Pengumuman

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H dalam suasana penuh kesyukuran dan keimanan.

Saya dengan penuh rasa tawaduk ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya warga PERKIM di seluruh negara.

Hari kemenangan ini adalah natijah daripada tarbiah Ramadan yang mendidik jiwa kita dengan kesabaran, keikhlasan dan ketaqwaan. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan terus menjadi bekalan dalam memperkukuh iman serta memperindah akhlak kita sebagai Muslim.

Aidilfitri juga mengajar kita erti kesatuan, kasih sayang dan keprihatinan. Marilah kita memperkukuhkan silaturrahim, saling bermaafan serta terus menyantuni golongan yang memerlukan, termasuk saudara-saudara mualaf yang sentiasa dekat di hati PERKIM.

Saya turut mendoakan agar negara kita sentiasa berada dalam rahmat, keamanan dan keberkatan, serta kita semua dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan istiqamah dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Akhir kata, sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kesederhanaan, kesyukuran dan keinsafan.

 

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

𝗠𝗮𝗮𝗳 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘁𝗶𝗻

𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗺𝗮𝗿, 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠.

 

Related Articles

Back to top button