Aktiviti Pendidikan

Majlis Penyampaian Sijil IDIP-KB Ke-29 Iktiraf Kejayaan Graduan, Sarawak Sumbang RM1 Juta

ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ

𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝟐𝟗 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠), 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗮𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 (𝗗𝗿) 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗭𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗧𝘂𝗻 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗢𝗽𝗲𝗻𝗴 menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis Penyampaian Sijil Institut Dakwah Islamiah PERKIM Kota Bharu (IDIP-KB) Kali Ke-29 yang berlangsung di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP), Sultan Ismail Petra, Panji, di sini pada pagi Khamis.

Ketibaan Datuk Patinggi Abang Johari disambut dengan penuh adat dan mesra oleh 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐓𝐞𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), 𝐘𝐁𝐌 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐑𝐢𝐳𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐢𝐳, mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan negeri Kelantan dan Sarawak serta komitmen bersama dalam memperkasa agenda dakwah dan kebajikan Islam di peringkat kebangsaan.

Majlis yang bermula pada jam 11 pagi itu menjadi simbol pengiktirafan terhadap kejayaan para pelajar menamatkan pengajian dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam, selain mencerminkan komitmen berterusan PERKIM dalam melahirkan pendakwah berilmu dan berakhlak.

Majlis bertambah seri lagi dengan keberangkatan 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗼𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 merangkap 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 yang berkenan berangkat menyempurnakan acara penyampaian sijil.

Hadir sama, 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗶𝗱𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 dan 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶.


Dalam ucapan perasmian, Datuk Patinggi Abang Johari menyifatkan majlis tersebut bukan sekadar acara rasmi, sebaliknya lambang usaha gigih, komitmen serta kesungguhan para graduan mualaf, hasil bimbingan para pensyarah, sokongan keluarga dan dorongan berterusan warga PERKIM.

Beliau turut menyatakan kebanggaan terhadap peranan IDIP-KB sebagai platform unggul dalam melahirkan kader dakwah yang bukan sahaja menguasai ilmu, malah berakhlak, berwibawa dan berkeupayaan menyampaikan mesej Islam secara berkesan dalam masyarakat majmuk.

“Sijil yang diterima hari ini bukanlah penamat, sebaliknya permulaan kepada amanah dan tanggungjawab yang lebih besar untuk berkhidmat kepada agama, ummah dan negara berteraskan ilmu serta nilai Islam yang murni,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau merakamkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atas sokongan padu terhadap perjalanan dakwah dan pendidikan IDIP-KB, termasuk kerjasama strategik serta perancangan akademik masa depan seperti Program Pra-IDIP-KB.

Usaha penambahbaikan infrastruktur dan peluasan program pengajian turut disifatkan sebagai langkah penting bagi memastikan IDIP-KB kekal relevan, inovatif dan berdaya saing.

Menyentuh soal kemudahan, Datuk Patinggi Abang Johari mengambil maklum hasrat penambahbaikan infrastruktur termasuk pembinaan asrama muslimin, surau dan dewan serbaguna yang disifatkan sebagai keperluan strategik jangka panjang dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan Biro Pendidikan Islam Sarawak akan menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta kepada IDIP-KB bagi pembangunan asrama lelaki sebagai sokongan terhadap kebajikan dan keselesaan pelajar.


Sementara itu, 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗺𝗮𝗿 dalam ucapan aluannya turut menzahirkan kesyukuran atas kejayaan penganjuran majlis dalam suasana penuh keberkatan.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Datuk Patinggi Abang Johari atas kesudian hadir dan merasmikan majlis serta menjunjung kasih kepada YM Tengku Puan Temenggong Kelantan atas keberangkatan yang menjadi sumber inspirasi kepada warga IDIP-KB dan para graduan.

Menurut beliau, IDIP-KB sejak penubuhannya memainkan peranan penting dalam membimbing khususnya golongan mualaf serta melahirkan graduan yang mampu menjadi agen perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Sokongan berterusan MAIK, Majlis Agama Islam Negeri, jabatan, agensi dan NGO turut diiktiraf sebagai faktor penting memperkasa pendidikan dan dakwah institusi berkenaan.

Pada majlis itu, YM Tengku Puan Temenggong Kelantan berkenan menyampaikan sijil kepada 39 graduan Sijil Asas Pengajian Islam (SAP), manakala Datuk Patinggi Abang Johari yang diiringi Dato’ Dr. Marzuki menyampaikan sijil kepada 64 graduan Sijil Pengajian Islam (SPI).

Empat graduan SPI iaitu Jesika Guntur, Mohamad Alfian Saidin, Nur Izzah Shahidah Kamarudin dan Mohammad Faidhi Amni Darulsman menerima Trofi Anugerah Pelajar Cemerlang SPI, sementara Norzanah Dalu, Mika Uda dan Nur Beverly Daniel masing-masing menerima Trofi Anugerah Pelajar Cemerlang SAP.

Majlis turut menobatkan Anugerah Khas Alumni IDIP-KB kepada YBhg Prof Dato’ Dr Haji Mohd Farid Ravi Abdullah.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Kumpulan Nasyid IDIP-KB yang mengalunkan lagu ‘Kau Kekasih Allah’ dan ‘Ibu’ sebelum diakhiri dengan sesi bergambar serta jamuan makan tengah hari.

Turut hadir ialah 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻, 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗹𝗶 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻; 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸, 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻𝗱 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗶𝗽𝗻𝗶; 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗬𝗕𝗵𝗴 𝗗𝗿 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗶𝘇𝗮 @ 𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱; 𝗘𝗸𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝗶𝗳 𝗜𝗗𝗜𝗣-𝗞𝗕, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗼𝗿𝘀𝗮𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗠𝗱 𝗛𝗮𝗻𝗮𝗳𝗶 @ 𝗠𝗱 𝗭𝗮𝗶𝗻 serta pegawai MAIK, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

 


Dr Ridhuan Tee, Dato’ Dr Marzuki bersama kepimpinan PERKIM menyambut ketibaan Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, Datuk Patinggi Abang Johari sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 10.15 pagi.

 


Datuk Patinggi Abang Johari bersama kepimpinan PERKIM tiba di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu disambut para tetamu bagi merasmikan Majlis Penyampaian Sijil IDIP-KB Ke-29.


Tengku Mohamad Rizam selaku Yang Dipertua MAIK (tengah) berkenan beramah mesra bersama Datuk Patinggi Abang Johari disertai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan kepimpinan PERKIM.

 


Perarakan masuk Yang Dipertua PERKIM, Datuk Patinggi Abang Johari bersama pensyarah-pensyarah IDIP-KB ke Dewan Utama KIJP.

 


Kepimpinan Tertinggi PERKIM berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan PERKIM Pacu Kemajuan.

 


Kepimpinan PERKIM menadah tangan ketika doa dibacakan.

 


Pensyarah-pensyarah IDIP-KB mengaminkan doa yang dibacakan.

 


Pelajar IDIP-KB mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim pada pembukaan majlis.

 


Antara graduan yang akan menerima SPI daripada Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM.

 


Dato’ Dr Marzuki merakamkan penghargaan kepada Datuk Patinggi Abang Johari atas kesudian hadir dan merasmikan majlis serta menjunjung kasih kepada YM Tengku Puan Temenggong Kelantan atas keberangkatan yang menjadi sumber inspirasi kepada warga IDIP-KB dan para graduan.

 


Menurut Dato’ Dr Marzuki, penubuhan IDIP-KB memainkan peranan penting dalam membimbing khususnya golongan mualaf serta melahirkan graduan pendakwah.

 


Datuk Patinggi Abang Johari menyifatkan majlis ini bukan sekadar acara rasmi, sebaliknya lambang usaha gigih, komitmen serta kesungguhan para graduan mualaf.

 


Para tetamu mendengar ucapan perasmian disampaikan oleh Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM.

 


Datuk Patinggi Abang Johari menyatakan kebanggaan terhadap peranan IDIP-KB sebagai platform unggul dalam melahirkan kader dakwah yang bukan sahaja menguasai ilmu, malah berakhlak tinggi.

 


Yang Dipertua PERKIM turut mengumumkan Biro Pendidikan Islam Sarawak akan menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta kepada IDIP-KB bagi pembangunan asrama lelaki sebagai sokongan terhadap kebajikan dan keselesaan pelajar.

 


YM Tengku Puan Temenggong Kelantan YM Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati berkenan menyampaikan sijil kepada 39 graduan Sijil Asas Pengajian Islam (SAP)

 


Graduan menerima Sijil Asas Pengajian Islam (SAP) daripada YM Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati yang juga Naib Yang Dipertua PERKIM.

 


Turut diadakan persembahan Kumpulan Nasyid IDIP-KB yang membawa lagu ‘Kau Kekasih Allah’ dan ‘Ibu’.

 


Graduan mualaf menerima Sijil Pengajian Islam (SPI) daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari.

 


Datuk Patinggi Abang Johari yang juga Yang Dipertua PERKIM menyampaikan SPI kepada graduan mualaf.


Graduan mualaf menerima Anugerah Pelajar Cemerlang daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari.

 

 

 


Perarakan keluar Kepimpinan Tertinggi PERKIM dari Dewan Utama KIJP.

 


Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari menyampaikan cek cura berjumlah RM20 ribu kepada Datuk Dr Fadzil bagi pengurusan IDIP-KB sambil disaksikan Kepimpinan Tertinggi PERKIM dan para wartawan.

Related Articles

Back to top button