Aktiviti DakwahPengumumanVideo

Majlis Penyerahan Bungkusan BONDA Kepada Mualaf PERKIM

[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=KspiW9hEOiI&t=98s” width=”700″ height=”476″]

Anjuran Bersama: Pertubuhan Badan Kebajikan Orang-Orang Tua Dan Asnaf Malaysia (BONDA) & PERKIM Kebangsaan

Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Ibu Pejabat PERKIM, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah Kuala Lumpur

8 DISEMBER – KUALA LUMPUR. Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor mengalu-alukan kehadiran kepimpinan Pertubuhan Badan Kebajikan Orang-Orang Tua dan Asnaf Malaysia (BONDA) ke Ibu Pejabat PERKIM bagi meraikan Majlis Penyerahan Bungkusan BONDA kepada golongan asnaf mualaf PERKIM bagi meringankan beban yang mereka hadapi kesan daripada pandemik COVID-19.

Seramai 30 mualaf menerima bungkusan BONDA yang merangkumi barang keperluan asas makanan seperti beras, gula, susu, tepung, garam, sardin, biskut, teh, minyak masak, pelitup muka serta pensanitasi tangan.

Sebelum itu, kepimpinan PERKIM diberi peluang menyaksikan gimik penyerahan Bungkusan BONDA dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi yang diwakili oleh Ikon BONDA iaitu terdiri daripada lima Ladies Bikers kepada Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.

Pengerusi BONDA, YBhg Dato’ Ismail Che Abdullah bersama Tan Sri Yusof Noor turut menurunkan tandatangan di Memorandum Akuan Penyerahan Bungkusan BONDA.

Penerima sumbangan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menerima bantuan barangan keperluan asas daripada BONDA dan berharap segala amal kebajikan yang dilakukan ini akan mendapat balasan ganjaran pahala serta keredhaan daripada Allah SWT.

Turut hadir ialah Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dato’ Dr Muhammad Rais Abdul Karim; Pengerusi BONDA, YBhg Dato’ Ismail Che Abdullah; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Haji Hasbullah L. Isa; Pengarah Unit Hubungan Dalam dan Luar Negara PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Setiausaha Kerja PERKIM, Zulkefli Arifin; Timbalan Pengerusi BONDA, Jaafar Abdullah; Setiausaha BONDA, Mustafa Abd Manan dan Penolong Setiausaha BONDA, Rosli Othman.

Related Articles

Back to top button