Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝟭 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 ![]()
Alhamdulillah. Wa Syukrulillah. Ramadan adalah madrasah tarbiah jiwa yakni bulan untuk kita memperkukuh iman, memperbanyakkan amal, menyuburkan sifat sabar dan mempererat ukhuwah.
Inilah saat terbaik untuk kita meningkatkan ibadah, memperhebatkan dakwah serta melipatgandakan usaha kebajikan demi membantu mereka yang memerlukan.
Kepada saudara-saudara baharu, ketahuilah bahawa PERKIM sentiasa bersama anda dengan mengadakan Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK), Majlis Berbuka Puasa, solat sunat tarawih, moreh, Tadarus Al-Quran di sepanjang bulan Ramadan yang penuh barakah ini.
Ramadan ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi perjalanan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan harapan.
Marilah kita jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan hati yang tunduk, jiwa yang bersih dan tekad untuk menjadi insan yang lebih baik.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan kepada kita semua.
Salam Ramadan Al-Mubarak.
Ikhlas daripada,
𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗺𝗮𝗿
𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠



