Aktiviti Dakwah

Pemuda Dayak Bidayuh Terima Hidayah Peluk Islam

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2024 – “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah yang terakhir,” kata Hendrick selepas beliau mengucapkan dua kalimah syahadah di Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Jalan Sultan Azlan Shah pada pagi Isnin.

Hendrick Stanley, 27, mengikrarkan kalimah tayyibah di dalam Bahasa Arab diikuti Bahasa Melayu di hadapan Dai’ Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Rastam Jamali Mohd Zubir.

Majlis pengislaman itu disaksikan oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abd Aziz; Pembantu Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PERKIM Kebangsaan, Ustaz Haji Amran Anbarasu Abdullah serta suami kepada adik Hendrick, Kamarul Arifin Muhammad Noordin.

Hendrick merupakan pekerja kilang percetakan di Shah Alam itu berkata, hatinya bertambah tenang, gembira dan bersyukur selepas mengikrarkan dua kalimah syahadah kerana hidayah daripada Allah SWT disebabkan keikhlasan memilih agama Islam.

Hendrick yang berasal dari Sarawak dan berketurunan Dayak Bidayuh berkata, hanya agama Islam sahaja jalan atau cara kehidupan yang sebenar.

Sebelum itu, Ustaz Mohamad Suhaimi memberikan panduan penerangan memeluk agama Islam kepada Hendrick iaitu pengertian Rukun Iman, Rukun Islam, tugas dan kewajipan sebagai seorang Islam.

Ustaz Mohamad Suhaimi turut memberi penerangan mengenai tanggungjawab terhadap keluarga bukan Islam serta larangan menyembah selain Allah dan larangan membuat perkara yang ditegah dalam Islam kepada Hendrick.

Selepas merekodkan pendaftaran pengislaman, Hendrick menerima beg Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengandungi kit pengislaman seperti al-Quran, buku Iqra’, buku Asas Fardu Ain, sejadah, telekung dan lain-lain disampaikan oleh Dr Yusof Noor.

Dr Yusof Noor mengucapkan tahniah kepada Hendrick sambil memeluk erat selepas selesai majlis pengislaman.

Turut hadir ialah Penyelaras Unit Komunikasi dan Media PERKIM Kebangsaan, Firdaus Lokman Tah.


Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor (kiri) mengalu-alukan kehadiran tetamu dan saudara baharu di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan.


Ustaz Mohamad Suhaimi memberi penerangan mengenai Rukun Islam dan Rukun Iman kepada Hendrick.


Ustaz Mohamad Suhaimi meminta Hendrick supaya tidak mengabaikan keluarga asal setelah bergelar Muslim.


Ustaz Rastam dari YADIM (dua dari kiri) memimpin lafaz dua kalimah syahadah diikuti oleh Hendrick.


Hendrick menadah tangan tanda kesyukuran selepas melafazkan kalimah tayyibah.


Ustaz Suhaimi (kiri) mempimpin bacaan doa kesyukuran dan diaminkan oleh saksi.


Hendrick mengisi butir-butir peribadi di dalam borang pengislaman.


Dr Yusof Noor menghadiahkan Al-Quran Edisi Khas Saudara Baharu kepada Hendrick.


Dr Yusof Noor memeluk Hendrick sambil mengucapkan tahniah selepas bergelar Muslim.


Dr Yusof Noor menyampaikan beg MAIS mengandungi kit pengislaman kepada Hendrick di akhir majlis pengislaman.

Related Articles

Back to top button