Aktiviti Dakwah

Pengiktirafan Komitmen & Khidmat Bakti Warga PERKIM: Pelantikan Tetap Semarak Semangat Baharu Dakwah

ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan kesetiaan warga kerjanya, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) hari ini meraikan seramai 18 orang kakitangan dari seluruh negara dalam satu majlis Pengiktirafan Komitmen & Khidmat Bakti Warga PERKIM yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 4, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, dekat sini pada pagi Khamis.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni itu turut menyaksikan penyerahan surat pelantikan tetap kepada 18 kakitangan yang telah berkhidmat antara 10 hingga 15 tahun di bawah organisasi berteraskan dakwah dan kebajikan tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Eksekutif Dakwah PERKIM Bahagian Negeri Sembilan, Ustaz Zafri Ismaiskandar Abd Ghani.


𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧, 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐫. 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur atas keputusan 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗗𝗿. 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗢𝗺𝗮𝗿 yang telah menandatangani pelantikan tetap bagi staf kontrak yang telah berkhidmat lama dengan penuh dedikasi.

“Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan kakitangan yang telah bersama organisasi selama satu dekad.

“Mereka bukan sekadar pekerja, tetapi rakan seperjuangan dalam melaksanakan amanah dakwah dan kebajikan masyarakat Islam di Malaysia,” ujar Dr. Suariza.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi PERKIM atas kepercayaan yang diberikan serta menegaskan bahawa pelantikan tetap ini menjadi dorongan kepada semua staf untuk terus berkhidmat dengan penuh istiqamah dan profesionalisme.

“Kita mahu semua warga PERKIM bekerja dengan visi yang jelas. Mesti ada sasaran, ada KPI dan ada kepuasan dalam melaksanakan amanah. Inilah semangat yang perlu kita tanam agar kerja dakwah sentiasa segar dan bermakna,” katanya lagi.

Dalam ucapan penuh bermotivasi itu, Dr. Suariza turut menyentuh realiti cabaran kewangan organisasi, namun menegaskan bahawa pentadbiran baharu komited menjaga kebajikan kakitangan.

Kakitangan yang hadir turut berkongsi pandangan dan rasa syukur atas pelantikan tetap tersebut.

Ustaz Ghazali Ismail, Eksekutif Dakwah PERKIM Johor dalam ucapannya bersyukur di atas pengiktirafan yang dianugerahkan dan mencadangkan agar keahlian PERKIM terus diperkasakan dengan memberi nilai tambah kepada ahli, termasuk usaha mendapatkan kuota khas haji bagi mereka yang lama berkhidmat.

Beliau juga mengusulkan penubuhan pusat transit di setiap negeri bagi menempatkan saudara baharu yang memerlukan perlindungan sementara.

Sementara itu, Ustaz Zafri Ismaiskandar pula menyifatkan pelantikan tetap sebagai “pertunangan yang telah dinikahkan”, simbolik kepada keutuhan hubungan antara staf dan organisasi.

Eksekutif PERKIM Pulau Pinang, Siti Nasyrah Rosli pula menzahirkan penghargaan atas peluang yang diberikan untuk menimba pengalaman di peringkat kebangsaan sebelum kembali berkhidmat di negeri asal manakala Ahmad Hasaidi Said, Eksekutif Pentadbiran PERKIM Kebangsaan menyarankan agar proses pelantikan akan datang dilakukan dengan lebih teratur berdasarkan kelayakan dan tempoh perkhidmatan.

Dalam ucapan Eksekutif Kewangan PERKIM Kebangsaan, Mohd Aizat Rosli, beliau menzahirkan rasa syukur atas pelantikan tetap yang disifatkannya sebagai satu “pernikahan tidak disangka” antara staf dan PERKIM.

Beliau mengenang perjalanan sebelas tahunnya di PERKIM di bawah beberapa kepimpinan yang berbeza dan menzahirkan penghargaan kepada pengurusan baharu atas usaha menyelesaikan isu pelantikan tetap yang tertangguh sekian lama.

Turut berkongsi pengalaman ialah Pembantu Tadbir PERKIM Perak, Muhammad Hani Waran G. Retnasamy Abdullah yang juga seorang saudara baharu yang menyentuh hati para warga PERKIM dengan kisah ketabahan dan keikhlasan beliau dalam perjuangan dakwah meskipun diuji dengan masalah kesihatan.

Penolong Eksekutif PERKIM Terengganu, Rosnaliza Ahmadiah dan Aishah Abdul Wahab mengingatkan tentang pentingnya kerjasama antara staf negeri dalam memartabatkan imej PERKIM di mata masyarakat manakala Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan selaku Eksekutif Dakwah PERKIM Kebangsaan berkongsi kisah 14 tahun penuh cabaran dalam kerja dakwah yang ditempuh dengan ketabahan dan cinta terhadap agama.

Turut diraikan, Eksekutif Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE), Dr. Fatimah Imelda Abdullah yang kini mengurus pusat tersebut menzahirkan hasrat untuk menambah tenaga profesional dalam memperkukuh perkhidmatan pusat berkenaan.

Pensyarah IDIPKB, Noorsaadah Md. Hanafi @ Md. Zain pula mencadangkan agar hubungan erat antara IDIPKB dan PERKIM negeri-negeri terus diperkasa melalui program tahunan bersama, manakala Suria Abdullah, yang telah berkhidmat sejak 2009, menzahirkan rasa syukur atas peluang berkhidmat selama 16 tahun dengan penuh pengalaman berharga.

Beberapa lagi staf seperti Mohd Zafran Jabbar, Azura Abdul Rahman, Norlailialpin Suratman dan Fatin Akmal Aksah turut menyampaikan ucapan penuh rasa syukur, mengenang perjalanan panjang mereka bersama PERKIM dan menzahirkan tekad untuk terus berbakti di bawah kepimpinan baharu yang lebih terbuka dan prihatin.

Majlis diakhiri dengan doa penutup dipimpin oleh Ustaz Ghazali dan penyerahan Surat Lantikan Tetap disampaikan oleh Dr Suariza kepada warga kerja PERKIM.

Turut diadakan sesi fotografi yang diselubungi suasana penuh kekeluargaan serta rasa terharu dalam kalangan staf yang diraikan.

Dr Suariza menambah, pelantikan tetap ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap kesetiaan staf, tetapi juga menjadi simbol penghargaan PERKIM terhadap perjuangan mereka yang setia menabur bakti dalam dakwah dan kebajikan umat Islam.

“Semoga pelantikan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, istiqamah dan berbangga sebagai warga PERKIM serta organisasi dakwah yang terus berbakti demi kemaslahatan ummah,” ujar Dr. Suariza mengakhiri ucapannya.

 


Majlis Pengiktirafan Komitmen & Khidmat Bakti Warga PERKIM yang berlangsung di Ibu Pejabat PERKIM Kuala Lumpur baru-baru ini.

 


Ustaz Zafri memimpin doa pembuka majlis.

 


Menurut Dr Suariza,  pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan kakitangan yang telah bersama organisasi selama lebih satu dekad.

 


Dr Suariza juga menegaskan bahawa pelantikan tetap ini menjadi dorongan kepada semua staf untuk terus berkhidmat dengan penuh istiqamah dan profesionalisme.

 


Ustaz Ghazali berkongsi kisah dan pengalaman beliau selama bertugas di PERKIM Johor.

 


Nasyrah turut berkongsi pengalamannya dalam kerja dakwah dan kebajikan ketika bertugas di PERKIM Pulau Pinang.

 


Dr Fatimah bersyukur kerana mendapat lantikan tetap dalam memberi khidmat di SCORE PERKIM.

 


Noorsaadah bersyukur di atas pelantikan beliau dalam memberi perkhidmatan di IDIPKB.

 


Ahmad Hasaidi turut berkongsi kisah dan pengalaman beliau bertugas di IDIP dan PERKIM Kebangsaan.

 


Mohd Aizat menzahirkan penghargaan kepada pengurusan baharu atas usaha menyelesaikan isu pelantikan tetap yang tertangguh sekian lama.

 


Suka duka, pahit manis di dalam mengharungi cabaran dakwah antara yang dikongsikan oleh Siti Munirah.

 


Penolong Eksekutif PERKIM Terengganu, Rosnaliza turut berkongsi kegembiraannya atas pelantikannya.

 


Aishah menyatakan kegembiraan beliau dalam melaksanakan tugasan dakwah di PERKIM Terengganu.

 


Suria berkongsi pengalamannya lebih satu dekad bertugas di PERKIM Wilayah Persekutuan.

 


Azura berkongsi pengalamannya selama bertugas di Bahagian Kewangan PERKIM Kebangsaan.

 


Hani Waran berkongsi kisah ketabahan dan keikhlasan beliau dalam perjuangan dakwah meskipun diuji dengan masalah kesihatan.

 


Zafran mengucapkan rasa penuh kesyukuran kerana dilantik sebagai pekerja lantikan tetap di PERKIM Melaka.

 


Riduan meluahkan perasaan gembiranya setelah mendapat lantikan secara tetap.

 


Norlailialpin menzahirkan rasa syukur atas peluang berkhidmat selama 14 tahun dengan penuh pengalaman berharga.

 


Fatin turut menyatakan perasaan gembira dan bersyukur di atas pengiktirafan dan kurniaan yang diberikan.

 


Dr Suariza menyerahkan surat lantikan tetap kepada Ustaz Ghazali.

 


Ustaz Zafri menerima surat lantikan tetap daripada Dr Suariza yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.

 


Dr Suariza menyerahkan surat lantikan tetap kepada Nasyrah.

 


Dr Fatimah daripada SCORE PERKIM menerima surat lantikan tetap daripada Dr Suariza.

 


Dr Suariza menyerahkan surat lantikan tetap kepada Noorsaadah.

 


Ahmad Hasaidi menerima surat lantikan tetap daripada Dr Suariza.

 


Dr Suariza menyerahkan surat lantikan tetap kepada Mohd Aizat.

 


Siti Munirah menerima surat lantikan tetap daripada Dr Suariza.

 


Dr Suariza menyerahkan surat lantikan tetap kepada Rosnaliza.

 


Aishah dari PERKIM Terengganu menerima surat lantikan tetap daripada Dr Suariza.

 


Dr Suariza menyerahkan surat lantikan tetap kepada Suria dari PERKIM Wilayah Persekutuan.

 


Azura menerima surat lantikan tetap daripada Dr Suariza.

 


Dr Suariza menyerahkan surat lantikan tetap kepada Hani Waran daripada PERKIM Perak.

 


Zafran dari PERKIM Melaka menerima surat lantikan tetap daripada Dr Suariza.

 


Dr Suariza menyerahkan surat lantikan tetap kepada Riduan.

 


Norlailialpin menerima surat lantikan tetap daripada Dr Suariza.

 


Dr Suariza menyerahkan surat lantikan tetap kepada Fatin Akmal.

 


Staf PERKIM berkesempatan bergambar kenang-kenangan sambil menunjukkan pengiktirafan surat lantikan tetap.

 


Pelantikan tetap ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap kesetiaan staf, tetapi juga menjadi simbol penghargaan PERKIM terhadap perjuangan mereka yang setia menabur bakti dalam dakwah dan kebajikan umat Islam.

Related Articles

Back to top button