Takwa Matlamat Utama Puasa, 120 Mualaf Sertai Forum Ambang Ramadan 1447H
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟏𝟓 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Forum Ambang Ramadan 1447H membuka tirainya dengan penuh kesyukuran apabila seramai 120 saudara baharu memenuhi ruang Surau Jumaat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dalam satu himpunan ilmu yang menyatukan hati menjelang ketibaan bulan mulia.
Forum anjuran PERKIM Kebangsaan itu menghimpunkan majoriti mualaf daripada pelbagai latar belakang kaum seperti Cina, India, Punjabi, Iban, Kadazan, Murut dan Dusun selain warga Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Myanmar, Indonesia serta Taiwan, sekali gus menzahirkan wajah Islam yang merentasi sempadan bangsa, budaya dan bahasa.
Forum bertajuk “𝘗𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘺𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘗𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮” itu dipengerusikan oleh 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝟭 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗬𝗕𝗵𝗴 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗝𝗮𝗶𝘀 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗮𝗽𝗽𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵.
Dua ahli panel yang tampil menyampaikan kupasan menyeluruh ialah 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 serta 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗣𝗝 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗢𝗳𝘁𝗮𝗹𝗺𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗞𝗣𝗝 𝗛𝗲𝗮𝗹𝘁𝗵𝗰𝗮𝗿𝗲 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱, 𝗬𝗕𝗵𝗴 𝗗𝗿 𝗡𝗼𝗿𝗮𝘇𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗕𝗮𝗰𝗵𝗶𝗸 𝗡𝗴.
Sebelum itu, forum dimulakan dengan ucapan pengacara majlis, Fatin Akmal Aksah sebelum bacaan doa dipimpin oleh Mohd Firdaus Pompeyos Abdullah.

Memulakan forum, Ustaz Jais Mariappan mengajak hadirin merafakkan kesyukuran kerana dipilih Allah SWT untuk berada dalam majlis ilmu.
Menurut beliau, bukan semua insan diberi peluang duduk dalam suasana yang mengingatkan tentang persiapan rohani sebelum Ramadan.
Beliau menegaskan bahawa puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya bertujuan melahirkan insan bertakwa sebagaimana dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 183.
Persoalan utama, katanya, bukan “mampukah kita berpuasa”, tetapi “bagaimana kita mahu keluar daripada Ramadan dengan iman yang lebih tinggi berbanding sebelumnya”.
Forum ini dirangka khusus bagi membantu saudara baharu membuat persediaan menyeluruh dari segi mental, emosi dan fizikal terutama mereka yang masih tinggal bersama keluarga bukan Islam.
Cabaran seperti menyembunyikan sahur, menjelaskan perubahan rutin harian atau berhadapan pertanyaan keluarga merupakan realiti yang perlu ditangani dengan hikmah.

𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 berkongsi pengalaman peribadinya sebagai mualaf yang pernah melalui fasa ketakutan dan keraguan ketika pertama kali berpuasa. Beliau mengakui emosi seorang saudara baharu sering bercampur-baur bimbang tidak mampu bertahan, takut tidak diterima Allah, malah risau berhadapan tekanan keluarga.
Namun beliau menegaskan bahawa Ramadan adalah hadiah agung buat orang beriman. Mengulas hadis Rasulullah SAW, beliau menjelaskan bahawa satu hari puasa Ramadan yang ditinggalkan tanpa keuzuran tidak dapat diganti walaupun dengan puasa sepanjang hayat. Ini menunjukkan betapa tinggi nilai Ramadan di sisi Allah.
Ustaz Fitri yang juga merupakan Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Selangor turut berkongsi kisah sahabat Nabi yang bermimpi melihat dua individu memeluk Islam bersama, tetapi yang hidup lebih lama dan sempat melalui Ramadan dimasukkan ke syurga terlebih dahulu.
Rasulullah SAW menjelaskan bahawa tambahan amal termasuk puasa Ramadan memberi kelebihan besar. Kisah ini, menurut beliau, membuktikan keagungan Ramadan sebagai peluang luar biasa yang tidak wajar disia-siakan.
Isu paling kritikal bagi mualaf ialah hubungan dengan keluarga. Ada yang telah mengisytiharkan pengislaman, ada juga yang masih merahsiakan demi keselamatan dan keharmonian.
Ustaz Fitri menegaskan bahawa Islam tidak menuntut pemutusan silaturahim. Sebaliknya, ihsan dan hormat perlu dikekalkan. Jika belum mampu mengumumkan pengislaman secara terbuka, pendekatan berhikmah perlu digunakan. Keselamatan diri dan kestabilan emosi juga sebahagian daripada maqasid syariah yang mesti dipelihara.
Beliau turut berkongsi pengalaman menyimpan makanan sahur ketika bujang serta menahan godaan untuk makan selepas azan Subuh.
“Inti pati Islam ialah taat kepada Allah walaupun tiada manusia yang melihat,” ujarnya, menekankan konsep ihsan dan kesedaran bahawa Allah sentiasa memerhati.

𝗗𝗿 𝗡𝗼𝗿𝗮𝘇𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗕𝗮𝗰𝗵𝗶𝗸 𝗡𝗴 memperkukuh bicaranya dengan pendekatan saintifik dan spiritual. Menurut beliau, memeluk Islam bukan bererti menukar bangsa, tetapi mengubah keyakinan dan cara hidup. Islam ialah ‘way of life’ yang mempunyai manual tersendiri.
Beliau mengibaratkan tubuh manusia seperti kenderaan yang memerlukan jadual servis. Sistem penghadaman bekerja hampir tanpa henti sepanjang 11 bulan, dan Ramadan berfungsi sebagai tempoh “rehat sistem” yang membantu proses detoksifikasi semula jadi badan.
Antara persediaan awal yang disarankan ialah membiasakan tidur lebih awal, mengurangkan kafein, memperbanyakkan air kosong serta berbuka secara sederhana bermula dengan kurma dan air sebelum makanan berserat dan seterusnya makanan berat.
Ramadan bukan bulan “membalas dendam” dengan makanan berlebihan.
Beliau turut menjelaskan bahawa pening ringan, letih atau sedikit rasa lemah pada awal Ramadan adalah proses adaptasi biasa.
Namun bagi pesakit kronik seperti diabetes atau gastrik, rundingan dengan doktor perlu dilakukan bagi menyesuaikan dos dan waktu pengambilan ubat. Islam tidak menghalang penjagaan kesihatan kerana kesihatan ialah amanah.
Ustaz Fitri menegaskan bahawa asas kepada segala ibadah ialah niat yang tulus kerana Allah SWT.
Katanya, niat puasa tidak semestinya dilafazkan panjang; memadai dengan lintasan hati untuk berpuasa kerana Allah. Bangun bersahur juga sudah memadai sebagai tanda adanya niat.
Ustaz Fitri menekankan bahawa Ramadan ialah madrasah tarbiah membentuk takwa iaitu kesedaran berterusan bahawa Allah melihat setiap perbuatan.
Jelas beliau lagi, ilmu mesti disertai amal; belajar tanpa beramal adalah sia-sia, manakala beramal tanpa ilmu boleh membawa kesalahan.
Beliau menggalakkan kehadiran ke majlis ilmu, tazkirah sebelum berbuka dan solat berjemaah. Bagi yang belum mahir membaca al-Quran, mendengar bacaan al-Quran dan ceramah juga merupakan makanan bagi roh.
Ustaz Fitri turut mengingatkan hadirin mengenai sabda Rasulullah SAW bahawa terdapat orang berpuasa namun hanya memperoleh lapar dan dahaga. Puasa bukan sekadar menahan perut, tetapi juga menahan lidah, telinga dan seluruh anggota daripada dosa.
Beliau menghuraikan hadis tentang orang muflis di akhirat iaitu mereka datang dengan pahala solat, puasa dan zikir, namun kerana pernah menzalimi orang lain, pahala tersebut diberikan kepada pihak yang dizalimi sehingga habis malah akhirnya menanggung dosa orang lain sebelum dicampakkan ke neraka. Inilah kebankrapan sebenar.
Isu hutang, fitnah dan kezaliman kecil yang sering dipandang ringan turut disentuh. Ramadan sewajarnya menjadi medan pembersihan diri dan memohon maaf, bukan sekadar ritual tahunan.
Menurut Dr Norazlina, pendekatan empati khususnya kepada saudara baharu dan golongan berusia. Beliau mengingatkan agar jadual tidur, makan dan minum disusun dengan bijaksana. Rasa letih dan emosi turun naik adalah proses penyesuaian badan dan jiwa, bukan tanda kelemahan iman.
Beliau menegaskan bahawa ibadah bukan hanya di atas sejadah. Kehidupan harian yang dilalui dengan niat kerana Allah juga adalah ibadah. Ramadan bukan pertandingan siapa paling lama di masjid, tetapi siapa paling ikhlas dalam hubungannya dengan Allah.
Forum diakhiri dengan sesi soal jawab yang menyentuh pelbagai persoalan praktikal termasuk isu sahur, keletihan bekerja dan hubungan keluarga.
𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 dalam ucapan aluannya mewakili Pengarah Pentadbiran PERKIM Kebangsaan, YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad yang tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
Ustaz Farhan Tee mengajak hadirin mensyukuri hidayah sebagai anugerah terpilih dan mengumumkan pelbagai pengisian Ramadan anjuran PERKIM termasuk iftar, tarawih, tadarus, Nuzul al-Quran dan sambutan Aidilfitri.
Ustaz Fitri kemudiannya merasmikan Forum Ambang Ramadan dengan lafaz basmalah, mengingatkan bahawa sejak bulan Rejab lagi umat Islam berdoa agar dipertemukan dengan Ramadan.
Kini peluang itu hampir tiba dan perlu disambut dengan kegembiraan serta persediaan rapi.
Ustaz Farhan Tee turut menyampaikan cenderahati kepada para panel sebagai tanda penghargaan.
Turut hadir menjayakan forum ialah urus setia Forum Ambang Ramadan, Ustazah Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan, Ustazah Siti Fatimah Ladda Abdullah, Azura Abdul Rahman, Umi Musfirah Abdul Ghani, Farah Irisha Hazlizam dan Muhamad Fardly Johan.

Saudara baharu mengisi butir-butir peribadi ketika sesi pendaftaran Forum Ambang Ramadan.

Saudara baharu pelbagai warga negara selesai bersarapan sebelum menghadiri forum.

Fatin Akmal mengacarakan majlis sebelum forum berlangsung.

Ustaz Jais Mariappan selaku moderator bersama panelis Ustaz Fitri (kiri) dan Dr Norazlina (kanan) menjayakan Forum Ambang Ramadan bertajuk ‘Penghayatan Ramadan Dalam Perjalanan Seorang Mualaf’ berlangsung di Surau Jumaat PERKIM.

Ustaz Jais menegaskan bahawa puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya bertujuan melahirkan insan bertakwa sebagaimana dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 183.

Ustaz Fitri berkongsi pengalaman peribadinya sebagai mualaf yang pernah melalui fasa ketakutan dan keraguan ketika pertama kali berpuasa.

Ustaz Fitri menekankan bahawa Ramadan ialah madrasah tarbiah membentuk takwa iaitu kesedaran berterusan bahawa Allah melihat setiap perbuatan.

Mualaf pelbagai bangsa dan warga negara mendengar forum yang disampaikan.

Dr Norazlina dalam bicaranya berkata, Ramadan berfungsi sebagai tempoh “rehat sistem” yang membantu proses detoksifikasi semula jadi badan.

Menurut Dr Norazlina, antara persediaan awal yang disarankan ialah berbuka secara sederhana bermula dengan kurma dan air sebelum makanan berserat dan seterusnya makanan berat.

Seorang mualaf berbangsa Cina mengajukan soalan berkenaan isu sahur.

Dr Norazlina menjawab persoalan sambil berjenaka di mana bagi pesakit kronik seperti diabetes atau gastrik, rundingan dengan doktor perlu dilakukan bagi menyesuaikan dos dan waktu pengambilan ubat.

Saudara baharu berbangsa India bertanyakan soalan berkenaan minuman berkafien ketika berbuka atau bersahur kepada Dr Norazlina.

Ustaz Farhan Tee menyampaikan ucapan aluan mewakili Pengarah Pentadbiran PERKIM Kebangsaan.

Ustaz Fitri selaku Naib Yang Dipertua PERKIM merasmikan Forum Ambang Ramadan dengan lafaz Basmallah.

Ustaz Farhan Tee menyampaikan hadiah cenderahati kepada Ustaz Fitri selaku panel pertama forum.

Dr Norazlina selaku panel kedua forum menerima hadiah cenderahati daripada Ustaz Farhan Tee.

Ustaz Farhan Tee menyampaikan hadiah cenderahati kepada Ustaz Jais Mariappan selaku moderator forum.

Saudara baharu mengambil makanan juadah makanan tengah hari secara bufet.

Menu makanan seperti masak lemak daging, ikan sardin goreng, peria goreng dan ulam-ulaman menjadi juadah makanan tengah hari yang disajikan kepada peserta yang hadir.



