“Roses & Chocolates” Wadah PERKIM Santuni Pelancong Di Langkawi
oleh: SRZ
๐๐๐ก๐๐๐๐ช๐, ๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ โ โAda yang senyum sambil mengucapkan terima kasih, ada yang teruja kerana mendapat coklat dan bunga, ada juga yang menolak pemberian kami,โ kata ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ, ๐ก๐๐ฟ ๐ฆ๐๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ ๐๐๐ฎ.
Itu antara reaksi dan maklum balas pelancong apabila diberi bunga atau coklat beserta risalah sambil bertanyakan asal mereka dari negara mana.

Nur Syahirah berkata ketika menjalankan Program Dakwah Lapangan di Langkawi anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Kedah di perkarangan Langkawi Skycab, Jalan Telaga Tujuh dekat sini.
Menurut beliau, seramai 18 orang terdiri daripada staf PERKIM Kebangsaan, PERKIM Kedah, Sukarelawan PERKIM serta mahasiswa Kelab PERKIM Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) dan Kelab PERKIM Universiti Utara Malaysia (UUM) memberikan buah tangan dan risalah pelbagai bahasa di beberapa lokasi iaitu di sekitar Skycab, Dataran Lang dan Pantai Chenang.
Nur Syahirah yang juga merupakan Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) PERKIM Kebangsaan berkata, pada kali ini PERKIM Kebangsaan memilih tempat kelahiran beliau sebagai lokasi untuk berdakwah kerana ia merupakan satu tempat tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa sekali gus dapat memperkenalkan Islam dan nilai Islam dalam suasana harmoni.
Ujar beliau, Langkawi mendapat nama dari perkataan โLangโ iaitu nama pendek dari helang, dan โkawiโ bermaksud warna merah coklat dari perkataan Melayu lama. Maka Langkawi bermaksud helang berwarna merah coklat.
โKetika kami menyampaikan bunga ros dan coklat dengan penuh senyuman serta kemesraan, kami juga turut menyampaikan risalah dakwah dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami oleh pelancong daripada pelbagai latar belakang budaya dan agama,โ jelas beliau.
Lebih 200 bunga ros dan coklat telah disampaikan kepada pelancong daripada pelbagai negara iaitu New Zealand, Switzerland, Equador, Poland, Swarovski, Finland, Britain, Georgia, Singapura, Mauritius, Hong Kong, Thailand, China, Jepun, India dan warga tempatan serta lain-lain bersempena Tahun Melawat Kedah 2025.
Tambah Nur Syahirah lagi, dakwah lapangan akan menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan sekali gus memancarkan imej Islam yang penuh kesopanan dan penyayang.
Katanya, ada juga pelancong yang sanggup mengikuti dan menyertai kami merarau kerana ingin mengetahui Islam dengan lebih mendalam asbab dari pemberian bunga, coklat dan risalah Islam.

๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ๐ฎ๐ป, ๐ฌ๐๐ต๐ด ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ถ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฏ๐๐ฑ๐ถ๐ป berkata, program itu bertujuan untuk berinteraksi secara langsung dengan pelancong dalam dan luar negara serta menyampaikan mesej Islam yang sebenar iaitu sebagai agama yang menekankan kedamaian, kasih sayang, dan keamanan.
Program itu merupakan matlamat penting untuk menyebarkan dakwah Islam di sebuah pulau yang terdapat pelbagai sejarah lagenda dan diiktiraf sebagai UNESCO gGlobal Geopark yang menjadi kunjungan dan tarikan pengunjung berbilang budaya dan pelancong.
Katanya, ini merupakan salah satu kaedah untuk memperkenalkan Islam secara lebih inklusif dan aman kepada masyarakat umum, termasuk penduduk tempatan yang mungkin tidak memahami Islam secara mendalam serta pengembara antarabangsa.
Menurut Datoโ Razali, sebelum ini kita telah melaksanakan Program Dakwah Lapangan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta Melaka dan pada kali ini kita memilih Langkawi sebagai destinasi yang paling digemari oleh pelancong asing dari seluruh negara.
Jelas beliau, PERKIM melaksanakan program tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada pelancong yang melancong ke Langkawi tentang apa itu Islam kepada mereka.
Datoโ Razali sebelum itu, berkesempatan menyampaikan taklimat kepada staf PERKIM Kebangsaan, PERKIM Kedah dan mahasiswa UniSHAMS dan UUM bertempat di Hotel HIG, Jalan Penarak, Kuah.
Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Datoโ Wira Mansor Haji Ismail kerana memberi persetujuan untuk melaksanakan program dakwah lapangan di sekitar Pulau Langkawi.
Turut mengikuti program tersebut ialah Setiausaha Kehormat PERKIM Kedah, YBhg Tuan Haji Turedy Abdullah serta Pegawai Dakwah PERKIM Kedah, Zaatil Hidayah Ahmad Bustaman.
Kata Datoโ Razali, terdapat juga pelancong yang berminat dengan risalah Islam sekali gus diberi penerangan โApa Itu Islamโ serta menerangkan bahawa Islam adalah agama yang mengajar nilai-nilai kemanusiaan yang mulia dan boleh diterima oleh semua golongan masyarakat.
Secara tidak langsung ia dapat menghapuskan salah persepsi dan salah faham tentang Islam terutamanya yang mungkin terpengaruh dengan media atau maklumat yang tidak tepat.
Ujar Datoโ Razali lagi, dengan memperkenalkan konsep-konsep asas seperti tauhid (keesaan Tuhan), keindahan akhlak dalam Islam dan peranan Nabi Muhammad sebagai suri teladan, dakwah jalanan cuba menyentuh hati mereka yang terbuka untuk mendalami ilmu agama Islam.
Secara tidak langsung, ia menggalakkan sikap saling menghormati dan bertolak ansur antara agama melalui interaksi yang aman dan terbuka serta mengajak manusia mengenali Islam dengan lebih dekat.
Bunga ros dan coklat turut melambangkan satu pendekatan yang lembut, mesra dan penyayang serta agama yang menyentuh hati dan mengutamakan kemanusiaan.
Jelas Dato Razali lagi, program ini juga dapat menarik umat Islam untuk lebih giat berdakwah dan menggalakan mereka melibatkan usaha-usaha menyebarkan agama Allah SWT.
PERKIM Kedah akan mengambil tanggungjawab bagi meneruskan program dakwah lapangan susulan khususnya di Langkawi.
Ia menjadi satu kejayaan buat PERKIM jika beberapa pelancong yang dapat memberi maklum balas berkenaan dalam memahami Islam menerusi program tersebut untuk terus dihubungi secara jangka masa panjang dan susulan.
Beliau berharap, para pendakwah tidak mudah kecewa dan berputus asa dengan madโu yang mengelak atau tidak memberikan sebarang respon malah meneruskan pendekatan dakwah kepada mereka.
Turut menjayakan program ialah Pegawai UDPI PERKIM Kebangsaan, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah; Pegawai Kewangan PERKIM Kebangsaan, Hamidah Ismail serta Sukarelawan PERKIM, YBhg Dr Haji Ruslan Said serta Zulhilmi AhMat Limit.

Sementara itu, ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ๐ฎ๐ป, ๐ฌ๐๐ต๐ด ๐๐ฟ ๐ฆ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ @ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ mengucapkan syabas kepada staf dan mahasiswa yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berdakwah kepada madโu.
Secara tidak langsung, ia melatih hati kita menanamkan sifat tidak berputus asa kepada diri pendakwah dengan segala usaha yang laksanakan sekali gus memberi pengalaman dan pendedahan yang baru kepada mahasiswa Kelab PERKIM Universiti dalam pendekatan dakwah di lapangan.
Jelas Dr Suariza lagi, terdapat juga di kalangan pelancong yang teruja dan mengambil sikap ingin tahu mengenai usaha yang dilaksanakan PERKIM dalam memperkenalkan Islam dan berkongsi keindahan Islam di Langkawi kepada mereka.
Majlis berakhir dengan sesi fotografi di perkarangan Pantai Chenang dan jamuan makan malam.

Dato’ Razali memberikan taklimat kepada pendakwah sebelum ke turun ke lapangan.

Dr Suariza turut berpesan supaya pendakwah tidak berputus asa dalam menyebarkan risalah Islam kepada pelancong.

Dato’ Razali menunjukkan salah satu risalah Islam yang akan disampaikan kepada pelancong.

Pendakwah merakamkan gambar beramai-ramai sebelum turun ke lapangan.

Zaatil menyampaikan risalah dan bunga kepada pelancong dari India di perkarangan SkyCab.

Pelancong dari Holland masing-masing menerima sekuntum bunga, coklat dan risalah daripada Zaatil dan mahasiswa KPU UniSHAMS.

Dr Suariza beramah mesra bersama sekumpulan pelancong dari Jiangsu Nantong, China setelah menyampaikan bunga, coklat dan risalah Islam.

Dr Suariza berkesempatan berswafoto bersama sekumpulan pelancong dari China.

Farhan Tee menyampaikan bunga, coklat dan risalah kepada pelancong dari Jepun.

Pelancong asing bertanyakan sesuatu kepada Farhan Tee setelah menerima bunga, coklat dan risalah percuma.

Farhan Tee dan Zaatil bertanyakan khabar kepada pelancong dari India selepas menyampaikan bunga, coklat dan risalah.

Mahasiswa KPU UUM berkesempatan berswafoto bersama pelancong dari India selepas menyampaikan risalah, bunga dan coklat.

Mahasiswa KPU UniSHAMS berkesempatan berbual bersama pelancong asing sambil menyampaikan bunga dan coklat.

Syahirah menyampaikan coklat dan risalah PERKIM kepada pelancong dari India.

Pasangan pelancong bergembira selepas menerima bunga, coklat dan risalah PERKIM sambil merakamkan gambar bersama penyelaras program, Syahirah (kiri).

Dr Suariza berkesempatan berswafoto bersama pasangan pelancong sambil menerima sekuntum bunga.

Pendakwah meneruskan misi di Dataran Lang, Langkawi.

Sukarelawan PERKIM, Zulhilmi AhMat Limit berbual sambil menyampaikan bunga, risalah dan coklat kepada pelancong dari Canada.

Sebahagian pendakwah merakamkan gambar bersama-sama di tugu burung helang yang merupakan mercu tanda Langkawi.

Tiller yang merupakan pelancong dari Switzerland ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Islam sambil dijemput makan bersama pendakwah PERKIM.

Farhan Tee menerangkan keindahan Islam kepada Tiller yang ingin mengetahui lanjut berkenaan Islam sambil menikmati makanan tradisi kampung ketika merarau di Kak Yan Nasi Campur.

Farhan Tee memberikan coklat kepada kanak-kanak yang hadir ke gerai PERKIM di Pantai Chenang.

Pelancong China membaca risalah Islam yang diberikan kepadanya.

Pelancong dari India membaca risalah selepas mendapat bunga dan coklat dari pendakwah PERKIM.

Pelancong asing bergembira sambil merakamkan secara langsung setelah mendapat bunga.

Farhan Tee menyampaikan risalah, bunga dan coklat kepada pelancong asing yang melalui kawasan Pantai Chenang.

Pendakwah bersyukur setelah misi mereka tercapai menyampaikan bunga, coklat dan risalah kepada pelancong di Pantai Chenang.



