Kemaskini Terkini February 24th, 2021 5:35 PM
Sep 26, 2020 Aktiviti Dakwah
Oleh: MUHAMMAD FARHAN TEE ABDULLAH
26 SEPTEMBER – KUALA LUMPUR. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wilayah Persekutuan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya Kali Ke-43 bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak dekat sini.
Seramai 67 ahli mesyuarat yang hadir terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan 18 perwakilan PERKIM cawangan-cawangan iaitu Bukit Damansara, Kepong Barat, Bangsar, Ekhtisamiah Taman Melati, Desa Setapak, Taman Cheras Utama, Pergerakan Belia, Asdaf, Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Alam Damai, Wangsa Maju, Batu Muda, Datuk Keramat, Taman Sri Sinar Segambut, Kampung Baru, Wanita PERKIM KL Utara dan Wanita PERKIM An-Nidaa’ Putrajaya.
Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan iaitu Naib Pengerusi, YBhg Dato Haji A. Rashid Omar, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Timbalan Pengerusi Tetap, YBrs Ustaz Abdullah Usman; Setiausaha Kehormat, YBhg Haji Adam Haji Daud; Bendahari Kehormat, YBhg Haji Md. Shukor Aziz, Penolong Setiausaha Kehormat, YBrs Ustaz Mohd Jogi Maruli Panjaitan serta Ahli Jawatankuasa, YBrs Haji Mohd Mathurudi Rejab, YBhg Haji Dziaruddin L Abd. Rahman, YBhg Ustaz Haji Amran Anbarasu Abdullah, YBrs Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Encik Muhammad Haikal Chan Hook Hin, YBhg Datin Mawanchik Che Jais dan Puan Noorazizan Mohd Rose Ian.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku disusuli dengan bacaan doa dipimpin oleh Tokoh Agama PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, YBhg Ustaz Abdrul Rani Mohamed.
Babul Abbas Abd. Aziz selaku Pengerusi Tetap PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan menyampaikan ucapannya kepada hadirin.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, YBhg Dato’ Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad.
Dato’ Nakhaie dalam ucapannya mengucapkan rasa kesyukuran kerana dapat mengadakan mesyuarat pada kali ini dan pada tahun lalu, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan telah mengadakan program hingga ke akar umbi, khususnya kepada saudara baru supaya menjadi menjadi Muslim yang beriman dan bebas daripada syirik di dalam kehidupan serta menyerapkan kepercayaan tauhid kepada mereka.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bekerjasama untuk membantu dalam penganjuran pelbagai program-program.
Jelas Dato’ Nakhaie, pengislaman bukan hanya sekadar mengajak orang untuk mengucap dua kalimah syahadah, tetapi minda mereka perlu dihiasi dengan akidah dan ajaran Islam agar mereka hidup di dalam lingkungan dan acuan Islam.
Katanya, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan terus melaksanakan tanggungjawab ini supaya saudara baru tidak terpinggir dari arus perdana masyarakat Islam.
Walaupun begitu, dakwah tidak cukup dengan mengadakan program di peringkat bawahan, tetapi perlu meninjau dan meneroka pendakwahan di kalangan mereka yang menentukan dasar perjalanan masyarakat.
Ujar Dato’ Nakhaie, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan mempunyai ruang yang cukup luas untuk menganjurkan program bagi golongan ini kerana di kalangan pembuat dasar dan yang menentukan perjalanan masyarakat ini terdiri dari orang-orang Islam.
Katanya sambil memetik sepotong hadis daripada Riwayat Al-Baihaqi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Iman itu bukanlah dengan perhiasan dan cita-cita, tetapi ia adalah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan.”
Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT sering menyatakan keimanan tersebut perlu digandingkan dengan amal yang soleh, maka pendekatan dakwah dengan orang yang berpengaruh di dalam Islam adalah melalui pendekatan amalan yang soleh. Banyak perkara yang harus dilakukan untuk menjayakan dakwah Islamiah dan ia berkait dengan golongan yang berpengaruh ini.
Oleh itu, para pendakwah atau badan-badan dakwah perlu memberi perhatian kepada golongan tersebut agar tenaga dakwah menjadi lebih kuat untuk melakukan perubahan di dalam masyarakat.
Amal soleh perlu kepada perancangan dan bersistematik supaya ia memberi kesan dan mampu mencapai matlamat di dalam dakwah Islam. Tanpa sistem yang ampuh, maka penipuan akan menjadi lebih berleluasa.
Tambah Dato’ Nakhaie lagi, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan memberi peluang kepada masyarakat untuk dimanfaatkan menerusi program yang akan mengumpulkan ulama-ulama, ahli fikir, ahli akademik, dan golongan intelektual. Ia bakal diadakan sama ada pada bulan Oktober atau November 2020, bergantung kepada keupayaan untuk melaksanakannya.
Negara Malaysia mempunyai sektor awam dan swasta yang berkembang pesat hingga bakal digelar sebagai sebuah negara maju. Namun, di dalam sektor agama, ia agak jauh ketinggalan jika ingin dibandingkan dengan sektor awam dan swasta.
Maka, perbincangan yang serius adalah perlu untuk memajukan sektor agama dengan mendekati golongan yang berpengaruh. Permasalahan yang dihadapi ialah sukar untuk menyatukan pemikiran dan kefahaman yang sebenar mengenai agama Islam di kalangan masyarakat.
Ulas beliau, perbalahan yang berlaku juga adalah disebabkan oleh perkara remeh-temeh dan khilafiah. Perkara seumpama ini memerlukan usaha di kalangan ulama dan ilmuwan Islam untuk mengatur dan mengambil inisiatif bagi membina satu sistem dalam menggerakkan dasar pentadbiran agama Islam.
Maka, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan akan memikul tanggungjawab ini bagi mengenalpasti kelemahan, kelebihan dan tindakan dari segi ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Ini merupakan satu lagi sumbangan yang diberikan oleh PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan agar dapat menggerakkan gerakan dakwah yang memberi impak kepada masyarakat.
Kemajuan yang dicapai oleh PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan turut diterjemahkan melalui terbitan Berita PERKIM yang sarat dengan pelaksanaan program yang diadakan oleh PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan PERKIM cawangan-cawangan.
Dato’ Nakhaie turut mengucapkan terima kasih di atas semua usaha yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian dan cawangan yang menjayakan program-program. PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan mengharapkan agar terus memperoleh sokongan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pesidangan mesyuarat berlangsung dengan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-42; menerima laporan tahunan 2019 bahagian dan cawangan; menerima penyata kewangan dan laporan juruaudit 2019; meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan 2021; membincangkan usul-usul; melantik juruaudit bertauliah bagi tahun 2020 serta memilih perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-59 tahun 2020.
Turut diadakan ucapan penangguhan perwakilan cawangan-cawangan dan ucapan penangguhan Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup, sesi fotografi dan jamuan makan tengah hari.
Feb 24, 2021 0
Feb 24, 2021 0
Feb 22, 2021 0
Feb 22, 2021 0
Jan 08, 2021 0
Dec 26, 2020 0
Dec 22, 2020 0
Dec 09, 2020 0
Mar 26, 2020 0
Mar 17, 2020 0
Jul 25, 2014 0
Jul 07, 2014 0
Nov 28, 2014 0