Pengumuman

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Warga dan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dengan penuh rasa syukur dan rendah hati ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Aidiladha merupakan lambang keagungan pengorbanan, ketaatan serta ketundukan seorang hamba kepada perintah Allah SWT. Kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s menjadi pedoman abadi dalam menzahirkan makna sebenar keimanan dan pengabdian yang tulus.

Marilah kita mengambil peluang pada hari yang penuh barakah ini untuk memperkukuh ukhuwah Islamiah, memperbanyakkan amal soleh dan menyantuni mereka yang memerlukan terutamanya golongan asnaf, mualaf serta saudara kita yang kurang bernasib baik.

Semoga semangat pengorbanan yang dizahirkan pada Aidiladha ini menyuburkan jiwa kita dengan nilai ikhlas, sabar dan kasih sayang dalam menyampaikan rahmat Islam kepada semua.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu ‘am wa antum bi khair.

Related Articles

Back to top button