Aktiviti Pusat Pemulihan Kesihatan PERKIM 2013
Waktu beroperasi : waktu pejabat
Tingkat Bawah, Blok 37, Flat Seri Perak,
Jalan 1/48A Bandar Baru Sentul,
51100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40412482, 40417722 Fax : 03-40427403
Email : info@perkim.net.my
A. Program Saringan Kesihatan
a) 31hb Januari 2013- Program Saringan Kesihatan
b) 20hb Februari 2013- Pegawai Pemulihan Perubatan Cik Mahfuzah Ahmad Mokhtar dari Pusat Pengajian Sains Rehabillitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bergabung dengan pegawai fisioterapis yang lain, telah membuat sesi perjumpaan bersama pesakit strok di pusat ini. Saringan kesihatan yang dibuat untuk pesakit strok adalah pemeriksaan tekanan darah, ukuran berat badan, ukuran ketinggian dan ukuran BMI (Body Mass Index).
c) Program Saringan Kesihatan dan Senamrobik diadakan bermua pada Jun – Disember 2013 seperti tarikh-tarikh berikut :
• 18hb Jun 2013
• 10hb & 24hb September 2013
• 29hb Oktober 2013
• 12hb & 19hb November 2013
• 03hb, 10hb & 17hb Disember 2013
B. Program Ceramah Kesihatan
a) 07 hb Februari 2013- Program Ceramah Kesihatan
Tajuk Ceramah : Pemakanan Seimbang
Penceramah : Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sentul
b) 07hb Mac 2013- Program Ceramah Kesihatan
Tajuk Ceramah : Demo Senaman Stimulasi Kognitif Untuk Warga Emas
Penceramah : Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sentul
Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Jinjang.
c) 28hb Mac 2013-Program Ceramah Kesihatan
d) 18hb April 2013- Program Ceramah Kesihatan
Tajuk Ceramah : Penjagaan Gigi Warga Emas
Penceramah : Doktor Gigi dan Jururawat Pergigian, Klinik Pergigian Sentul
e) 09hb Mei 2013- Program Ceramah Kesihatan
f) 23hb Mei 2013- Program Ceramah Kesihatan
Tajuk Ceramah : Kenali Ubat Anda
Penceramah : Pegawai Farmasi dari Klinik Kesihatan Sentul
C. Program Kesihatan dan Saringan Kesihatan
a) 21hb Februari 2013- Program Kesihatan dan Saringan Kesihatan.
Saringan Kesihatan dibuat oleh jururawat dari Klinik Kesihatan Sentul.
Demo Masakan oleh Dietitian dari Klinik Kesihatan Jinjang.Senaman Ringan dibuat oleh Cik Emelda Beji, Pegawai Fisioterapis dan Puan Nor Elianna Binti Mohd Yunus, Terapis Carakerja dari Klinik Kesihatan jinjang
b) 04hb April 2013- Program Saringan Kesihatan dan Ceramah Kesihatan
Tajuk Ceramah: Diabetes: Komplikasi dan Rawatanya
Penceramah: Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan sentul
c) 25hb Jun 2013- Program Saringan Kesihatan dan Ceramah Kesihatan
d) 17hb September 2013- Saringan Kesihatan dan Ceramah Kesihatan
Tajuk Ceramah : Tuberculosis
Penceramah : Dr. Inthirani A/P Sivarajah
Turut hadir : Dr. Vanathi A/P R. Dorai (Pegawai Perubatan Klinik Batu)
Jururawat dari Klinik Kesihatan Sentul
Objektif : i. Kepentingan penjagaan kesihatan dari jangkitan Tibi
ii. Mengedarkan risalah berkaitan Tibi
iii. Memberikan suntikan ujian Tibi (Mantoux Test)
D. Program Bacaan Yassin dan Tahlil
Ia diadakan secara berskala pada hari khamis minggu pertama dan ketiga pada kebiasaanya seperti berikut:
• 28hb Februari 2013
• 11hb & 25hb April 2013
• 16hb Mei 2013
• 13hb Jun 2013
• 04hb & 31hb Julai 2013
• 29hb Ogos 2013
• 05hb Disember 2013
Dibimbing oleh : Ustaz Haji Adnan Bin Ismail
Tempat : 1. Madrasah Al-Khairiah, Sri Perak
2. Pusat Pemulihan Kesihatan PERKIM
E. Program Lawatan/Ziarah
a. 12hb April 2013-Menziarahi seorang mualaf India, Encik Kassim Abdullah, yang mengalami penyakit strok dan darah tinggi. Beliau tinggal berseorangan di perumahan flat di Batu Muda, Kuala Lumpur. Lawatan dibuat bersama pegawai PERKIM Kebangsaan,Ustaz Haji Amran Abdullah dan Ustazah Munirah. Pemeriksaan tekanan darah dibuat oleh Dr. Fatimah Abdullah manakala urutan terapi disediakan kepada beliau oleh Encik Abd Razak Bin Yusof, pembantu pegawai terapis di pusat ini.
b. 19hb April 2013- Lawatan ke rumah pesakit
c. 07hb Jun 2013- Lawatan/ziarah ke rumah pesakit yang muallaf di perumahan flat di Batu Muda.
d. 11hb Jun 2013- Datin Hajah Fatimah Mak bersama Hajah Heriah, Puan Siti Amindia Binti Bujang dan Puan Nor Aishah Binti Hj. Abd Rashid dari PERKIM Bahagian Sarawak melawat ke pusat ini.
F. Program Khas
a) 06hb Jun 2013- Program NBOS (Program Strategi Gelombang Biru Kebangsaan)-Warga Emas Sihat Memanjangkan Usia- bersama Staf Klinik Kesihatan Sentul dan DBKL.
• Program ini bertujuan untuk :
menggalakkan warga emas melibatkan diri dalam aktiviti sosial;
menyediakan makanan sihat untuk warga emas bagi mendapatkan tahap yang maksimum;
meningkatkan tahap keseimbangan daya tahan (endurance), kawalan otot (muscle control) dan senaman kardiovaskular; dan meningkatkan keupayaan motor halus (fine motor), perhatian, konsentrasi dan fungsi ingatan.
• Akitiviti-aktiviti adalah seperti :
saringan kesihatan, pertandingan penyediaan makanan sihat, regangan otot dan sukaneka.
b) Tadarus Al-Quran harian di pusat dengan kerjasama warga emas penduduk setempat.
c) 27hb Ogos 2013- Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pesakit strok dan kakitangan Ibu Pejabat PERKIM. Yang hadir Datuk Hj. Hasbullah L. Isa, Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan, dan Dato’ Siti Rahmah Haji Kassim, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Sembilan.
d) 01hb Oktober 2013- Program Hari Warga Emas Sedunia diadakan di Pusat Pemulihan Kesihatan-PERKIM.
• Aktiviti program adalah:
Saringan kesihatan dibuat oleh Dr. Fatimah Abdullah dengan kerjasama jururawat dari Klinik Kesihatan Sentul
Ceramah Kesihatan diberikan oleh Dr. Inthirani A/P Sivarajah
Turut hadir adalah pesakit strok pusat ini dan penduduk warga emas Flat Sri Perak. Ucapan perasmian diberikan oleh Ybhg Datuk Haji Hasbullah L. Isa, Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan.
Cabutan bertuah kepada 50 orang warga emas
Makan tengahari
e) 12hb November 2013- Pusat ini telah berjaya menerima 1 unit Ogawa Massage Chair daripada Dr. Noraini Binti Kassim, Doktor Pakar Perubatan (Sunway Medical Center) sebagai sumbangan untuk kegunaan pesakit strok di pusat ini.
f) 16hb November 2013- Sambutan Maal Hijrah dan Pertandingan Memasak Bubur Asyura. Program ini anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga, Kelab Veteran MAYC dan Madrasah Al Khairiah Perumahan Awam Sri Perak. Tujuan program ini adalah untuk mempromosikan aktiviti pemulihan yang dijalankan di pusat ini. Pengisian program ini adalah bacaan Al-Quran, bacaan selawat, ceramah agam dan pertandingan memasak bubur asyura.
g) 23hb November 2013- Puan Dr. Fatimah Abdullah menghadiri Kursus Penjagaan Kesihatan Warga Emas anjuran Klinik Kesihatan Batu dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Batu.
• Objektif kursus tersebut adalah:
Meningkatkan dan memantapkan pengetahuan di kalangan penjaga/anak warga emas.
Mengambil tindakan awal dan merujuk kes yang dikenal pasti kepada klinik atau hospital.
Mengenalpasti tanda-tanda keabnormalan yang dialami oleh warga emas.
Kursus ini sangat penting juga untuk menjaga pesakit strok di pusat ini yang dikalangan warga emas.