20 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Soal Jawab

  mohd ramadan
  14/03/2007 03:42 PM
Assalammualaikum tuan?tuan,saya sebenarnya berhasrat ingin jadi saudara baru sebagai isteri sy.bagaimana caranya ya?
Respon :
15/03/2007 03:21 PM
Waalaikumussalam wbt. Saudara boleh membawa kawan saudara ke mana-mana pej. agama atau ke PERKIM untuk proses pengislaman. Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi PERKIM di Jln Ipoh 03-40412482. Sekian.
  Ayu
  07/03/2007 01:50 PM
Assalamualaikum. Bakal suami saya yang berbangsa Inggeris ingin memeluk agama Islam dalam masa terdekat ini. Bagaimanakah cara-cara/di mana untuk convert dan cara-cara untuk menukar nama nya kepada nama islam. Adakah nama keluarga (surname) perlu dikekalkan? Adakah wajib bagi beliau untuk mengikuti kursus perkahwinan di Malaysia sebelum bernikah atau beliau boleh mengikuti kursus di London (sekiranya ada, di mana kah tempatnya?)? Sekiranya kami dikurniakan anak, bagaimanakah cara nya untuk kami menamakan mereka? Adakah surname bakal suami saya perlu dikekalkan pada nama anak kami? Terima Kasih. Wassalam
Respon :
09/03/2007 04:33 PM
Waalaikumussalam wbt. sekiranya rakan saudari itu berada di K.L, saudari boleh mencadangkan kepadanya untuk datang terus ke PERKIM dengan 2 orang saksi lelaki beragama Islam beserta 2 salinan i/c saksi setiap seorang. Bagi pemohon pula, mesti membawa 6 keping gambar berukuran i/c dan salinan visa. Nama keluarga mesti dikekalkan. Cthnya: Mohd Yusof John b. Abdullah. Sekiranya saudari bercadang untuk bernikah di Malaysia, maka perlu mengikuti kursus perkahwinan. Bagi prosuder perkahwinan, saudari boleh rujuk kepada jab. agama yang brdekatan dengan saudari. Apabila saudari dikurniakan anak, nama anak adalah seperti biasa, tidak perlu lagi untuk meletak nama keluraga suami pada nama anak tersebut. Untuk keterangan lanjut, saudari boleh hubungi PERKIM jln Ipoh, 03-40412482. Sekian.
  Hanif
  23/02/2007 02:07 PM
A'wkt Dear Ustaz I am in the learning process on Islam and intend to practice the Solat 5 times a day. While I am aware of the Shaada from the Internet websites, however the prayers for Solat varies from website to website..mainly American and European. Where can i seek Malaysian ways to pray, rather that others which is rather confusing. Thank You
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  mls listings homes
  19/02/2007 04:45 AM
Accurately represent the electromotive forces which produce them voltmeters fig 236 or instruments for measuring the strength of the field. coldwell bankers homes for sale [url=http://iyz.ebiop.info/coldwell-bankers-homes-for-sale.htm#coldwell+bankers+homes+for+sale]coldwell bankers homes for sale[/url] coldwell banker commercial property [url=http://iyz.ebiop.info/coldwell-banker-commercial-property.htm#coldwell+banker+commercial+property]coldwell banker commercial property[/url] bankers mortgage coldwell homes for sale [url=http://iyz.ebiop.info/coldwell-homes-for-sale.htm#coldwell+homes+for+sale]coldwell homes for sale[/url] coldwell banker commercial [url=http://iyz.ebiop.info/coldwell-banker-commercial.htm#coldwell+banker+commercial]coldwell banker commercial[/url]
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  man
  13/02/2007 07:16 PM
apakah hukum jika lelaki dan perempuan bukan muhrim melakukan oral sex tanpa berzina? adakah hukuman hudud akan di kenakan pada pasangan tersebut......
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  N
  04/02/2007 06:40 PM
Assalamualaikum ustaz, saya mengenali seseorang dalam hidup saya,dia telah cerita segala masalah dia pada saya dan membuat saya terbakar hati kepada orang yang telah menganiayanya,niat saya untuk membela dirinya telah memnyatakan kebenaran pada orang yang menganiaya dirinya itu,namun saya pula di marahi olehnya kerana memberitahu orang tu dan kata saya berdosa pada orang tu.Apakah saya berdosa ke dengan orang tu sedangkan dia yang merupakan penyebab atas semua ini berlaku.saya benar-benar menyesal kerana mengenali orang yang hanya mempergunakan saya ni.Apakah saya berdosa ke ustaz,sedangkan selama ni saya tidak mahu pun ada dosa dengan manusia walau pun sedikit.
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  N
  04/02/2007 06:34 PM
Assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya apakah yang perlu dilakukan sekiranya seorang yang dari azalinya Islam,tetapi kerana terlalu marah dan tak boleh terima hakikat apa yang terjadi sehingga terkeluar dari mulutnyamengatakan dirinya murtad kerana semua tu.Apakah hukumnya ustaz dan bagaimana ia ingin kembali kpd agama Islam kerana ketelanjuran kata-katanya itu.Saya minta ustaz tolong sangat2. Apakah dengan melakukan solat sunat taubat dan mengucap shahadah telah cukup ustaz.
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  HARLEEM
  02/02/2007 12:20 AM
assalamualaikum.. saya merupakan pelajar institut perguruan.. disini saya ingin memohon menjadi sukarelawan perkim...soalan saya,apakah syarat2 untuk mnjd sukarelawan perkim?
Respon :
13/03/2007 10:34 AM
Waalaikumussalam wbt. Untuk menjadi sukarelawan PERKIM, saudari boleh datang ke PERKIM, Ting 4, Bangunan PERKIM, Jln Ipoh KL untuk mengisi borang atau saudar boleh melayari laman web PERKIM untuk memuat turun borang tersebut. Sekian.
  alia
  11/01/2007 09:37 AM
saya ingin bertanya, bolehkah seorang saudara baru menunaikan solat 5 waktu seperti biasa ketika berada di rumah keluarga yg beragama kristian?
Respon :
12/03/2007 12:36 PM
Assalamualaikum wbt. Solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja, dengan syarat tempat tersebut mestilah bersih dari segala kekotoran. Sekian.
  Zda
  10/01/2007 09:17 AM
Saya ibu pada 2 anak. Sejak tahun lalu, hati saya tidak senang dengan suami yang ada sebab dia selalu mengabaikan keluarga dan ada hubungan dengan perempuan lain melalui talian sms. Sejak dari hari itu, hati saya sudah tawar dan kami ada bincang untuk cerai tetapi selepas mengenangkan anak2, kami sedia cuba lagi sekali untuk berbaik. Dalam masa yang sama, saya telah memulakan perhubungan dengan kekasih saya yang berbangsa cina. Kami sebenarnya sudah lama ada perasaan sayang antara masing2 dan sejak dari insiden suami melukakan hati saya, saya pun mencari ketenangan jiwa dengan hubungan sms dengan kekasih saya itu. Masalah pertama saya, dia masih beristeri dan berjanji akan mengahwini diri saya dalam masa yang terdekat selapas dia cerai and memeluk agama Islam. Masalah kedua saya, saya sudah berbincang dengan suami untuk cerai lagi dan sudah dapat kata sepakat untuk cerai. Bagaimana kah komplikasi perceraian saya kalau dua2 pihak sudah setuju untuk cerai. Berapa lama kah process cerai ni akan ambil. Berapa lama kah baru saya boleh kahwin dengan kekasih saya. Harap pihak tuan boleh tolong saya. Terima kasih.
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
 Papar 221-230 dari 317 soalan. Page  23 24 25 26 27 28 29 30 31 32  

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.