Aktiviti Kebajikan
PERKIM Kebangsaan Segera Hulur Bantuan Makanan Buat Mualaf
𝑂𝑙𝑒ℎ : 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝐹𝑎𝑟ℎ𝑎𝑛 𝑇𝑒𝑒 𝐴𝑏𝑑𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ
𝐊𝐄𝐏𝐎𝐍𝐆, 𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 – ‘Kami sudah satu hari tak makan’, begitulah ayat yang meruntun jiwa apabila mendengar seorang ibu, iaitu Nisha Devy, 44, meminta bantuan bekalan makanan dari PERKIM untuk anak seramai empat orang.
Beliau menyatakan telah terputus bekalan makanan dan hanya minum kopi sejak malam semalam tanpa menjamah apa-apa makanan kerana tiada wang untuk membeli makanan.
Suami beliau baharu sahaja memperoleh pekerjaan dan buat masa ini tidak mempunyai pendapatan tetap. Sewa rumah pula sebanyak RM650.00 sebulan perlu dibayar.
Permohonan sambungan semula bantuan di Baitulmal Wilayah Persekutuan telah diproses memandangkan Nisha baru sahaja memohon penyambungan.
Sebelum ini mereka sekeluarga telah memperoleh bantuan bulanan daripada Baitulmal Wilayah Persekutuan selama setahun.
Keadaan rumah agak sedikit daif dan mereka pula hanya tidur beralaskan kain toto yang telah lama digunakan dan begitu nipis tanpa bantal. Sedih melihatkan mereka tidur dalam keadaan sedemikian yang tidak begitu selesa.
Anak-anaknya masih bersekolah, masing-masing berumur 15, 10, dan 9 tahun. Manakala seorang anak kecil baharu berusia tiga tahun.
Oleh itu, PERKIM Kebangsaan telah hadir untuk membantu keluarga ini mendapatkan sedikit bekalan makanan di samping menyerahkan wang tunai untuk perbelanjaan mereka.
Marilah kita doakan agar keluarga ini diberikan rezeki yang melimpah ruah dan anak-anaknya membesar dengan baik dan dapat mengikuti kelas pengajian Islam di kawasan berhampiran.
Sumbangan boleh di salurkan secara terus kepada Nisha Devy pada akaun CIMB Bank (7007890125) – Vimla Devy A/P S.Tanamalai.

Nisha Devy, 44 bersama tiga orang anaknya menerima bantuan barang dapur seperti beras, tepung, gula kicap, biskut, kopi dan bihun daripada PERKIM Kebangsaan.

Farhan Tee mewakili PERKIM Kebangsaan menyampaikan sumbangan kepada Nisha.

Nisha menceritakan keadaan keluarganya serba kekurangan serta tidak mempunyai bekalan makanan sejak malam tadi.

Keadaan rumah sewa yang didiami Nisha sekeluarga serba dhaif dan kekurangan kelangkapan asas.



