Pengumuman

Salam Nuzul Al-Quran 1447H

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝘂𝘇𝘂𝗹 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

Sempena memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, marilah kita bersama-sama menghayati hikmah penurunan Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia.
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, bahkan untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Bersandarkan Firman Allah SWT di dalam Surah Ad-Dukhan, ayat 3
إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍۢ مُّبَـٰرَكَةٍ ۚ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.”

Semoga peringatan Nuzul Al-Quran ini memperkukuhkan keimanan kita serta menyemarakkan usaha dakwah, pendidikan dan kebajikan, khususnya dalam membimbing saudara-saudara mualaf agar lebih mendekati ajaran Islam yang syumul.

Marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, sumber kekuatan ummah dan cahaya yang menerangi perjalanan menuju keredaan Allah SWT.

Salam Nuzul Al-Quran 1447H.

Ikhlas daripada:
𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗺𝗮𝗿
𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁
𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠)

Related Articles

Back to top button