30 July 2010
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Soal Jawab

  Zara
  16/07/2010 12:23 AM
Salam. Saya telah pun memeluk agama Islam di salah sebuah masjid di luar negara beberapa bulan lepas. Saya nak tahu secara lanjut 1) adakah saya perlu bershahada sekali lagi di Malaysia? Jikalau ya, di mana boleh saya melakukannya. Saya berasal dari Sarawak dan kini bermaustatin di Kuala Lumpur. 2) Jikalau tidak, tentunya saya perlu menukar maklumat pada IC. Tetapi bila ditanya di JAWI, saya cuma perlu diberikan sekeping 'convert card'. Saya juga difahamkan (melalui saluran lain) bahawa saya perlu hadir di mahkamah syariah untuk bersumpah bahawasanya saya tidak mempunyai bapa ataupun abang yang beragama Islam.
Respon :
27/07/2010 04:32 PM
Wa alaikumussalam warahmathullahi wabarakathuh[ 1] tidak perlu shahadah sekali lagi di Malaysia cuma perlu pendaftaran pengislaman secara dockumentasi sahaja pendaftaran boleh di buat di pejabat JAWI bahagian saudara baru [membawa 2 kpg gambar berukuran paspot, Kad pengenalan serta salinan satu keping . 2 orang saksi lelaki Muslim warganegra Malaysia dan salinan kadpengenalan ]..[2] selepas dafatar di JAWI mereka akan mengeluarkan KAD PENGISLAMAN dengan kead pengislaman itu sauadara boleh menukar I/C di pejabat JPN itu sahaja tiada komlpkasi lain lain untuk bantuan selanjutnya sila datang ke pejabat PERKIM atau hubungi Ustaz Sayyid /Ustaz Farhan/ Ustaz Sulaiman. sekian Ustaz Sayyid
  Hakim
  16/07/2010 12:03 AM
My husband, KH after dating for 2 years suggested in April 2010 for us to get married. He preached the idea to his family but faced objections. He then suggested to get married in Thailand. We did. I proclaimed my shahada there too. After that, we returned and tackled problems one by one, his failing career, his family, health, etc etc. We had no time to register the marriage in Msia yet and as far as i understand we can do it within 6 months of the date of marriage in Thailand. Fast forward 3 months later, his family found out we actually married in Thailand. (My husband lied to them that we married in Singapore to safeguard his image and have already registered the marriage in Malaysia). Due to family pressure, he now lies to them, saying that we are no longer seeing each other and we are living separately. The family claims that they will never accept and bless us anymore considering the circumstances and gave him the ultimatum to leave me. I've been labeled as tidak ikhlas, using jampi, fake muslim and many more. Please advise me what to do.
Respon :
19/07/2010 04:58 PM
Wa alaikumussalam warahmathullahi wabarakathuh May Allah swt guide you and show you the best . .. Please ask your husband to visit our office or nearest pejabat agama office and get the proper religious advice to solve the issue in a proper way., It is the time for your husband to say the truth as the truth always will prevail and will have to win .Thank you. Ustaz Sayyid
  NURUL ASYIQIN HUMAIRAH
  15/07/2010 12:39 PM
Assalamualaikum WBT ... Sekali Lagi ustaz saya ingin menanyakan tentang pertukaran nama islam adakah nama islam itu wajib di gunakan atau tidak???? sebab bagi pandangan saya nama hanya sekadar nama, Nama juga melambangkan seseorang... so why mualaf must change their name??? nama tidak membawa maksud apa2... yang penting hati kita untuk peluk islam...saya tengok ramai kawan-kawan saya yang tidak mahu memeluk agama islam disebabkan oleh nama... padahal hati mereka adalah ISLAM....
Respon :
27/07/2010 04:29 PM
Wa alaikumussalam warahmathullahi wabarakathuh Saudara dinasihatkan mempelajari ajaran Islam inshaAllah akan dapat diatasi semua Kekeliruan. Penukaran nama bukan syarat pengislaman. Islam adalah indah dan bersih oleh yang demikian Islam menyeru penganutnya menerima nama yang bermakna baik dan indah .Jika saudara ingin kekalkan nama asal saudara tidak apa boleh dikekalkan TIDAK ADA WAJIB MENUKAR NAMA ASAL UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAM. sekian terima kasih Ustaz Sayyid
  NURUL ASYIQIN HUMAIRAH
  15/07/2010 12:35 PM
Assalamualaikum ustaz... Saya merupakan seorang mualaf yang masih lagi dalm pencarian dalam mengejar cahaya islam, ustaz saya nak tanya tentang pertukaran kad pengenalan dan kad islam belum saya dapat..untuk pengetahuan ustaz keluarga saya belum mengetahui lagi tentang pertukaran agama saya ini disebabkan oleh hal-hal yang tak dapat saya elakkan... sehubungan dengan itu saya ingin menanyakan tentang pendidikan yang diberikan oleh perkim boleh ka saya mengikuti kelas tersebut jika saya tidak mempunyai kad islam, harap ustaz dapat tolong saya.. ... Sekian
Respon :
27/07/2010 04:30 PM
Wa alaikumussalam warahmathullahi wabarakathuh Saudara dialu alukan pada bila bila masa sahaja untuk mengikuti kelasa kelas agama PERKIM sekian terima kasih Ustaz Sayyid
  izz_nur07
  14/07/2010 02:11 AM
salam ustaz.. sy ingin bertanya tentang apakah yang perlu dipelajari oleh seorang lelaki(saudara baru) yang bakal berkahwin sebelum beliau mendirikan rumahtangga? terima kasih ustaz.
Respon :
27/07/2010 04:25 PM
Wa alaikumussalam warahmathullahi wabarakathuh Perlu memahami dan mempelajari FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH SECARA PRAKTIKAL. AKHLAK ISLAM, DAN SEJARAH ISLAM DAN SEJARAH NABI NABI SECARA RINGKAS. sila datang ke pejabat PERKIM insha Allah akan dapat bantuan sewajarnya sekian Terima kasih Ustaz Sayyid
  FdheN
  13/07/2010 04:44 PM
Assalamualaikum Ustaz, Saya telah memeluk ISLAM pada akhir tahun 2008, sehingga kini saya tidak pernah memasuki mana-mana kursus atau kelas Agama. Saya mempelajari tentang ISLAM melalui rakan-rakan, Internet dan juga daripada buku-buku yang saya beli sendiri. Setakat ini saya hanya tahu megerjakan solat sahaja dan terigin sekali mendalami lebih dalam tentang ISLAM terutama sekali bacaan AL-QURAN. Terdetik di hati saya, alangkah bagusnya kalau saya dilahirkan sebagai seorang ISLAM yang berbekalkan ilmu agama dari kecil lagi. Masa menyebabkan NIAT saya lama tertangguh untuk mendalami ISLAM, tambahan lagi kerja saya yang memerlukan saya 'Outstation' melengahkan hasrat saya. Memandangkan saya tidak terlalu sibuk sekarang, saya ingin minta pendapat dari Ustaz, bagaimana caranya untuk saya mempelajari ISLAM. Untuk pengetahuan Ustaz, saya lebih suka belajar bersendirian walaupun akan dikenakan yuran, mungkin dengan cara ini lebih berkesan bagi saya. Sekian.
Respon :
27/07/2010 04:24 PM
Wa alaikumussalam warahmathullahi wabarakathuh Alhamdulillah saudara akan dirahmathi oleh Allah swt. Saudara dinasihatkan datang ke pejabat PERKIM, kami akan membantu memenuhi cita-cita murni saudara ini InshaAllah, sila hubungi 03 40412482 atau datang ke pejabat PERKIM Jalan Ipoh. Kuala Lumpur. sekian Ustaz Sayyid
  Meling ak Sambang
  13/07/2010 03:50 PM
Saya ingin bertanya samada isteri seorang telah memeluk agama islam boleh memohon salinan sijil pengislaman suaminya atau sebaliknya. Sekiranya isteri boleh mendapat salinan sjil pengislaman suaminya apa kah prosedur sterusnya untuk memohon salinan sijil tersebut. Sila maklumkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Meling Sambang, Jabatan Bantuan Guaman, W.Persekutuan KL
Respon :
27/07/2010 04:21 PM
Assalamu alaikum warahmathullahi wabarakathuh Saudara baru perlu pergi sendiri untuk mendapatkan Kad Pengislaman dari pejabat agama Islam yang mendaftarkan pengislaman beliau jika terdapat alasan yang munasabah bolehlah bincang dengan pegawai pendaftar Muallaf di bahagian saudara baru pejabat agama Islam negeri yang mendaftarkan pengislaman beliau. sekian Ustaz Sayyid
  nabilahuda yusof
  12/07/2010 12:05 AM
Assalamualaikum, Seorang rakan sy yg bapanye kelulusan universiti di mesir bhg agama, mempraktikan keluar daerah boleh jamak qasar walau kurang dr 2 marhalah. Pergi kerja tiap2 hari pun dia jamak qasar. Rumahnya di bandar Klang, kerja di Bangsar. Saya ade jumpa soaljawab di internet yg mengatakan boleh berdasarkan hadis. Minta diterangkan lebih lanjut. TK
Respon :
19/07/2010 05:32 PM
Wa alaikumussalam warahmathullahi wabarakathuh Kita adalah bermazhab Shafie dan mengikut mazhab Shafie sesuatu perjalanan itu perlu ada dua marhala untuk jama dan qasar sekian Ustaz Sayyid
  yun
  11/07/2010 08:49 PM
saya yun seorg yg beragama buddha..kini berusia 22 thun..bf saya beragama islam..saya amat menyayangi dia coz dia banyak mengajar saya tntang hidup n agama islam..sebelum ni saya gemar lepak tpi kini da berubah..kalau saya nak memeluk islam apakah perlu saya buat??n setelah memeluk islam adakah berasa tenang wlu pape trjadi jika sya ada menunai kan solat??
Respon :
19/07/2010 05:33 PM
Assalamu alaikum walhidayah Saudari dinasihatkan datang ke pejabat PERKIM atau pejabat agama Islam yang berhampiran untuk belajar agama Islam dan seterusnya boleh memluk agama Islam InshaAllah selepas masuk Islam akan dapat ketenangan hati kerana Islam adalah cara kehidupan diberikan oleh Pencipta Alam semasta ini dan tenang hati adalah kekurniaan dari Allah swt. untuk keterangan selanjutnya sila hubungi Ustaz Sayyid atau Ustaz Sulaiman 03 40412482 sekian Terima Kasih Ustaz Sayyid
  atie
  11/07/2010 01:05 PM
askum ustaz....sy seorang wanita melayu adakah terdapat ruangan untuk mencari jodoh di PERKIM? sy benar2 ingin mencari jodoh dgn golongan mualaf cina.. harap ustaz dpt membantu...
Respon :
27/07/2010 04:06 PM
Wa alaikumussalam warahmathullahi wabarakathuh. Sila hubungi Ustazah Suariza 03 40412482 atau datang ke pejabat PERKIM sekian Terima Kasih Ustaz Sayyid
 Papar 1-10 dari 2248 soalan. Page  1 2 3 4 5 6 7 8 9 10  

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2010 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.