25 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Soal Jawab

  Noraini Mohd Johari
  22/02/2011 09:35 AM
Assalamualaikum..saya mempunyai seorang ayah yg telah memeluk islam hampir 32 tahun..masalahnya ayah saya tidak mendapat pendedahan agama islam yg secukupnya..diusia emasnya saya ingin dia mendalami agama islam dengan lebih mendalam, adakah pihak perkim sudi membantu? saya tidak mengharapkan apa2 bantuan keewangan atau kebajikan..cuma bantuan dari segi ilmu...semoga diusia tuanya dipenuhi dengan ilmu agama dan masanya diluangkan utk medekati Allah..adakah sebarang kelas agama yg boleh dihadiri?
Respon :
25/02/2011 11:33 AM
Waalaikumusasalam warahmatullah... boleh datang ke kelas agama PERKIM pada bila bila masa hubungi ustaz Amran 03 40412482 atau datang ke pejabat atau berikan nombor telephone saudara. pihak PERKIM akan menghubungi dengan kadar yang segera. sekian wassalam ustaz Sayyid
  nadhir
  21/02/2011 10:21 PM
Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya, perlukah seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang dibantunya memeluk islam? sedangkan dia hanya menganggap wanita tersebut seperti adiknya sendiri. Ahli keluarga lelaki tersebut juga menerima wanita itu ke dalam keluarganya tetapi hanya menganggap wanita itu seperti seorang ahli keluarga sendiri, maksudnya kedua - dua ibu bapa lelaki itu hanya menganggap dan menerima wanita tersebut seperti anak kandung mereka. Perlukah sebagai seorang lelaki, berkahwin dengannya sedangkan tiada perasaan yg lebih dari seorang abang kepada adik. Namun, lelaki tersebut mempunyai seorang teman wanita, dan adakah dia perlu meninggalkan wanita yg dicintainya disebabkan dia membantu muallaf tersebut?. Assalamualaikum..
Respon :
25/02/2011 11:34 AM
Waalaikumusasalam warahmatullah... syukur alhamdullilah. dan terima kasih kepada saudara yang telah membantu wanita tersebut memeluk islam. adalah tidak menjadi kewajipan kepada lelaki tersebut untuk mengahwini wanita itu hanya kerana disebabkan dia membantunya memeluk islam. di dalm islam,tidak ada konsep teman wanita, teman lelaki hanya ada suami atau isteri, oleh itu bernikahlah segera dengan calon yang sesuai dari segi agama . sekian terima kasih....ust sayyid.
  red
  21/02/2011 09:48 AM
assalammualaikum..saya ingin bertanya,jika seseorg itu yang telah menukarkan agama asalnya kepada agama islam dan tidak d tukarkan lagi IC dia.apa yang akan berlaku??dan disebabkan itu dia juga mendapat tentangan dr keluarga yang masih lagi bukan beragama islam.dan keluarga dia menyuruh beliau memakai tanda di dahi.untuk pengetahuan ustaz,kawan saya ini berbangsa india.apa hukum nya..malah di bawa ke kuil untuk sembahyang..dan dia ada memberitahu saya bahwa dia tidak mahu pergi tetapi d paksa oleh keluarga..apa yang harus saya buat sebagai kawan untuk membantu nya??terima kasih.
Respon :
22/02/2011 09:15 AM
Waalaikumusasalam warahmatullah...saudari dinasihatkan membawa kawan ke pejabat perkim atau pejabat agama yang berhampiran. insyallah akan dapat bantuan sewajarnya untuk menyelamatkan akidah beliau. adalah wajib menukar ic. sekian terima kasih. ust sayyid.
  ana
  19/02/2011 11:01 PM
Asslamualaikum Ustaz, saya ingin tahu, adakah wajib bagi saudara baru yg baru memeluk agama Islam untuk berkhatan? saya mempunyai seorang rakan lelaki yg menahan niatnya untuk memeluk agama Islam kerana takut untuk berkhatan.
Respon :
22/02/2011 09:17 AM
Waalaikumusasalam warahmatullah...pengislaman adalah penerimaan kebenaran. oleh itu pelajarilah agama islam. islam adalah cara kehidupan yang paling mudah dan senang. berkhatan bukanlah syarat pengislaman. oleh itu datanglah pejabat perkim dan saudara akan dapat bantuan sewajarnya. sekian terima kasih. ust sayyid.
  ana
  19/02/2011 10:57 PM
Assalamualaikum Ustaz, saya adalah seorang wanita Muslim yang mempunyai teman lelaki beragama Buddha. Dia telah bersetuju untuk memeluk agama Islam walaupun mengakui belum meyakini cara hidup Islam adalah yg terbaik. Dia telah pun mempunyai seorang isteri di luar negara yg beragama Buddha namun tidak mempunyai anak.Dia khuatir akan melukai isterinya sekiranya isterinya tahu dia memeluk agama Islam kerana isterinya bencikan Islam. Isterinya tiada keluarga lain dan bergantung sepenuhnya kepada lelaki ini dan kesihatan isterinya kurang stabil.Oleh itu teman lelaki saya bertanya adakah dia boleh menyembunyikan keislmannya dan bolehkah dia tetap menjaga isterinya walaupun saya telah memberitahunya hubungan suami isteri akan terputus jika isterinya tidak mau mengikut suami memeluk agama Islam. Saya turut tidak mahu isterinya terluka dan mengetahui hubungan kami. Teman lelaki saya mengaku tidak pernah "bersama" isterinya semenjak isterinya menjalani pembedahan membuang rahim 7 tahun yg lalu. Oleh itu beliau menjamin tidak akan menyentuh isterinya kerana keadaan isterinya yg sakit dan sentiasa tidak selesa terhadap hubungan kelamin. Jadi tidak ada perlakuan zina dgn isteri yg tidak tahu keislamannya. Apa pandangan ustaz. Saya sentiasa berdoa Allah memberi hidayah kepada kami dan memberi jalan keluar terbaik terhadap masalah ini. terima kasih Ustaz.
Respon :
22/02/2011 10:57 AM
Waalaikumusasalam warahmatullah...pengislaman adalah penerimaan kebenaran hasil mencari kebenaran itu semata-mata. apabila seorang mendapat hidayah, akan menjadi seorang muslim. pengislaman bukan mengikut perasaan selain dari kebenaran tersebut. oleh yang demikian beliau dinasihatkan memastikan keputusan memilih agama islam semata-mata kerana Allah s.w.t bukan kerana perasaan untuk berkahwin dengan wanita islam. (2.) apabila suami dapat hidayah, adalah wajib diatas suami menjelaskan mengenai islam dan membuka segala ruangan dengan sedaya- upaya tanpa paksaan agar isterinya tertarik kepada islam dengan kecantikkan dan kebenaran serta keindahan kehidupan dalam keluarga islam dan juga membiarkan dia mengajak isterinya menjadi teman hidup selama-lamanya sebagai seorang isteri tersayang dan akan menjadi isteri di dalam Islam juga agar beliau tidak kehilangan suaminya yang tercinta dengan penolakkan islam. (3.) memang benar jika isterinya tidak masuk islam akan putuslah hubungan suami isteri diantara mereka kerana pengislaman suaminya.[4] keinginan saudari untuk bernikah dengan saudara berkenaan adalah suatu perkara yang lain dan boleh dirancang pada bila bila masa ........ sekian terima kasih. ust sayyid.
  fir
  19/02/2011 10:17 AM
Assalamu'alaikum Ustaz. hasrat untuk menghayati islam memang membara didalam diri saya.sementara waktu ini keadaan tidak mengizinkan saya ke perkim untuk mengikuti kelas-kelas yang di adakan di sana. Kalau nak belajar online tak tau pula nak mula dari mana.Saya nak bertanya jika terdapat CD dalam pasaran yang dapat membantu saya memulakan perjalanan saya dalam mengenali islam. sekian
Respon :
25/02/2011 11:34 AM
Waalaikumusasalam warahmatullah...sila hubungi ustaz Sayyid di talian 03 4412482 inshaAllah akan dapat penerangan dan pertolongan. sekian terima kasih wassalam
  Yusof
  18/02/2011 11:33 AM
Assalamualaikum, Bolehkah seorg saudara baru yang hanya memiliki kad islam daripada perkim berkahwin dan kemudiannya menukar kad pengenalan? Apakah prosedur bagi saudara baru tersebut jikalau mahu berkahwin dalam masa terdekat?
Respon :
25/02/2011 11:35 AM
wa alaikumussalam warahmathullahi wabarakathuh sila hubungi bahagian daftar nikah pejabat agama Islam yang berhampiran jika di KualaLumpur 03 22749333 di negeri Selangor 03 55143400 ...sekian wassalam ustaz Sayyid
  Zakiah binti Mustafa
  18/02/2011 09:47 AM
Adakah PERKIM ada menganjurkan kelas agama/fardu ain untuk yang bukan mualaf di hujung minggu?
Respon :
25/02/2011 11:35 AM
Assalamu alaikum walhidayah ...memang ada. sila hubungi pejabat perkim jalan Ipoh atau terus datang ke kelas agama 10 am -6 pm pada hari sabtu dan ahad ....sekian wassalam ustaz Sayyid
  insan keliru
  17/02/2011 11:53 PM
salam..saya ingin membantu seorang rakan saya yang menjalinkan hubungan dengan lelaki beragama hindu yang telah berkahwin. soalan saya,jika lelaki itu ingin memeluk islam tetapi isterinya tidak memeluk islam,adakah perkahwinannya terbatal secara aoutomatik ataupun perkahwinan itu masih sah..
Respon :
25/02/2011 11:39 AM
Assalamu alaikum warhmathullahi wabarakathuh terlebih dahulu saudara dinasihatkan tolong berhentikan rakan sauadara dari "menjalinkan hubungan dengan lelaki" kerana itu adalah haram dan dilarang oleh Allah swt....[2] nasihatkan lelaki tersebut mempelajari Islam terlebih dahulu dan biar menjadi seorang Muslim selepas itu, inshaAllah Allah swt akan taqdirkan perkahwinan di antara mereka ......[3] adalah tanggungjawab di atas Lelaki tersebut memberikan penerangan berkaitan Islam dan juga mengajak isterinya masuk Islam tanpa paksaan dan pujukan tetapi dengan kehendaknya sendiri ,jika beliau berpuashati beliau akan masuk Islam dan mereka berdua akan menjadi suami isteri yang sah di dalam agama Islam jika isterinya tetap tak mahu masuk Islam maka suaminya boleh memohon perceraian dari isterinya yang bukan Islam dari pejabat agama Islam yang berhampiran sila datang ke pejabat PERKIM untuk kaunseling agama isnha Allah akan dapat bantuan sewajarnya sekian ustaz Sayyyid .
  liana
  16/02/2011 11:28 PM
Assalamu'alaikum Ustaz. Saya merupakan seorang mualaf yang berbangsa cina. Bagaimanakah cara untuk berkenalan dengan Lelaki Islam yang berasal dari Perkim?
Respon :
25/02/2011 11:40 AM
Wa alaikumussalam warahmathullahi wabrakathuh sila hubungi bahgian mencari jodoh PERKIM di tingkat 4 Bangunan PERKIM. Jlan Ipoh KL. sekian wasslam ustaz Sayyid
 Papar 681-690 dari 3134 soalan. Page  69 70 71 72 73 74 75 76 77 78  

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.