20 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Soal Jawab

  Azmil
  25/03/2008 02:31 PM
Saya mempunyai masalah dimana seorang suami telah bermain kayu tiga dengan isteri orang lain.Mereka telah menjalinkan hubungan selama setahun,dan perhubungan mereka telah terbongkar.biarlah saya namakan si suami ini A dan isteri orang ini B dan suami si B ini ialah C dan isteri A ialah D.Keluarga si A dan D ini mempunyai 10 org ank,apabila kegiatan ayah mereka telah terbongkar mereka selesaikan secara baik dan ayh mereka iaitu si A berjanji tidak menhubunagi si B..dahla isteri org pastu dia pusing tkr cerita menafikan hubungan tersebut.Hingglah satu hari suami si B iaitu C datang umah bertanyakan hubungan mereka.Ya Allah,mereka masih berhubung...keluarga si A mengadakan rundingan semula malahan si A ini telah berjanji "kerana Allah Taala" hanya mencintai ibu mereka dan tidak lagi bertemu perempuan tersebut...tetapi....Ya Allah tak serik2 lagi!!!penah terbongkar juga tetapi si A buat derk je.....apakah penyelesaian terbaik bagi mereka ini?si A juga bertindak membawa si B membuat laporan untuk tuntut cerai dari suaminya...Ya Allah...saya dah tak tau mcm mn lembut lagi kepada mereka ini..selepas ustaz jawab soalan ini nti saya bagi data mengenai mereka2 ini dan ada tak dimana2 mereka membuat laporan...si A mmg menipu keluarga...tak bayar sewa umah,semuanya dibyr isterinya dan suka sedut duit anak2...alhamdulilllah ank2nya semua berjaya....terima kasih kerana ustaz sudi membaca masalah ini,semoga Allah memberi kemurahan rezeki pada ustaz...amiiin
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  Azmil Asyraf Bin Md Esa
  25/03/2008 02:29 PM
Saya mempunyai masalah dimana seorang suami telah bermain kayu tiga dengan isteri orang lain.Mereka telah menjalinkan hubungan selama setahun,dan perhubungan mereka telah terbongkar.biarlah saya namakan si suami ini A dan isteri orang ini B dan suami si B ini ialah C dan isteri A ialah D.Keluarga si A dan D ini mempunyai 10 org ank,apabila kegiatan ayah mereka telah terbongkar mereka selesaikan secara baik dan ayh mereka iaitu si A berjanji tidak menhubunagi si B..dahla isteri org pastu dia pusing tkr cerita menafikan hubungan tersebut.Hingglah satu hari suami si B iaitu C datang umah bertanyakan hubungan mereka.Ya Allah,mereka masih berhubung...keluarga si A mengadakan rundingan semula malahan si A ini telah berjanji "kerana Allah Taala" hanya mencintai ibu mereka dan tidak lagi bertemu perempuan tersebut...tetapi....Ya Allah tak serik2 lagi!!!penah terbongkar juga tetapi si A buat derk je.....apakah penyelesaian terbaik bagi mereka ini?si A juga bertindak membawa si B membuat laporan untuk tuntut cerai dari suaminya...Ya Allah...saya dah tak tau mcm mn lembut lagi kepada mereka ini..selepas ustaz jawab soalan ini nti saya bagi data mengenai mereka2 ini dan ada tak dimana2 mereka membuat laporan...si A mmg menipu keluarga...tak bayar sewa umah,semuanya dibyr isterinya dan suka sedut duit anak2...alhamdulilllah ank2nya semua berjaya....terima kasih kerana ustaz sudi membaca masalah ini,semoga Allah memberi kemurahan rezeki pada ustaz...amiiin
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  Teja
  25/03/2008 10:46 AM
Assalamualaikum ustaz, soalan saya adakah jatuh talak jika suami berkata 'kalau nak sangat (cerai) ambillah', dan 'kita putuskan saja hubungan (suami isteri) kita'. Kedua-dua ayat tersebut dilafazkan dalam dua situasi yang berbeza. Terima kasih uztaz.
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  Ghamidi
  24/03/2008 03:07 PM
Assalamualaikum Ustaz.Saya merupakan seorang pelajar di sebuah IPTA di Shah Alam. saya ingin bertanya Ustaz tentang bagaimana untuk mendapatkan seorang teman wanita yang solehah dan bagaimana hendak mengawal diri daripada melakukan perkara yang dilarang di sisi agama?
Respon :
25/03/2008 12:35 PM
Wa alaikumussalam wrt. saudara dinasihatkan berdoa kepada Allah swt, inshaAllah permohonan dan hajat saudara akan di maqbul. Saudara juga boleh melawat laman web Muslim matrimonial untuk mencari calon yang memenuhi syarat saudara, inshaAllah akan dapat bertemu[2] Berkahwin segera dan membaca serta memahami surah AnNur, inshaAllah rumahtangga akan dapat diselamatkan dari semua perkara yang dilarang oleh Allah swt. sekian
  salahuddin
  24/03/2008 03:04 PM
Assalamualaikum. Saya seorang peminat kucing seMalaysia. Saya ingin bertanya apakah hukumnya meng'kasi' kucing saya? Adakah ianya dianggap menyeksa binatang?
Respon :
21/04/2008 04:32 PM
Wa alaikumussalam wrt. allhamdulillah saudara akan mendapat ganjaran pahala drpd Allah swt kerana menyayangi binatang [2] mengkasi kucing adalah di larang dan jangan berbuat demikian. Perbuatan tersebut dilarang kerana itu adalah hak kucing yang telah diberikan oleh Allah swt. sekian.
  khalyda
  24/03/2008 01:04 PM
Assalammualaikum Ustaz, Saya ingin meminta nasihat. Saya tahu jodoh pertemuan antara manuasia adalah ditangan Allah. Baik yang baik atau yang buruk. Baru baru ini, saya telah berpisah dengan teman saya. Saya rasa amat sedih kerana tidak ada kata putus dari pihak nya. Saya cuba kembali ke Allah dengan mengerjakan solat 5 waktu dan solat tahajjud. Ingin meminta hati tenang dan terima takdir ini kerana ini adalah kehendakNya. Tetapi mengapa kadang kadang saya masih merasa sedih lagi, lebih lebih lagi masa berdoa dan menyebut Ya Allah, air mata melinang tak henti tidak tahu apa sebab nya. Hati tak terkata apa apa juga.
Respon :
25/03/2008 09:16 AM
Waa alaikumussalam wrt. sauadarai di nasihatkan banyak bersabar dan serah kepada Allah swt.perkara seperti ini adalah biasa dan sifat manusia manusia tidak dibenarkan cinta yang terlalu kecuali kepada Allah swt kerana Allah swt akan kekal sentiasa yang lain lain semua akan berpisah oleh yang demikian sauadari perlu berhenti sedih dan tangisan di atas perpisahan ini dan tumuhkanlah consentarsi kepada alam sauadari sendiri untuk demi kebaikan sauadari di dunia di akhirat di mana sauadari hanya akan bertanggungjawab diri sendiri sekian.
  maria
  22/03/2008 09:37 PM
salam...saya ingin mengetahui apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan golongan wahabi? bagaimanakah kita nak mengenalpasti mereka?dan adakah golongan ini dikira terpesong dari landasan sebenar? terima kasih.
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  Salina
  22/03/2008 08:24 PM
Askum Ustaz..Ustaz,saya percaya pertemuan antara saya dengan seorang saudara yang bukan islam lapan bulan yang lepas,adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.Mgkin inilah ujian yang Allah s.w.t turunkan pada saya..Saya bertemu dengan dia ketika tempat kerja saya membuat seminar pendidikan di bandar seremban..Disitulah saya bertemu dengan seorang saudara beragama kristian dan berasal dari sabah..Dia adalah seorang yang berkerja kerajaan di seremban..Kami saling menyukai antara satu sama lain...Dia begitu baik pada saya,selalu mengambil berat mengenai diri saya dan kami saling menghormati antara satu sama lain...kami amat serasi bersama dan saling memahami antara sama lain..adakalanya kami ada berbincang masalah yang kami berdua hadapi,iaitu berbeza agama...saya sering menceritakan padanya mengenai keindahan agama islam dan saya berkata padanya,agama islam tidak pernah menghalang hubungan seorang anak dengan keluarganya...Pada cuti krismas yang lalu,teman lelaki saya ini ada balik ke sabah untuk berbincang mengenai kami berdua,tetapi ditentang oleh ayah terutamanya 2 orang kakaknya..Ibunya sudah meninggal dunia sejak dia kecil lagi dan kini ayahnya sakit strok...saya amat memahaminya dan saya sering berkata padanya dia perlu banyak bersabar dan dia tidak keseorangan,saya sentiasa berada disisinya...saya juga berkata,keluarga saya,keluarga dia juga...saya juga pernah membawa dia berjumpa dengan mak saya dan mak saya amat menyukainya...Tidak pernah saya melihat mak saya sukakan seseorang yang saya bawa berjumpanya seperti itu...Ibu saya sentiasa berdoa dan berharap,hubungan akan berkekalan buat selama-lamanya dan semoga satu hari nanti,pintu hatinya akan terbuka untuk memasuki Islam..sejak dia balik dari sabah bulan 2 yang lalu,kami belum berpeluang lagi untuk bertemu...kerana dia sibuk dengan kerja...sekarang hampir 3 bulan,kami tidak bertemu...sekarang kami sedih sgat..kini,dia jarang menelefon saya...walaupun saya sedih,saya tetap sabar dan cuba memahami keadaannya...saya faham,mungkin dia perlukan masa...Ustaz,saya perlukan seseorang untuk membimbing dia supaya dia memahami keiklasan saya terhadapnya...Ustaz,tolonglah bantu saya...Saya amat memerlukan bantuan dari Ustaz dan bagaimanakah caranya untuk saya menerangkan niat ikhlas saya untuk mengajaknya memasuki islam dan untuk menerangkan kebenaran islam padanya...Ustaz,saya amat menyayanginya...Ustaz,tolonglah bantu saya...Dan bantulah saya tips2 untuk menyelesaikan masalah teman lelaki saya dengan keluarganya dan memelihara hubungan kami berdua supaya dia boleh mengenali Agama Islam itu adalah agama yang Indah dan Sebenar-benarnya....Saya harap,Ustaz boleh membantu saya untuk membimbing dia ke jalan Agama Islam yang sebenar...
Respon :
03/04/2008 02:45 PM
Walaikumussalm wrt. saudari dikasihi, seperti yang kita ketahui, Hidayah itu datang dari Allah swt. sebagai manusia kita hanya mampu menyampaikan risalah Islam sahaja supaya manusia tersebut sedar, seseorang itu akan dapat hidayah jika Allah membuka jiwanya, ini semua bergantung pada taqdir Allah . Saudari tidak boleh menangis kerana beliau belum dapat dihidayakan . Saudari telah jatuh cinta itu adalah perkara biasa dalam kehidupan masa kini, ini kerana pada nilai-nilai dan hukum dalam islam hari ini sudah menyimpang dari ajaran sebenar, dalam keadaan saudari haruslah bertaubat segera tidak harus menjatuhkan cinta dengan seorang yang bukan muhrim. Jika beliau ingin memeluk agama Islam, ataupun telah memeluk Islam tetapi malangnya hati beliau masih belum terbuka untuk Islam oleh itu saudari haruslah memberikan nasihat kepada beliau agar beliau ke pejabat agama yang berhampiran dan dapat mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam dan seterusnya masuk Islam. Selepas itu jika di taqdir Allah anda berjodoh, inshaAllah saudari boleh berkahwin dengan beliau tanpa sebarang masalah. Buat masa ini saudari haruslah wajib bertaubat di atas kesilapan yang dilakukan serta saudari perlulah menjauhkan diri dari dari perkara yang dilarang oleh Allah swt pada masa yang datang dan sentiasalah berdoa agar Allah melindungi saudara dari perkara-perkara yang melalaikan saudari sekain
  Basariah
  21/03/2008 09:34 PM
assalammualaikum tuan. sy sblum pnh mengajukan soaln dan mncritakan tntg seorg tmn sy. ic beliau tidak terdpt pe2 agama pn...wasalam
Respon :
Tiada jawapan pada masa ini!!
  as
  21/03/2008 06:45 PM
Assalamualaikum ustaz.Saya ada satu kemusykilan.Apa hukumnya bagi lelaki yang buang air kecil cara berdiri.Sudah ditegur tetapi masih melakukannya. Terima kasih.
Respon :
25/03/2008 09:29 AM
W alaikumussalm wrt. hukumnya adalah haram jika tidak ada uzur sakit atau pada masa yang tetentu atau pada tempat yang tertentu jika duduk akan kena najis pada badan sebagainya
 Papar 1811-1820 dari 3115 soalan. Page  182 183 184 185 186 187 188 189 190 191  

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.