mengajar di situ.

Ujar Dr. Yusof Noor lagi. tadika yang kita bina mestilah mempunyai kemudahan dan prasarana yang cukup dan di masa hadapan kita akan bina satu tadika contoh terletak di pusat.

Sebelum itu, Dr. Yusof Noor menyampaikan Buku Perlembagaan PERKIM kepada setiap bahagian dan cawangan.

Turut diadakan sesi soal jawab antara Dr. Yusof Noor bersama peserta dan program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.


Tetamu menandatangani kehadiran ketika sesi pendaftaran.


Tetamu kehormat menyanyikan lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.


Ishak Othman (kiri) membacakan doa pembuka majlis.


Antara lebih 200 tetamu yang hadir.


(Dari kiri:) Tan Sri Dato’ Dr Muhammad Rais Abdul Karim, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Datuk Hasbullah L. Isa menjayakan mesyuarat di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Dr. Yusof Noor menunjukkan Buku Perlembagaan PERKIM yang baru siap dicetak semalam.


Dr. Yusof Noor (kiri) menyampaikan ucaptama kepada tetamu yang hadir.


Hadirin mendengar ucapan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.


Ahli PERKIM bahagian dan cawangan dari seluruh pelusuk tanah air hadir di majlis tersebut.

Kelas, penerbitan, dana, aset dan tadika PERKIM merupakan agenda yang ditekankan di mesyuarat tersebut.


Dr. Yusof Noor berpesan supaya cawangan dan bahagian PERKIM sentiasa mempunyai hubungan dengan ibu pejabat.


Dr. Yusof Noor (kiri) menyampaikan 10 buah Buku Perlembagaan PERKIM kepada Prof Madya Amin Malik Shah Abdul Majid (tengah) selaku Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Pulau Pinang.


Pengerusi PERKIM Cawangan Seremban, Aslam Nawabdin turut menyampaikan soalan dan pandangan kepada Setiausaha Agung Kehormat.


Dr Yusof Noor turut menjawab soalan yang dikemukan oleh tetamu.


Dr. Muhammad Rais turut memberi pandangan dan komen balas dari hadirin mengenai kewangan.

[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=n9qNZQlRL7A&t=4s” width=”700″ height=”467″]

Related Articles

Back to top button