Wanita PERKIM Diseru Perkasa Diri dan Dakwah
๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐, ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Seramai 130 delegasi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dari seluruh Malaysia menghadiri kuliah subuh yang penuh pengisian rohani dan inspirasi disampaikan oleh ๐ท๐๐๐๐๐ง๐๐ข๐๐ ๐ฝ๐๐๐๐จ, ๐ผ๐จ๐๐๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ ๐๐๐จ๐๐ di Surau Nurul Hikmah, De Palma Hotel, di sini pagi tadi, bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46.
Kuliah yang berlangsung sejurus selesai solat Subuh itu memberi penekanan mendalam terhadap peranan wanita sebagai tonggak utama dalam pembinaan keluarga, masyarakat serta penggerak dakwah Islam yang berkesan.
Dalam penyampaiannya, Ustazah Aishah menegaskan bahawa kekuatan dakwah tidak hanya terletak pada kepimpinan lelaki semata-mata, sebaliknya wanita memainkan peranan besar sebagai pendorong, penyokong dan pencetus inspirasi kepada kejayaan perjuangan Islam.
โJika seorang wanita tidak mampu memberi dorongan dan inspirasi kepada suaminya, maka bagaimana mungkin dakwah itu dapat berkembang dengan kukuh. Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita yang menjadi kekuatan di belakangnya,โ katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa setiap wanita perlu bermula dengan memperbaiki diri sebelum berusaha membentuk orang lain, selaras dengan prinsip asas dalam perjuangan Islam.
โJika ingin memimpin, pimpinlah diri sendiri terlebih dahulu. Segala perubahan bermula daripada diri. Dari situlah lahirnya kekuatan sebenar dalam membina tamadun dakwah,โ jelasnya.
Mengupas sirah perjuangan wanita Islam terdahulu, beliau menampilkan contoh kehebatan tokoh seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah yang bukan sahaja unggul dari segi ilmu, malah berperanan besar dalam menyokong perjuangan Rasulullah SAW.
Menurutnya, Saidatina Khadijah merupakan simbol kekuatan wanita dalam aspek sokongan material dan moral, manakala Saidatina Aisyah pula terkenal sebagai ilmuwan yang menjadi rujukan umat Islam.
โWanita bukan sekadar pelengkap, tetapi merupakan madrasah pertama dalam melahirkan generasi. Jika wanita itu berilmu, maka akan lahirlah generasi yang berkualiti,โ katanya.
Dalam masa sama, beliau menekankan kepentingan ilmu dalam kehidupan wanita agar mampu menjadi pendidik yang berkesan kepada anak-anak dan masyarakat.
โRamai yang mengadu tentang anak tidak solat, tetapi persoalannya, bagaimana didikan di rumah? Anak yang baik lahir daripada ibu bapa yang menjaga solat dan mendidik dengan sempurna,โ ujarnya.
Selain itu, Ustazah Hajah Aishah turut menyentuh cabaran wanita masa kini yang berdepan dengan pelbagai pengaruh termasuk media sosial, yang menurutnya perlu dimanfaatkan sebagai medium dakwah yang efektif.
โGunakan segala platform yang ada untuk menyebarkan kebaikan. Media sosial hari ini adalah medan dakwah yang sangat luas jika dimanfaatkan dengan betul,โ katanya lagi.
Beliau turut mengingatkan para peserta agar sentiasa menjaga kesatuan dan menghindari perasaan negatif seperti hasad dengki dan tidak puas hati yang boleh merosakkan organisasi.
โDalam perjuangan pasti ada cabaran, tetapi buanglah rasa benci dan tidak puas hati. Rapatkan saf, kukuhkan ukhuwah. Itulah kekuatan sebenar dalam sesebuah jemaah,โ katanya.
Mengakhiri kuliah, beliau menyeru agar setiap wanita PERKIM memanfaatkan amanah yang diberikan dengan sebaiknya serta tidak mensia-siakan peluang untuk berbakti dalam perjuangan dakwah.
โPerjuangan ini adalah amanah. Gunakan segala kelebihan yang ada untuk kebaikan. Jadilah wanita yang membawa sinar kepada masyarakat dan ummah,โ katanya.
Seusai kuliah Subuh, delegasi Wanita PERKIM meneruskan aktivitinya dengan menyertai lawatan ke Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10, Shah Alam.
Pusat kesenian Islam itu dikendalikan sepenuhnya oleh Yayasan Restu yang bermula dengan projek penyalinan mushaf al-Qurโan pertama Malaysia serta usaha memelihara dan mengembangkan seni Islam agar terus terpelihara dan tidak pupus.
Ditubuhkan pada tahun 1987, Yayasan Restu telah berkembang pesat dengan pelbagai produk yang mempunyai ciri unik dan tersendiri.
Yayasan ini beroperasi di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam dan telah menyertai pelbagai pameran serta menerima anugerah serta pengiktirafan di peringkat dalam dan luar negara.
Selain itu, Yayasan Restu juga terkenal dengan penghasilan mushaf al-Qurโan serta penerbitan berkaitan al-Qurโan dengan reka bentuk eksklusif.
Ia turut dikenali sebagai pusat seni warisan Islam yang menampilkan seni kaligrafi, reka bentuk motif budaya kebangsaan serta sebagai pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkaitan al-Qurโan dan al-Hadis.
Lawatan ini telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari sebelum para perwakilan dan pemerhati pulang ke hotel.

Delegasi Wanita PERKIM bersama urus setia menunaikan solat Subuh berjemaah dipimpin oleh Imam Surau Nurul Hikmah, De Palma Hotel dekat sini.

Penceramah bebas, Ustazah Hajah Aishah Rosliย memberi penekanan mendalam terhadap peranan wanita sebagai tonggak utama dalam pembinaan keluarga, masyarakat serta penggerak dakwah Islam yang berkesan.

Menurut Ustazah Aishah, wanita memainkan peranan besar sebagai pendorong, penyokong dan pencetus inspirasi kepada kejayaan perjuangan Islam.

Delegasi Wanita PERKIM mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustazah Aishah.

Ustazah Aishah urut mengingatkan para peserta agar sentiasa menjaga kesatuan dan menghindari perasaan negatif seperti hasad dengki dan tidak puas hati yang boleh merosakkan organisasi.

Sebahagian delegasi Wanita PERKIM berkesempatan bergambar bersama Ustazah Aishah di akhir kuliah.

Delegasi Wanita PERKIM ketika lawatan di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam.

Petugas Yayasan Restu menunjukkan seni reka cipta khas mushaf al-Quran gergasi yang dicetak di kompleks tersebut.

Delegasi Wanita PERKIM mendengar taklimat yang disampaikan oleh petugas Yayasan Restu.

Wanita PERKIM diberi penerangan sepanjang lawatan ke kompleks tersebut.

Terdapat juga pameran galaksi beserta Asmaul Husna.

Delegasi Wanita PERKIM bergambar kenang-kenangan di hadapan kompleks selepas berakhirnya lawatan.



