Aktiviti Kebajikan

PERKIM Kebangsaan Beli Kerusi Roda Untuk Mualaf OKU

𝑂𝑙𝑒ℎ : 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝐹𝑎𝑟ℎ𝑎𝑛 𝑇𝑒𝑒 𝐴𝑏𝑑𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2025 – PERKIM dikunjungi oleh sepasang suami isteri mualaf yang memohon bantuan membeli kerusi roda.

Nur Aisyah Abdullah, 33 telah memeluk Islam pada 25 Jun 2019 yang lalu, di mana beliau merupakan OKU fizikal. Sejak kecil lagi, beliau hanya bergantung pada kerusi roda untuk bergerak kerana masalah kaki.

Suaminya, Muhammad Saleem Abdullah pula memeluk Islam di negeri Pahang sebelum ini dan kini berniaga kecil-kecian menjual kacang putih bersama isterinya untuk menampung perbelanjaan harian.

Alhamdulillah, mereka dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor untuk membiayai sewa rumah dan perbelanjaan bulanan.

Namun, kos membeli lampin dewasa agak mahal ditambah pula dengan perbelanjaan lain, di mana mereka turut membesarkan seorang anak dan menjaga ibu kandung yang masih belum memeluk Islam.

Inilah kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka kepada ibunya bahawa walaupun telah memeluk Islam sekalipun, ia tidak memutuskan hubungan anak beranak.

Setelah PERKIM meneliti kisah ini, maka pihak PERKIM telah membawa pasangan suami isteri ini ke farmasi berdekatan untuk terus membeli sebuah kerusi roda baharu.

Pembelian ini adalah hasil tajaan dari pihak Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada PERKIM.

Semoga  Aisyah diberikan kesihatan yang semakin baik di samping suami tercinta.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang, bolehlah menyalurkan sumbangan di akaun 1621 5179 2425 (Maybank – Muhammad Saleem Abdullah). Encik Saleem boleh dihubungi pada talian 018-3646310.

 

Nur Asiyah Abdullah, 33 dengan anak perempuannya di atas kerusi roda baharu yang dibelikan oleh pihak PERKIM.

Kerusi roda baharu dibellikan dengan segera menggunakan dana sumbangan dari Yayasan Taqwa kepada pihak PERKIM.

Amira (kiri), adik kepada Aisyah serta Muhammad Saleem (kanan), suami kepada Nur Aisyah turut menemani ketika pembelian kerusi roda baharu.

Related Articles

Back to top button