Aktiviti KebajikanPerkampungan Orang Asli

PERKIM, Wanita PERKIM Cawangan KL Utara Dekati Orang Asli Kuala Pangsun

oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

 


“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti,”
kata Tan Sri Dr Mohd. Yusof Noor sambil memetik Surah Al-Hujurat, ayat 13.

Ujarnya, program ini bukan sahaja merapatkan silaturahim malah mengeratkan lagi perpaduan tanpa mengira batasan agama, bangsa serta keturunan.

“Islam adalah bersifat membimbing manusia ke arah kebaikan dan juga kejayaan. Ia bukanlah agama yang menyusahkan atau membawa manusia kepada permusuhan.” katanya.

Beliau selaku Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) berkata ketika merasmikan Program Khidmat Masyarakat Kampung Orang Asli Kuala Pangsun bertempat di Surau Nur Hidayah, Kampung Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor pada 8 Oktober 2019 lalu.

Program anjuran bersama PERKIM Kebangsaan dan Wanita PERKIM Cawangan Kuala Lumpur Utara (WPCKLU) itu dihadiri seramai lebih 250 masyarakat Orang Asli dari Kuala Pangsun, Sungai Gabai, Sungai Congkak dan Sungai Lui.

Turut hadir ialah Tok Batin Kuala Pangsun, Andak Pendek dan Penasihat WPCKLU, Toh Puan Dato’ Seri Dr Aishah Ong; Pengerusi WPCKLU, Prof Madya Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Datuk Hasbullah L. Isa; Ahli Majlis Wanita PERKIM, Dr. Suariza Hidayah Muhammad; Bendahari WPCKLU, Norma Anom Sary; Timbalan Pengerusi WPCKLU, Marina Abdullah; Imam Masjid Kuala Pangsun, Muhyidin Mustapa dan Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPPP) PERKIM, Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan.

Tambah Dr. Yusof Noor, PERKIM merupakan pertubuhan diasaskan oleh Perdana Menteri pertama, AlMarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

Ujarnya, untuk kita tolong semua, kami tidak berkeupayaan tetapi dengan izin Allah ianya boleh diusahakan.

PERKIM mempunyai bahagian di setiap negeri di Malaysia kecuali di Sabah dan kampung ini bertuah kerana Kuala Pangsun merupakan kampung angkat bagi WPCKLU yang mengadakan pelbagai program serta aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Beliau berterima kasih kepada ketua dan masyarakat kampung tersebut kerana memberi keizinan mengadakan program bagi mengeratkan jalinan dan ukhuwah.

PERKIM Kebangsaan turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada WPKLU kerana bersama-sama berganding bahu menjayakan program tersebut.

Jelas Dr Yusof Noor, secara tidak langsung, ia merapatkan jalinan hubungan yang baik antara PERKIM dan masyarakat kampung selain saling kenal-mengenali antara satu sama lain serta mengenali adat budaya suku kaum Temuan yang ramah mesra.

Tambahnya, walaupun kami tidak dapat memberikan kepuasan 100 peratus, tetapi sekurang-kurangnya usaha dan kerjasama masyarakat kampung secara langsung atau tidak langsung menjayakan program ini.

Ujarnya, budaya ziarah ini lebih bermakna nilainya daripada wang ringgit kerana ia dapat menjalinkan hubungan persaudaraan dan mengenali budaya tradisi suku kaum Temuan.

“Kita mesti hidup bekerjasama walaupun berlainan kampung dalam suasana aman, damai, tenteram dan harmoni.

“Elakkanlah bersengketa sesama jiran tetangga malah bersatu padu bagi mengeratkan tali persaudaraan. Kalau kita menjaga jiran, nescaya jiran akan menjaga kita.

Katanya, PERKIM berbangga kerana berada di bawah pentadbiran Yang DiPertua PERKIM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga selaku Perdana Menteri.

Beliau turut menyampaikan 200 sumbangan berbentuk makanan kepada penduduk kampung.

Antara makanan yang disumbangkan ialah beras, bihun, tepung, gula, biskut, sardin, susu, kopi, teh, sirap, minyak, mi segera.

Sebelum itu, Dr. Yusof Noor dan pemimpin WPCKLU berkesempatan menggaul bubur lambuk untuk dihidangkan kepada penduduk kampung.

 


Surau Nur Hidayah dijadikan lokasi Program Khidmat Masyarakat Bersama Masyarakat Orang Asli Kuala Pangsun baru-baru ini.

 


Penduduk kampung bergotong-royong menyiapkan bahan masakan untuk diagihkan kepada masyarakat kampung.

 


Urus setia menyiapkan barang makanan untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

 


Penduduk kampung berhimpun di majlis yang diadakan.

 


Tetamu kehormat menyambut ketibaan Setiausaha Agung Kehormat, Tan Sri Dr Mohd. Yusof Noor (dua dari kanan).

 


Dr. Suariza mengacarakan majlis perasmian.

 


Muhyidin Mustapa mengetuai majlis bacaan doa.

 


Andak Pendek selaku Tok Batin Kampung Orang Asli Kuala Pangsun menyampaikan ucapan aluan.

 


Dr Mohd. Yusof Noor menyampaikan ucapan perasmian di majlis tersebut.

 


Setiausaha Agung Kehormat menyampaikan amanat dan nasihat di majlis terbabit.

 


Wajah-wajah anak-anak Orang Asli Kuala Pangsun.

 


Dr. Yusof Noor menyampaikan sumbangan makanan kepada Andak Pendek (tengah).

 


Dr. Aishah Ong (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Imam Masjid Kuala Pangsun, Muhyidin Othman.

 


Penduduk kampung mengambil hidangan makanan yang disediakan.

 


Penduduk kampung beratur mengambil hidangan makanan.

 


Penduduk kampung turut menerima sumbangan daripada Pengerusi WPCKLU, Prof. Madya Nur’azah Datuk Abdul Manaf (kiri).

 


Dr Yusof Noor dan Dr. Aishah Ong berkesempatan menggaul bubur lambuk sebelum diagihkan kepada penduduk kampung.

 


Tetamu kehormat PERKIM bergambar kenang-kenangan di akhir program.

 


Tetamu kehormat PERKIM merakamkan kenangan manis bersama penduduk Kampung Orang Asli Kuala Pangsun.

 

 

[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=q06_e3OrF4w” width=”560″ height=”315″]

Related Articles

Back to top button