Kunjungan Hormat PERKIM Cawangan Kuala Muda Ke PERKIM Kebangsaan
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟏𝟑 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠), 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗺𝗮𝗿 menerima kunjungan hormat rombongan PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini pada pagi Jumaat.
Kunjungan tersebut diketuai 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗠𝘂𝗱𝗮, 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗜𝗺𝗿𝗼𝗻 𝗞𝗼𝗰𝗵𝗲𝗺 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 bersama lima ahli jawatankuasa iaitu Setiausaha Kehormat, Hajah Normizah Zain; Penolong Setiausaha, Ustazah Juhana Halimah Johari; Bendahari Kehormat, Haji Abdul Raof Md Zain; Ahli Jawatankuasa, Siti Meriam Shariff serta sukarelawan, Ulfa Marfitasari Mohammad Lutfi.
Pertemuan dua hala itu bertujuan bertukar pandangan dan idea bagi memperkukuh usaha dakwah, kebajikan serta pendidikan kepada golongan mualaf, khususnya dalam mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks.
Dalam sesi perbincangan, Cawangan Kuala Muda membentangkan perkembangan projek rumah transit yang dibangunkan bagi membantu mualaf dari seluruh negara, bukan terhad kepada Kedah sahaja.
Kos pembangunan dan penyelenggaraan mencecah ratusan ribu ringgit dengan sebahagiannya ditanggung melalui inisiatif pengumpulan dana sendiri, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi cawangan tersebut.

Dato’ Dr. Marzuki menegaskan bahawa usaha yang dimulakan secara berdikari wajar diberikan sokongan, namun pengurusan kewangan perlu dilaksanakan secara telus dan berdisiplin agar tidak membebankan bahagian atau menjejaskan kestabilan organisasi.
“Setiap peruntukan mesti jelas jumlahnya dan berasaskan kemampuan sebenar. Kita membantu atas dasar keperluan, bukan emosi,” tegas beliau.
Pertemuan itu turut menekankan pendekatan dakwah secara hikmah dan strategik dalam masyarakat majmuk.

Menurut Ustaz Imron, Rumah transit PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda kini menempatkan mualaf daripada pelbagai latar belakang termasuk Orang Asli, kaum India dan Cina.
Terdapat juga mualaf istimewa seperti golongan bisu dan pekak yang memerlukan pendekatan khusus termasuk kelas bahasa isyarat serta bimbingan agama yang disesuaikan.
Katanya, keperluan tenaga pengajar lelaki dan perempuan mengikut kesesuaian jantina turut dibincangkan bagi memastikan adab dan tuntutan syariah dipelihara dalam setiap sesi pembelajaran.
Isu komuniti transgender di Sungai Petani turut dibangkitkan Ustaz Imron sebagai antara cabaran dakwah semasa.
Sebahagian daripada mereka mengikuti kelas asas pengajian seperti Iqra’ dan bimbingan fardu ain melalui pendekatan berperingkat dan pemantauan berhati-hati.
Pendekatan yang digunakan bukan menghukum, tetapi membimbing dengan penuh hikmah dan kesabaran.
Faktor tekanan keluarga dan pengaruh rakan sebaya dikenal pasti sebagai antara punca utama yang memerlukan perhatian serius.
Namun begitu, beliau mengiktiraf Cawangan Kuala Muda sebagai model cawangan aktif dan berdikari yang mampu mengurus rumah transit berskala besar secara sistematik.
“Inisiatif yang digerakkan sendiri menunjukkan kesungguhan. Kita tidak mahu menyiram air sejuk kepada usaha yang baik, sebaliknya memperkukuh dengan panduan dan sokongan,” katanya.
Pertemuan itu turut mencadangkan agar program bersama antara PERKIM Kebangsaan dan Kuala Muda diselaraskan selepas Ramadan sebagai persediaan mempergiat agenda dakwah menjelang 2026.
Secara keseluruhannya, kunjungan hormat ini memperlihatkan komitmen tinggi Cawangan Kuala Muda dalam memperkasa dakwah dan kebajikan mualaf melalui pendekatan praktikal, inklusif dan berasaskan hikmah.
Pada masa sama, PERKIM Kebangsaan menekankan kepentingan tatakelola organisasi yang teratur, disiplin kewangan serta pengurusan isu mualaf secara profesional dan strategik.
Di akhir pertemuan, Dato’ Dr. Marzuki dan Pengarah Pentadbiran PERKIM Kebangsaan, Dr. Suariza @ Hidayah Muhammad menyampaikan cenderahati PERKIM kepada ahli rombongan sebagai tanda penghargaan.
Diharapkan kunjungan ini memberi input segar kepada PERKIM dalam merancang program dakwah, kebajikan dan pendidikan saudara baharu serta mempergiat kolaborasi antara peringkat kebangsaan dan cawangan demi memperkukuh agenda ummah secara lebih tersusun dan berkesan.
Turut hadir ialah Eksekutif Dakwah, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah; Eksekutif Dakwah 1, Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah; Eksekutif Dakwah 2, Ustazah Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan serta Eksekutif Dakwah 3, Ustazah Nur Syahirah Musa.

Dato’ Dr Marzuki menyambut mesra dan mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda.

Pertemuan dua hala itu bertujuan bertukar pandangan dan idea bagi memperkukuh usaha dakwah, kebajikan serta pendidikan kepada golongan mualaf.

Dato’ Dr. Marzuki menegaskan bahawa usaha yang dimulakan secara berdikari wajar diberikan sokongan.

Ustaz Imron Kochem menunjukkan profil PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda yang mempunyai fasiliti seperti rumah transit, Dewan PERKIM, pejabat dan kafe kepada Dato’ Dr Marzuki.

Sukarelawan PERKIM Kuala Muda, Ulfa menyampaikan buah tangan kepada Dato’ Dr Marzuki.

Dato’ Dr Marzuki menyampaikan cenderahati PERKIM kepada Pengerusi PERKIM Kuala Muda, Ustaz Imron Kochem.

Setiausaha PERKIM Kuala Muda, Hajah Normizah Zain menerima cenderahati PERKIM daripada Dr Suariza.

Ustaz Imron Kochem menyampaikan cenderamata kaligrafi khat kepada Dato’ Dr Marzuki sambil mengambil bergambar kenang-kenangan di akhir kunjungan.



