Aktiviti Dakwah

PERKIM, Pusat Islam UPNM Teliti Kerjasama Strategik Santuni Asnaf, Perkasa Dakwah

𝘰𝑙𝘦ℎ: 𝘔𝑂𝘏𝐷. 𝘚𝑌𝘈𝐻𝘙𝐼𝘓 𝘙𝑂𝘚𝐷𝘐 𝘈𝐻𝘔𝐴𝘋 𝘡𝐴𝘏𝑈𝘋𝐼

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟮𝟱 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Pusat Islam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meneroka peluang memperkukuh kerjasama strategik menerusi penganjuran program dakwah dan kebajikan, khususnya bagi menyantuni golongan asnaf sepanjang bulan Ramadan akan datang.

Cadangan kerjasama itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi Pusat Islam UPNM ke Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Bangunan PERKIM, di sini, hari ini, bagi membincangkan potensi pelaksanaan program bersama yang menggabungkan elemen kebajikan, pengisian kerohanian, dakwah dan khidmat masyarakat.

Delegasi berkenaan disambut mesra oleh 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗗𝗿. 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗶𝘇𝗮 @ 𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱, yang turut mengalu-alukan hasrat UPNM untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan PERKIM dalam memperluas jangkauan program pembangunan ummah.

Rombongan 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗨𝗣𝗡𝗠 diketuai 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮, 𝗗𝗿. 𝗥𝗲𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻 𝗬𝗮𝘀𝗶𝗻, 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗛𝗮𝗹 𝗘𝗵𝘄𝗮𝗹 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗻, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗥𝗶𝗱𝘄𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺 dan 𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗛𝗮𝗹 𝗘𝗵𝘄𝗮𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺, 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝘆𝗵𝗮𝗺𝗲𝗹 𝗔𝗺𝗿𝗲𝘆 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗧𝗮𝗶𝗯.

Turut hadir mewakili 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 ialah 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵; 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝟭, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗝𝗮𝗶𝘀 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗮𝗽𝗽𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵; 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝟮, 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗠𝘂𝗻𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗦𝗮𝘆𝗲𝗱 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗱𝗮𝗻; 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝟯, 𝗡𝘂𝗿 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗠𝘂𝘀𝗮 serta 𝗙𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝗿𝗶𝘀𝗵𝗮 𝗛𝗮𝘇𝗹𝗶𝘇𝗮𝗺.


Dalam sesi pembentangan, Dr. Redzuan memperkenalkan latar belakang, peranan dan hala tuju Pusat Islam UPNM yang berfungsi sebagai peneraju pembangunan syiar Islam di universiti berkenaan, termasuk memperkukuh penghayatan agama, pengimarahan ibadah serta pembangunan sahsiah warga kampus.

Beliau berkata, Pusat Islam UPNM turut memainkan peranan penting dalam membangunkan kecemerlangan ummah melalui pelaksanaan program keislaman, dakwah dan pendidikan, selain memperkukuh institusi kekeluargaan berteraskan kefahaman ilmu Islam.

Menurutnya, cadangan program yang diketengahkan menerusi kerjasama dengan PERKIM itu dinamakan Program Santuni Asnaf Ramadan, dengan memberi tumpuan kepada tiga kelompok sasaran utama iaitu anak-anak yatim, golongan gelandangan dan warga emas.

Katanya, Ramadan merupakan medan terbaik untuk menyemai nilai keprihatinan, empati dan kesukarelawanan, khususnya dalam kalangan mahasiswa UPNM, selain membuka ruang kepada mereka untuk mendekati masyarakat serta memahami realiti kehidupan golongan yang memerlukan.

“Program ini bukan sekadar bertujuan menyampaikan sumbangan atau menyediakan juadah berbuka puasa, sebaliknya mahu membawa mahasiswa turun ke lapangan, berinteraksi secara langsung dengan masyarakat dan menghayati nilai kemanusiaan melalui pengalaman berkhidmat kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam pembentangan berkenaan.

Beliau berkata, penglibatan PERKIM amat signifikan memandangkan pertubuhan itu mempunyai jaringan kebajikan dan dakwah yang luas, sekali gus berupaya membantu mengenal pasti kumpulan sasaran serta memastikan pelaksanaan bantuan dan pengisian kerohanian dapat diselaraskan secara lebih berkesan.

Antara objektif utama program berkenaan adalah meringankan beban golongan asnaf melalui sumbangan keperluan asas dan juadah berbuka puasa, memupuk budaya kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa serta memperkasa jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Program itu turut dicadangkan merangkumi pengisian rohani, tazkirah, aktiviti kemasyarakatan dan ibadah secara berjemaah bagi mengimarahkan Ramadan dalam suasana kebersamaan serta semangat persaudaraan Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Redzuan turut berkongsi pengalaman Pusat Islam UPNM melaksanakan pelbagai program dakwah, pendidikan, kebajikan bersama PERKIM menerusi Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), termasuk kerjasama dengan badan luar serta penglibatan pelajar dalam aktiviti khidmat masyarakat.


Dr. Suariza turut menyentuh potensi memperluas penglibatan mahasiswa dengan mewujudkan Kelab PERKIM Universiti (KPU) di UPNM sebagai platform rasmi untuk menggerakkan aktiviti dakwah, kebajikan dan kesukarelawanan secara lebih tersusun dan berterusan.

Menurutnya, mahasiswa mempunyai potensi besar untuk digerakkan sebagai sukarelawan lapangan, khususnya dalam program menyantuni masyarakat Orang Asli, golongan rentan serta komuniti yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Sehubungan itu, Dr. Suariza berharap kerjasama yang bakal diteroka bersama PERKIM bukan hanya tertumpu kepada penganjuran program Ramadan, malah dapat berkembang kepada pelbagai inisiatif jangka panjang yang memberi manfaat kepada pembangunan mahasiswa dan masyarakat.

Pendekatan berkenaan dilihat berupaya memberikan pendedahan secara langsung kepada mahasiswa mengenai tanggungjawab sosial, kepimpinan, keprihatinan dan cabaran sebenar dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah serta kebajikan di lapangan.

Kunjungan hormat itu turut membuka ruang pertukaran pandangan dan perkongsian pengalaman antara kedua-dua pihak dalam mengenal pasti bidang kerjasama yang bersesuaian, termasuk penyelarasan program, penglibatan tenaga sukarelawan dan pengukuhan jaringan institusi.

Pada akhir kunjungan, Dr. Redzuan menyampaikan plak penghargaan Pusat Asasi UPNM kepada Dr. Suariza sebagai tanda penghargaan dan hubungan baik antara kedua-dua pihak, sebelum sesi fotografi diadakan.

 

 


Dr. Suariza bersama eksekutif-eksekutifnya menyambut mesra dan mengalu-alukan kehadiran rombongan Pusat Islam UPNM ke PERKIM Kebangsaan.

 


Pengarah Pusat Islam UPNM, Dr. Redzuan Yasin memperkenalkan rombongannya serta membentangkan cadangan kepada PERKIM.

 


Penglibatan PERKIM amat signifikan memandangkan pertubuhan itu mempunyai jaringan kebajikan dan dakwah yang luas, sekali gus berupaya membantu mengenal pasti kumpulan sasaran.

 


Dr. Suariza turut menyentuh potensi memperluas penglibatan mahasiswa dengan mewujudkan KPU di UPNM sebagai platform rasmi untuk menggerakkan aktiviti.

 


Dr. Redzuan turut berkongsi pengalaman UPNM dengan penglibatan mahasiswa melaksanakan pelbagai program dakwah, pendidikan, kebajikan bersama PERKIM menerusi IDIP-KL.

 


Dr. Redzuan menyampaikan plak penghargaan Pusat Asasi UPNM kepada Dr. Suariza sebagai tanda penghargaan dan hubungan baik antara kedua-dua pihak.

Related Articles

Back to top button