Kunjungan Hormat PERKIM Kebangsaan Kepada Menteri Besar Kelantan
oleh : FLT
KOTA BHARU, 16 OKTOBER 2023 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan bersama Jawatankuasa Task Force Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Kota Bharu telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan di Pejabat Menteri Besar, Kota Darul Naim dekat sini.
Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Kunjungan tersebut bertujuan menjalinkan kerjasama dua hala di antara PERKIM dan Negeri Kelantan bagi membantu dan menaiktaraf pusat pembelajaran saudara baharu di IDIP Kota Bharu sekali gus menggarap usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada mualaf di Kelantan khususnya.
Turut dihadir ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Dr Ramle Abdullah; Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato Haji Abdul Hanif Harun; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Nordin Ibrahim; Pengarah Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Razali Shahabudin dan Pengarah Unit Pembangunan serta Aset PERKIM Kebangsaan Dato’ Ahmad Mustafa.
Turut serta Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, Tuan Hj Mohd Nazir serta Penolong Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, Tuan Haji Mohd Nasir.
Dalam kunjungan itu Dr Yusof Noor menyampaikan Al-Quran Edisi Khas PERKIM, sebuah buku berjudul Warisan dan Wawasan 60 Tahun PERKIM dan buah tangan kepada YAB Dato’ Nassuruddin.
Dr Yusof Noor (lima dari kanan) mengetuai kunjungan hormat PERKIM kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud.
YAB Dato’ Nassuruddin menerima Al-Quran Edisi Khas PERKIM daripada Dr Yusof Noor.
Dr Yusof Noor menyampaikan buku berjudul Warisan dan Wawasan 60 Tahun PERKIM kepada YAB Dato’ Nassuruddin.
YAB Dato’ Nassuruddin menerima buah tangan daripada rombongan PERKIM Kebangsaan.