IWDC 2026 PERKIM Buka Lembaran Baharu Pemerkasaan Wakaf Demi Pembangunan Ummah Sejagat
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟮𝟳 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026, konvensyen sulung yang menghimpunkan lebih 1,500 peserta daripada pelbagai negara dan latar belakang bagi memperkukuh agenda wakaf sebagai pemacu pembangunan dakwah, pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan ummah di peringkat nasional serta antarabangsa.
Konvensyen yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) serta menghimpunkan wakil agensi kerajaan, syarikat korporat, institusi kewangan, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi awam dan swasta, saudara baharu serta masyarakat umum.
Konvensyen tersebut menjadi platform strategik bagi memperkenalkan konsep Wakaf Dakwah sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampu menyokong usaha dakwah, pendidikan, kebajikan, pembangunan modal insan dan ekonomi Islam secara lestari.
Majlis perasmian disempurnakan oleh 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘇𝗿𝗶𝗻 𝗠𝘂𝗶𝘇𝘇𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗶𝗯𝗻𝗶 𝗔𝗹𝗺𝗮𝗿𝗵𝘂𝗺 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗶𝗯𝗯𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗠𝗮𝗴𝗵𝗳𝘂𝗿-𝗟𝗮𝗵, 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻 dengan keberangkatan tiba baginda disambut oleh 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗮𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 (𝗗𝗿.) 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗭𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗧𝘂𝗻 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗢𝗽𝗲𝗻𝗴.
Turut mengiringi ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Dr. Haji Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah dan Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad; Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan serta Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Naib Ketua Wanita PERKIM 1, YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib Alsree.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan diikuti bacaan doa oleh Abdul Qawi Navine Abdullah, Timbalan Eksekutif IDIP-Kuala Lumpur, manakala keseluruhan acara dikendalikan oleh pengacara majlis, Bob Faizeli Mohamed Din.
Hadir sama, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Dato’ Haji Mohamad Marzuki Mohamad Omar; Bendahari Kehormat PERKIM, Datu Haji Mersal Abang Rosli; Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM termasuk YB Dato’ Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim, Datuk Haji Hasbullah L. Isa, Dr. Nur’azah Dato’ Abdul Manaf, Dr. Amin Malik Shah Abdul Majid, Datin Paduka Hajah Norsiah Haron, SS Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Pengerusi MAIWP Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer; Yang Dipertua Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad serta Bekas Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.

Dalam ucapan aluannya, Premier Sarawak menegaskan bahawa wakaf bukan sekadar amalan kebajikan, malah merupakan institusi agung yang telah membentuk tamadun Islam sejak berabad-abad lamanya.
Abang Johari berkata, wakaf berupaya mengubah kekayaan individu menjadi manfaat berkekalan kepada masyarakat serta menjadi pemangkin pembangunan sosial yang mampan melalui pendidikan, kesihatan, penyelidikan, inovasi, teknologi dan pembangunan ekonomi.
Menurut beliau, dunia hari ini berdepan pelbagai cabaran termasuk kecerdasan buatan (AI), perubahan iklim, transformasi digital dan ketidakseimbangan ekonomi, justeru institusi wakaf perlu diperkasakan melalui pendekatan lebih moden tanpa mengabaikan prinsip syariah.
Beliau turut menekankan kepentingan wakaf ilmu, iaitu perkongsian ilmu pengetahuan, kepakaran dan penyelidikan sebagai aset strategik yang mampu melahirkan generasi berilmu serta meningkatkan daya saing umat Islam dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, penaja dan delegasi antarabangsa yang menjayakan konvensyen tersebut serta menyifatkan kerjasama rentas negara sebagai pemangkin kepada pembangunan ekosistem wakaf global yang lebih progresif.
Kemuncak majlis menyaksikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin berkenan menyampaikan titah perasmian bertemakan “𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙒𝙖𝙠𝙖𝙛: 𝙏𝙖𝙙𝙗𝙞𝙧 𝙐𝙧𝙪𝙨 𝙇𝙚𝙨𝙩𝙖𝙧𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙐𝙢𝙢𝙖𝙝 𝙂𝙡𝙤𝙗𝙖𝙡” sebelum baginda menyempurnakan gimik perasmian dengan memukul gong sebanyak tiga kali.

Dalam titahnya, baginda menegaskan bahawa institusi wakaf perlu dibangunkan semula berasaskan tiga tunjang utama iaitu keberkatan, tadbir urus yang berintegriti dan pembangunan lestari, kerana ketiga-tiga elemen tersebut saling melengkapi dalam memastikan manfaat wakaf berkekalan kepada masyarakat.
Baginda menyifatkan wakaf sebagai antara institusi paling unggul dalam tamadun Islam yang membolehkan sesuatu aset dikekalkan untuk dimanfaatkan secara berterusan oleh generasi demi generasi.
Baginda turut mengupas sejarah kegemilangan wakaf yang menjadi asas kepada pembangunan perpustakaan, hospital, universiti, sekolah, sistem bekalan air dan pelbagai institusi kebajikan sepanjang sejarah Islam, termasuk Universiti Al-Azhar, Universiti Al-Qarawiyyin serta pelbagai institusi pendidikan dan kesihatan yang terus memberi manfaat sehingga hari ini.
Menurut baginda, masyarakat Islam perlu kembali menghayati semangat pengasas-pengasas wakaf terdahulu yang sanggup mewakafkan harta terbaik mereka demi kesejahteraan umat, sebagaimana dicontohkan oleh Saidina Umar Al-Khattab RA ketika mewakafkan tanahnya di Khaibar atas nasihat Rasulullah SAW.
Baginda turut menggesa institusi wakaf memanfaatkan teknologi digital, wakaf tunai, wakaf korporat, platform kewangan moden dan kerjasama antarabangsa bagi memperluaskan penyertaan masyarakat dalam amalan berwakaf.
Dalam masa sama, Sultan Nazrin mengingatkan bahawa amanah pentadbiran wakaf perlu dilaksanakan dengan penuh integriti kerana kelemahan tadbir urus boleh menyebabkan banyak aset wakaf terbiar dan gagal dimanfaatkan sepenuhnya.
Sebelum majlis perasmian, peserta mengikuti pembentangan bertajuk “Membentuk Semula Wakaf: Keberkatan, Tadbir Urus dan Kelestarian Pembangunan Ummah” yang disampaikan oleh 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 manakala sesi tersebut dipengerusikan oleh 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗶𝗱𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.
Konvensyen diteruskan dengan sesi panel antarabangsa bertemakan “Halatuju Wakaf Dakwah Global: Keperluan Penjanaan Dana Wakaf Dakwah” yang menampilkan 𝗗𝗿. 𝗛. 𝗔𝗺𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗮𝗻, 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗜𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝘀𝗶𝗮 (𝗠𝗨𝗜) 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗿. 𝗔𝗿𝗶𝗳 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗴𝗿𝗮𝗻, 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗼 𝗱𝗮 𝗖𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗱𝗮𝗱𝗲 𝗜𝘀𝗹𝗮̂𝗺𝗶𝗰𝗮 𝗱𝗲 𝗧𝗶𝗺𝗼𝗿-𝗟𝗲𝘀𝘁𝗲 (𝗖𝗘𝗡𝗖𝗜𝗧𝗜𝗟) dengan moderatornya, 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.
Perbincangan tersebut memberi penekanan terhadap keperluan membangunkan jaringan kerjasama serantau dalam memperkukuh pembiayaan dakwah melalui instrumen wakaf yang lebih tersusun, profesional dan mampan.
Salah satu detik penting konvensyen ialah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PERKIM Kebangsaan dengan Yayasan Restu, Global Wakaf Quran dan Boost Digital Bank, sekali gus membuka ruang kerjasama strategik dalam memperluaskan pembangunan wakaf, pendigitalan sumbangan serta pengukuhan program dakwah dan pendidikan Islam.
Konvensyen tersebut turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai penaja strategik termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), ToyyibPay, Global Wakaf Al-Quran, Wangsa Ultima, PIIAM, IKIMfm dan Bank Rakyat.
Konvensyen berhenti berehat dan membawa peserta untuk menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat fardu Zohor.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) merupakan lokasi Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026 anjuran PERKIM Kebangsaan menghimpunkan lebih 1,500 peserta daripada pelbagai negara dan latar belakang bagi memperkukuh agenda wakaf dakwah.

Gegantung (bunting) gergasi di tengah-tengah KLCC direka khas untuk menghebahkan Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa pada 27 Julai 2026.

Lebih 1500 peserta dari dalam dan luar negara mendaftarkan diri di reruai IWDC.

Sejak jam 7.30 pagi, peserta mula mendaftarkan diri menyertai konvensyen yang berprestij.

Urus setia mengiringi bekas Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob masuk ke dalam Plenary Hall.

Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad (dua dari kanan) bersama ahlinya bergambar di ruang gambar seusai daftar.

Pembentangan bertajuk “Membentuk Semula Wakaf: Keberkatan, Tadbir Urus dan Kelestarian Pembangunan Ummah” disampaikan oleh 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 (kiri) dan dimoderatorkan oleh 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗶𝗱𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.

Menurut Dr. Mazlan, wakaf mesti kembali menjadi pemacu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah.

Barisan urus setia PERKIM bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran perjalanan konvensyen berada di dalam keadaan terbaik.

Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, Abang Johari bersama tetamu kehormat mengangkat sembah ketika keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin di perkarangan KLCC.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berangkat ke Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan mencemar duli merakamkan kenangan bersama Kepimpinan Tertinggi PERKIM.

Sultan Nazrin mencemar duli bersemayam hormat bersama Premier Sarawak dan Dr. Zulkifli ketika nyanyian lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.

Abdul Qawi memimpin bacaan doa pembuka majlis.

Premier Sarawak menyampaikan ucapan aluannya kepada sidang konvensyen.

Abang Johari yang juga Yang Dipertua PERKIM berkata, wakaf berupaya menjadi pemangkin pembangunan sosial yang mampan melalui pendidikan, kesihatan, penyelidikan, inovasi, teknologi dan pembangunan ekonomi.

Antara lebih 1500 hadirin yang hadir pada Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 anjuran PERKIM dan RISEAP.

DYMM Sultan Nazrin berkenan menyampaikan titah perasmian bertemakan “𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙒𝙖𝙠𝙖𝙛: 𝙏𝙖𝙙𝙗𝙞𝙧 𝙐𝙧𝙪𝙨 𝙇𝙚𝙨𝙩𝙖𝙧𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙐𝙢𝙢𝙖𝙝 𝙂𝙡𝙤𝙗𝙖𝙡” kepada sidang hadirin.

Konvensyen sulung PERKIM yang menghimpunkan lebih 1,500 peserta daripada pelbagai negara dan latar belakang.

Baginda menegaskan bahawa institusi wakaf perlu dibangunkan semula berasaskan tiga tunjang utama iaitu keberkatan, tadbir urus yang berintegriti dan pembangunan lestari,

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan menyifatkan wakaf sebagai antara institusi paling unggul dalam tamadun Islam yang membolehkan sesuatu aset dikekalkan untuk dimanfaatkan secara berterusan oleh generasi demi generasi.

Baginda mencemar duli merasmikan majlis dengan memalu gong sebanyak tiga kali sambil disaksikan oleh Tan Sri Abang Johari dan Dr Zulkifli.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berangkat sambil berkenan bersalaman bersama para hadirin.

Premier Sarawak bersama tetamu kehormat mengiringi DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin ketika keberangkatan pulang baginda.

Abang Johari menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak atas limpah perkenan baginda merasmikan IWDC 2026.

Sesi panel bertajuk “Halatuju Wakaf Dakwah Global: Keperluan Penjanaan Dana Wakaf Dakwah” menampilkan 𝗗𝗿. 𝗛. 𝗔𝗺𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗮𝗻, 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗠𝗨𝗜 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗿. 𝗔𝗿𝗶𝗳 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗴𝗿𝗮𝗻, 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗖𝗘𝗡𝗖𝗜𝗧𝗜𝗟 bersama moderator, 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.

Dr H. Amirsyah menyampaikan slaid pembentangan “Trasnformasi Wakaf Uang dan Filantropi Islam di Era Digital”.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Dato’ Dr. Mohamad Marzuki Mohamad Omar bersama Datuk Dr. Abdul Latif Mirasa selaku Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran selesai menandatangani MoU antara PERKIM Kebangsaan dengan Yayasan Restu, MAIWP, Global Wakaf Quran dan Boost Digital Bank.

Termeterai MoU di antara PERKIM Kebangsaan dengan Yayasan Restu, MAIWP, Global Wakaf Quran dan Boost Digital Bank.

Peserta Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 bergambar bersama-sama tetamu kehormat dan para pembentang.
ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ / ᵁᴹᴵ ᴹᵁˢᶠᴵᴿᴬᴴ ᴬᴮᴰᵁᴸ ᴳᴴᴬᴺᴵ



