19 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Soal Jawab

  Farid
  23/04/2009 09:53 AM
Assalamualaikum.ustaz.sye nk tnye.btl ker kalau kite melawat tugu negara.haram hukumnya??baru2 ini sye ade mendapat e-mail yang mengatakan bahawa membina tugu atau melawat tugu syirik hukum nya.betulkah ustaz.?
Respon :
28/04/2009 07:53 AM

Waalaykumus salam warahmatullah

Tiada dalil mengatakan melawat tugu negara itu adalah haram. Membina tugu negara itu juga hukumnya bukan syirik.

Ustaz Nik Nizam Nasir


  ika
  22/04/2009 06:04 PM
Asslmkm, ustaz. Adakah non muslim boleh membaca dan memegang Al Quran untuk tujuan belajar sebelum beliau memeluk Islam?
Respon :
23/04/2009 07:28 AM

Waalaykumussalam

Dibolehkan non muslim memegang alquran , kerana dia tidak terikat dengan ajaran Islam. Sesuatu yang dibuat oleh mereka tidak dikira sebagai dosa atau pahala.

Ustaz Nik Nizam Nasir


  ika
  22/04/2009 06:01 PM
Assalmkum,Ustaz Boleh ke seorang anak yang telah memeluk Islam menziarahi mayat ibunya yang beragama kristian di gereja dan juga di perkuburan kristian?
Respon :
23/04/2009 07:30 AM

Waalaykumus salam warahmatullah

 

Tidak salah bagi seorang Muslim untuk memasuki gereja, terutamanya menziarahi mayat ibunya yang beragama kristian. Dia juga dibolehkan untuk melawat kubur ibunya di perkuburan kristian.

Ustaz Nik Nizam Nasir


  chira
  22/04/2009 04:56 PM
slmat sjhtera ustad, ustad sy bermnat utk mndalami islam,kadang2 sy nk jer memeluk islam, tp kadang2 sy rasa mcm x berani, sy tkut pada famly sy, sy tkut diaorg mrah n kecewa dgn sy..sy jga berkwan dgn seorg lelaki islam yg sgt baik, perhbgan kmi bermula dgn kwn n skrg jdi kekasih.Dia xpernh memaksa sy,sjak itu, keinginan sy untuk mndalami islam smkin tinggi,sy suka cara islam. mslahnya sy x tahu nk mula mcm mna..sy ptut memeluk islam dlu, atau sy ptut bg tahu fmly sy dlu , atau sy perlu mngikuti kelas2 agama dlu untk sy lebih yakin?..sy sllu ngis dgn kehdupan sy begni, sy rsa buntu..wat msa nie sy ada bca al-quran terjemah,sy jga berkwan dgn rmai kwn2 melayu.sy nk mnta pndangan dan pndpt dr ustad,tima ksih
Respon :
23/04/2009 07:34 AM

Salam sejahtera

 Kedatangan tuan di Perkim kami alu alukan. Tuan dinasihatkan datang berjumpa dengan pegawai kaunsling kami. InsyaAllah , perkara ini boleh dibincangkan dengan pegawai kami disini.

 

Ustaz Nik NIzam Nasir


  fiq
  22/04/2009 01:52 PM
salam ustaz.. saya ingin bertanyakan tentang bagaimanakah status agama seseorang saudara itu diiktiraf..
Respon :
23/04/2009 09:52 PM

AsSalamualaikum

Status agama seseorang saudara baru itu diiktiraf bilamana ia mengucapkan 2 kalimah syahadah dan mendaftarkannya di jabatan agama yang berhampiran.


  HAMBA ALLAH
  21/04/2009 06:21 PM
ASSKUM...Ustaz saya ingin menanyakan satu soalan apakah perlu di samak jika kita tak pasti memijak satu benda samada ianya tahi anjing ataupun tanah kerana saya berasa was-was dan ianya kering dan tidak berbau kerana agak sukar untuk di sahkan.Sekian terima kasih.
Respon :
23/04/2009 07:41 AM

Walaykumus salam..

Pada asalnya kalau setakat syak sahaja, dan tiada bukti maka tuan tak perlu samak kasut tuan. Tapi bagi memuaskan hati tuan, adalah digalakkan tuan untuk pergi ke kedai pharmacy atau kedai halal shop berhampiran untuk membeli sabun taharah dan menggunakannya.

 

Ustaz Nik NIzam Nasir


  Azo93
  21/04/2009 06:07 PM
aslmkm ustad...selain kat pharmacy dimana lagi tmpt jual sabun taharah ini??..masalahNya tmpt ini teda PhArmaCy..
Respon :
23/04/2009 07:37 AM

Waalaykumus salam warahmatullah

 

Saya rasa tuan boleh cuba buka website mengenai sabun taharah, dan cuba tanya bagaimana tuan boleh mendapatkan sabun tersebut. Keduanya, tuan boleh minta dari saudara tuan untuk mendapatkan sabun taharah dan cuba poskan ketempat tuan.

Ustaz Nik Nizam Nasir


  Azo93
  21/04/2009 05:49 PM
aslmkm ustad...jika kita terkena anjing di seluruh badan(anjing tersebut mgigit kita)SOALAN SAYA:ADAKAH KITA PERLU MENYUCIKAN SELURUH BADAN KITA DENGAN MENGGUNAKAN TANAH??..BAGI SAYA IA AMAT SUKAR UNTUK DILAKUKAN..CUBA USTAD TERANGKAN!!
Respon :
23/04/2009 07:45 AM

Waalaykumus salam warahmatullah

 

Saya rasa dizaman moden sekarang, samak tidak menjadi satu permasaalahan. Untuk menyamak diri tuan,  tuan tak perlu untuk mandi tanah. Bagi alternatif lain tuan boleh cuba dapatkan tabung taharah yang bisa tuan dapatkannya di kedai kedai pharmacy atau di kedai halal shop.

 

Ustaz Nik Nizam Nasir


  Azo93
  21/04/2009 05:43 PM
aslmkm UstAd..saya ingin mjelaskan lagi solan saya>>>>>najis anjing yg trkena kasut saya itu sudah saya basuh mgunakan AIR(tidak diketahui kotor atau bersih)dengan pasir ditepi jalan(tidak diketahui kotor atau bersih)slps saya basuh kasut saya,dengan tidak sngja kasut itu trkna kaki saya<<<<<..SOALAN SAYA:ADAKAH SAYA PERLU M'CUCI KAKI SAYA 7 KALI BRSAMA AIR BCAMPUR TANAH??..saya was2 mgnai perkara ini....kebetulan pula kwsn tmpt tinggal saya ini tidak ada tanah yang bersih
Respon :
23/04/2009 07:53 AM

Waalaykumus salam

http://sabuntaharah.com/

Cuba tuan buka website yang telah kami berikan ini. Saya rasa permasaalahan samak ini boleh diselesaikan dengan membaca isi kandungan web tersebut. Jika tuan RASA TUAN TERKENA NAJIS MUGHALLAZAH MAKA TUAN WAJIB MENYAMAK DIRI TUAN DENGAN AIR BERCAMPUR TANAH.

Ustaz Nik NIzam Nasir


  Azo93
  21/04/2009 05:34 PM
aslmkm ustad..dimana boleh kita beli sabun taharah?
Respon :
23/04/2009 07:57 AM

http://sabuntaharah.com/

http://www.taharah.com.my/produk.php

http://www.sabunsertu.com/

Tuan siap boleh beli sabun tersebut dengan online.


 Papar 1351-1360 dari 3115 soalan. Page  136 137 138 139 140 141 142 143 144 145  

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.