Pengumuman

Tender Perkhidmatan Penyelengaraan Mencuci dan Membersih Bangunan PERKIM, IDIPKL, SCORE

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑:

𝗧𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗰𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗕𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗜𝗗𝗜𝗣𝗞𝗟 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗵 (𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗽𝗼𝗵), 𝟱𝟭𝟮𝟬𝟬 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 𝗗𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗦𝘁𝗿𝗼𝗸 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 (𝗦𝗖𝗢𝗥𝗘), 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗦𝗲𝗻𝘁𝘂𝗹, 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿.

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang mempunyai bidang pendaftaran yang ditetapkan untuk menyertai tawaran tender ini.

𝙏𝙖𝙧𝙞𝙠𝙝 𝙏𝙖𝙠𝙡𝙞𝙢𝙖𝙩:
4 Februari 2025 (Selasa), Jam 11.00 pagi
Di Dewan Tingkat 1, Bangunan PERKIM (Wajib Hadir)

𝙏𝙖𝙧𝙞𝙠𝙝 𝙏𝙪𝙩𝙪𝙥:
𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟯 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀) 𝟭𝟮.𝟬𝟬 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶

Semasa hadir taklimat petender atau wakil petender wajib membawa sijil pendaftaran asal Kementerian Kewangan. Jika petender diwakilkan, surat kebenaran (Surat Kuasa) dari petender hendaklah dibawa bersama. Sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipatuhi maka ianya tidak dikira hadir taklimat.

• Dokumen tender boleh dibeli di pejabat pengurusan Bangunan di Tingkat 6 Bangunan PERKIM dengan harga jualan RM50.00 satu dokumen mulai 27 Januari 2025.

• Kesemua dokumen tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditempatkan di Tingkat G, Bangunan PERKIM sebelum atau pada 13 Februari 2025 jam 12.00 tengah hari.

Maklumat lanjut, sila hubungi 03-4042 6224 (Encik Md Eakzam Jaafar) atau emailkan kepada eakzam@perkim.net.my.

Related Articles

Back to top button