Majlis Sambutan Nuzul Quran 1447H & Sambutan Hari PERKIM Ke-66
Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1447H & Sambutan Hari PERKIM ke-66 telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Dr Haji Mohd Ridhuan Tee Abdullah setelah mendapat perkenan YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Ketua Wanita PERKIM.Â
Program anjuran PERKIM Kebangsaan bersama Surau Jumaat PERKIM ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan Bidayuh serta warga Filipina, Indonesia, Kemboja dan Myanmar.
Selain sesi tadarus dan khatam al-Quran, majlis turut diserikan dengan penyampaian zakat kepada para peserta serta penghargaan kepada para pembimbing, sekali gus menyemarakkan semangat ukhuwah dan penghayatan al-Quran dalam kalangan saudara baharu.



