Wanita PERKIM Santuni Warga Emas Rumah Seri Kenangan Cheras
ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ
𝐊𝐀𝐉𝐀𝐍𝐆, 𝟒 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Program “Santuni Warga Emas Rumah Seri Kenangan Cheras” anjuran Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan berlangsung penuh kasih sayang dan keinsafan apabila lebih 100 peserta hadir menyantuni warga emas di pusat jagaan berkenaan dalam suasana mesra dan harmoni.
Program yang turut mendapat kerjasama Kelab Permotoran BMW K16 Malaysia serta Kolej Vokasional ERT Setapak itu diadakan di Rumah Seri Kenangan Cheras, Jalan Cheras, dekat sini dengan matlamat memperkukuh nilai kemanusiaan serta menghidupkan semangat kasih sayang terhadap golongan warga emas yang banyak berjasa kepada negara dan masyarakat.
Majlis dimulakan dengan aluan mesra oleh 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐬𝐚 selaku pengacara program, diikuti bacaan doa pembuka majlis oleh 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐛𝐚𝐬, 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢𝐚𝐡 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐞𝐤 yang memohon agar keberkatan dan rahmat Allah SWT melimpahi majlis serta seluruh warga Rumah Seri Kenangan.

𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐍𝐨𝐨𝐫 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐣 dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama warga emas dalam program penuh bermakna itu.
“Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Kehadiran kita pada hari ini bukan sekadar acara rasmi, tetapi tanda kasih sayang, keprihatinan serta penghargaan terhadap insan-insan yang telah banyak berjasa dalam kehidupan mereka,” jelas Tunku Noor Hayati.
Menurutnya, warga emas ialah permata yang tidak ternilai iaitu saksi kepada perjalanan panjang sejarah negara yang menyaksikan bagaimana masyarakat terdahulu hidup dalam suasana saling membantu, bertolak ansur dan harmoni walaupun berbeza latar belakang.
“Nilai toleransi dan semangat muafakat ini mesti terus diwarisi oleh generasi muda. Kehidupan masa kini penuh dengan cabaran dan konflik di banyak negara, tetapi Alhamdulillah kita di Malaysia masih hidup aman dan makmur hasil perjuangan serta kebijaksanaan generasi terdahulu,” kata beliau.
Beliau turut menegaskan bahawa kesejahteraan masyarakat akan terjamin apabila semua peringkat usia saling melengkapi antara satu sama lain sama ada yang muda menghormati yang tua manakala yang tua pula menyayangi dan menasihati yang muda.
Tambah beliau lagi, Wanita PERKIM sentiasa komited menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan merangkumi golongan ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin dan saudara baharu selain memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah Islam secara menyeluruh kepada masyarakat.
“Semoga program sebegini menjadi jambatan ukhuwah yang merapatkan kita dengan warga emas serta menyemai nilai kasih dan toleransi dalam kehidupan bermasyarakat,” ulas Tunku Noor Hayati sambil menyeru agar budaya menghormati warga emas terus diperkasa.
Terdahulu, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐂𝐡𝐞𝐫𝐚𝐬, 𝐙𝐚𝐦𝐳𝐮𝐫𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝 dalam ucapan aluannya berkata, institusi berkenaan kini menempatkan seramai 187 penghuni pelbagai kategori antaranya mereka yang masih sihat, uzur dan terlantar.
Menurutnya, Rumah Seri Kenangan Cheras merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan memberi penjagaan, perlindungan dan rawatan kepada warga emas yang daif bagi memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.
“Majoriti penghuni di sini berusia antara 70 hingga 89 tahun. Kami berusaha memberi perhatian bukan sahaja terhadap aspek penjagaan fizikal malah turut menitikberatkan kesejahteraan emosi dan spiritual mereka,” jelas beliau.
Zamzuri menzahirkan harapan agar program santuni ini dijadikan acara tahunan yang berterusan, dengan lebih banyak penglibatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan pihak swasta bagi menceriakan kehidupan warga emas.
“Kami amat mengalu-alukan kerjasama seperti yang diusahakan oleh Wanita PERKIM dan rakan kolaborasi kerana ia memberi makna besar kepada penghuni kami yang memerlukan sentuhan kasih dan perhatian daripada masyarakat luar,” katanya.
Program kemudian diserikan dengan aktiviti senamrobik ringan yang diketuai jurulatih Y diiringi lagu-lagu rancak bagi menggalakkan warga emas bergerak aktif serta merangsang semangat ceria. Aktiviti ini disambut dengan tepukan dan tawa riang penghuni yang begitu teruja untuk turut serta.
Program diserikan lagi dengan ceramah motivasi khas disampaikan oleh 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐞 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡.
Dalam ceramahnya, beliau mengingatkan bahawa usia tua bukan penamat kepada kegembiraan hidup, sebaliknya peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menilai semula erti kehidupan.
“Setiap nafas yang masih diberikan adalah nikmat. Jangan merasa diri tersisih atau tidak berguna kerana dalam pandangan Allah, yang paling mulia ialah yang paling taat kepada-Nya,” ujar beliau.
Ustaz Farhan Tee turut menekankan pentingnya menjaga hati dan perasaan warga emas.
Katanya, mereka telah melalui pelbagai ujian kehidupan dan masyarakat perlu menghargai sumbangan mereka dengan kasih sayang dan belas kasihan.
“Islam mengajar kita menghormati orang tua, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, ‘Tidak termasuk umatku orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi yang muda’. Maka, menyantuni warga emas ini bukan sekadar amal kebajikan, tetapi satu ibadah yang besar ganjarannya,” tambah beliau.
Selepas ceramah, Tunku Noor Hayati bersama 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐃𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐧𝐜𝐡𝐢𝐤 𝐂𝐡𝐞 𝐉𝐚𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐫𝐳𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐒𝐞𝐩𝐫𝐚𝐧 serta Ustaz Hanafiah meluangkan masa menziarahi penghuni di bilik asrama wanita dan lelaki, sambil menyampaikan sumbangan wang tunai.
Kunjungan turut meliputi dewan makan, sudut bacaan dan kaki lima di mana beliau beramah mesra dengan penghuni yang rata-rata terharu dengan kehadiran delegasi Wanita PERKIM.
Ada antara penghuni menghadiahkan kraftangan buatan tangan sebagai tanda terima kasih, manakala beberapa penghuni turut mendendangkan lagu-lagu nostalgia yang mengundang suasana hiba dan gembira serentak.
Program diteruskan dengan sumbangan perkhidmatan komuniti oleh pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak yang menawarkan manicure (rawatan kuku tangan) dan refleksologi kaki secara percuma kepada penghuni. Inisiatif ini bukan sahaja memberi keceriaan tetapi juga membina keyakinan diri warga emas melalui penjagaan diri dan kesihatan.
Sementara itu, Kelab Permotoran BMW K16 Malaysia turut mencuri perhatian apabila membawa beberapa buah motosikal berkuasa tinggi, memberi peluang kepada penghuni untuk bergambar serta merasai pengalaman membonceng motosikal mewah di sekitar kawasan rumah kebajikan tersebut.
Sorakan gembira dan wajah ceria jelas terpancar pada wajah para penghuni yang begitu teruja menikmati pengalaman luar biasa itu.
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦, 𝐅𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐳𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua kakitangan dan pegawai Rumah Seri Kenangan Cheras atas kerjasama padu menjayakan program, di samping penghargaan khusus buat guru dan pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak atas sumbangan tenaga serta khidmat komuniti mereka.
Katanya, program sehari itu bukan sahaja mengeratkan hubungan antara organisasi dan komuniti malah membuktikan bahawa kebajikan tidak mengenal usia atau batas status sosial.
Ia secara tidak langsung menyerlahkan komitmen Wanita PERKIM untuk terus membawa mesej dakwah melalui kasih sayang, khidmat dan pengorbanan kepada masyarakat.
Seperti yang diungkapkan oleh Tunku Noor Hayati, kasih terhadap warga emas bukan sekadar simpati tetapi satu tanggungjawab bersama untuk memastikan mereka terus dihargai dan disayangi hingga ke akhir hayat.
“Semoga usaha kecil ini menjadi saham besar untuk kebahagiaan bersama,” jelas Fatin Hamizah mengakhiri ucapannya.
Turut hadir memeriahkan program ialah 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢𝐟𝐚𝐡 𝐙𝐮𝐛𝐚𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐌𝐚𝐡𝐝𝐳𝐚𝐫; 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐭𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐌𝐖 𝐊𝟏𝟔 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐘𝐮𝐬𝐧𝐢 𝐀𝐟𝐢𝐧𝐝𝐢 𝐋𝐮𝐤𝐦𝐚𝐧 dan 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐕𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐄𝐑𝐓 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐍𝐨𝐫𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧.
Hadir sama 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐢𝐳𝐚𝐭 𝐑𝐨𝐬𝐥𝐢, 𝐌𝐚𝐬𝐥𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐟𝐟𝐢𝐧, 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐚𝐫𝐝𝐥𝐲 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 serta 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐭𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐌𝐖 𝐊𝟏𝟔 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐦𝐬𝐮𝐥 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢𝐚𝐡.

Wanita PERKIM, Ahli Kelab Permotoran BMW K16 Malaysia serta warga Kolej Vokasional ERT Setapak menyambut keberangkatan tiba Ketua Wanita PERKIM, Tunku Noor Hayati di Rumah Seri Kenangan Cheras.

Nur Syahirah mengacarakan Program Santuni Warga Emas selaku pengacara majlis.

Tunku Noor Hayati bersama tetamu kehormat di program tersebut.

Antara warga emas yang hadir pada majlis yang berlangsung.

Jurulatih Y mengetuai aktiviti senamrobik bersama peserta.

Wanita PERKIM bersama peserta program mengikut gaya senaman dengan iringan lagu.

Tunku Noor Hayati mengikuti gaya senaman bersama warga emas yang hadir.

Senamrobik diiringi muzik yang rancak turut diikuti bersama oleh peserta dan warga emas.

Warga emas mengikut gaya senam sambil disertai bersama Tunku Noor Hayati.

Ustaz Hanafiah memimpin doa pembuka majlis.

Pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak menadah tangan ketika doa dibacakan.

Zamzuri menzahirkan harapan agar program santuni ini dijadikan acara tahunan yang berterusan, dengan lebih banyak penglibatan daripada NGO atau institusi pendidikan bagi menceriakan kehidupan warga emas.

Ustaz Farhan Tee dalam ceramah motivasinya mengingatkan bahawa usia tua bukan penamat kepada kegembiraan hidup, sebaliknya peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Menurut Ustaz Farhan Tee, masyarakat perlu menghargai sumbangan warga emas dengan kasih sayang dan belas kasihan.

Tunku Noor Hayati menyantuni warga emas dengan bertanyakan khabar sambil menyentuh dan membelai dengan kasih sayang.

Tunku Noor Hayati menyampaikan sumbangan saguhati kepada warga emas.

Tunku Noor Hayati menyantuni dan menyampaikan saguhati kepada warga emas yang terlantar.

Warga emas berbangsa India turut disantuni dan diberikan sumbangan saguhati oleh Tunku Noor Hayati.

Tunku Noor Hayati turut menyampaikan saguhati kepada warga emas yang berada di dewan makan.

Menurut Tunku Noor Hayati, nilai toleransi dan semangat muafakat ini mesti terus diwarisi oleh generasi muda

Kata Tunku, kehadiran Wanita PERKIM bukan sekadar acara rasmi, tetapi tanda kasih sayang, keprihatinan serta penghargaan terhadap insan-insan yang telah banyak berjasa dalam kehidupan mereka.

Jelas Tunku, kesejahteraan masyarakat akan terjamin apabila semua peringkat usia saling melengkapi antara satu sama lain.

Budaya nilai-nilai murni perlu dipupuk sama ada yang muda menghormati yang tua manakala yang tua pula menyayangi dan menasihati yang muda.

Tunku Noor Hayati menyeru agar budaya menghormati warga emas terus diperkasa.

Tetamu kehormat dan peserta bergambar kenang-kenangan bersama sebahagian warga emas.

Tunku Noor Hayati berkesempatan bergambar bersama pelajar-pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak.

Pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak menyediakan perkhidmatan refleksologi percuma kepada warga emas.

Warga emas berkesempatan mendapatkan khidmat rawatan kuku tangan percuma dari pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak.

Ahli Kelab BMW K16 memberi peluang kepada warga emas merasai pengalaman membonceng motosikal mewah di sekitar kawasan Rumah Seri Kenangan Cheras.

Warga emas berkesempatan merasai pengalaman merasai dan bergaya sekali gus bergambar bersama motosikal mewah BMW .

Wanita PERKIM bergambar kenang-kenangan bersama Ahli Kelab dan Motosikal BMW K16.



