PERKIM Hadir Majlis di UIM
Oleh: FLT – PEGAWAI PENERBITAN
Usaha Dakwah Islamiah di Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila sebuah lagi Universiti Islam telah ditubuhkan yang diasaskan daripada Kolej Islam Malaysia.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah dijemput untuk turut serta dalam Majlis Pelancaran Kursus Profesional Pengurusan Harta Tanah Wakaf Universiti Islam Malaysia (UIM) bertempat di UIM, Cyberjaya pada 12 Ogos 2014 lalu.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, diikuti dengan ucapan aluan Dato’ Dr. Ismail Ibrahim, Naib Presiden UIM dan ucaptama oleh Tan Sri dr. Yusof Noor, Presiden UIM.
Tan Sri Yusof berkata proses menaiktaraf Kolej Islam Malaysia kepada Universiti telah tertangguh selama hampir 30 tahun dan hari ini, ianya telah menjadi kenyataan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di atas usaha memajukan perkara ini (proses naiktaraf) kepada Perdana Menteri dan seterusnya dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah ramai Ahli Majlis di Universiti tersebut adalah daripada Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM sendiri seperti Prof. Madya Dato’ Mohd Mokhtar Shafie, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ariffin Suhaimi, Prof. Dato. Wira Dr. Ismail Hj. Ibrahim, manakala Presiden UIM merangkap Setiausaha Agung Kehormat PERKIM; Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor dan ramai lagi yang turut terlibat semasa diawal penubuhan, ini termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang merupakan pengasas PERKIM.
Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.
Dato’ Seri Jamil Khir dalam ucapannya berkata penubuhan universiti ini adalah berkesinambungan dengan Kolej Islam Malaya pada tahun 1955 dan Kursus Wakaf yang ditawarkan hari ini dilihat amat penting kerana pengurusan harta wakaf masih kurang difahami dan ia perlu diberi perhatian yang khusus.
UIM turut menerima suntikan dana daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM 2 juta bagi membiayai kos operasi dan pengurusan UIM.
Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor menyampaikan ucapan di majlis tersebut.
Dato’ Seri Jamil Khir (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor (kiri) sambil diperhatikan Dato’ Dr Ismail (dua dari kanan) dan Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP Shaharuddin Sarwan.
Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
AHLI MAJLIS UIM
Berdiri dari kiri – Prof Madya Dato’ Mohd Mokhtar Shafie, Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Majid, Lt. Jen. (B) Tan Sri Abdul Ghani Abdul Aziz, Dato’ Hj. Othman Mustapha, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ariffin Suhaimi, Dato’ Dr. Mohammad Nong, Datuk Abd. Manaf Hj. Ahmad.
Duduk dari kiri – Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Dato’ Kamaruddin Hj. Mohd Zin, Prof. Dato. Wira Dr. Ismail Hj. Ibrahim, Y.A.D. Dato’ Setia Hj. Mohamad Adzib Mohd Isa, Tun (Dr) Abdullah Ayub, Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor (Presiden), Dato’ Senara Muda Dato’ Haji Mazlan @ Mohd Nanri Hashim, Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hj. Hashim, Datuk Dr. Juanda Jaya, Datu Putit Matzen, Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Hj. Ahmad.