24 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Aktiviti

TADARUS PERKIM SEMPENA NUZUL QURAN

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang mengenai petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu. (al-Baqarah : 185)

Bulan Ramadan yang terkandung pelbagai kebaikan ini, Islam menganjurkan umatnya mempertingkatkan amal ibadah kerana pahala tersebut akan dilipatgandakan oleh Allah SWT dengan berzikir, qiamulail, tarawih, mengikuti majlis ilmu, membaca al-Quran, bersedekah, melakukan kebajikan dan berdakwah.

Sempena Nuzul al-Quran pada 17 Ogos 2011 lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Majlis Tadarus al-Quran bersama saudara Muslim bertempat di Surau Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Seramai 155 peserta yang terdiri daripada saudara Muslim berbangsa Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Indonesia dan Filipina serta kakitangan Perkim menyertai program itu.

Turut menjadi peserta jemputan ialah mahasiswa Kelab Perkim Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Petaling Jaya (UIAM PJ), Kelab Perkim Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kelab Perkim Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/SUARIZA%20HIDAYAH%20MUHAMMADs.JPGPenyelaras Program, Suariza Hidayah Muhammad, program itu diadakan setiap tahun sempena nuzul al-Quran bagi menghidupkan bacaan ayat suci al-Quran bersama saudara Muslim selain merapatkan silaturahim antara mereka.

Peserta dibahagikan kepada 15 kumpulan di mana setiap kumpulan dikehendaki membaca dua juzuk bermula daripada surah al-Fatihah hingga surah an-Nas.

Daripada Ibn Abbas RA katanya: "Jibrail AS menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam dalam bulan Ramadan lalu bertadarus al-Quran dengan Baginda". (Hadis Riwayat Bukhari)

“Program itu dilakukan untuk melihat sejauh mana kelancaran saudara Muslim dalam menguasai pembacaan al-Quran mengikut kaedah sebutan, tajwid dan makhraj yang betul,” kata Suariza.

Selain itu, peserta kumpulan membaca al-Quran secara bergilir-gilir sambil dipantau bacaannya oleh munabbih.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadar : 1-5)

“Suasana tenang dan damai akan dirasai apabila kita bersama di dalam majlis tadarus itu dengan mendengar alunan kemerduan suara ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh saudara Muslim,” jelas Suariza.

Menurutnya, ia memberi satu contoh dan motivasi kepada saudara Muslim yang lain untuk menyertai tadarus ini sekiranya mereka sudah lancar membacanya.

"Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya". (Hadis riwayat Abi Daud)

Suariza yang juga Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim berkata, mereka akan mendapat ketenangan dan limpah rahmat daripada Allah SWT hasil daripada tadarus itu dan menjadikan mereka berkeperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan yang tidak membacanya.

“Membaca al-Quran membuatkan Muslim tersebut akan lebih rapat dengan menghayati maknanya dan al-Quran akan menjadi teman yang akrab dengan mengamalkannya sekali gus akan menjadikan petunjuk serta panduan kehidupan yang benar kepadanya,” ujarnya.

Tadarus ini haruslah menjadi satu amalan yang dituntut untuk diamalkan umat Islam khususnya saudara Muslim supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.

Janganlah tiba sahaja bulan Ramadan, majlis tilawah, tadarus dan khatam baru kita hendak membaca al-Quran tetapi hendaklah menjadikan bacaan itu sebagai amalan harian kita kerana berdamping dengan al-Quran dapat membina kekuatan diri, kesempurnaan hidup, panduan, rujukan, alam semesta serta penawar penyakit.

Bacaan doa khatam al-Quran dan kuliah mengenai al-Quran turut diadakan oleh Sayyid Musa al-Kazim sejurus selesai semua bacaan daripada setiap kumpulan.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati berupa sejadah, pulut kuning dan bunga telur kepada peserta yang disampaikan oleh Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais Abdul Karim, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa dan Pengarah Dakwah, Hj. Abdul Hanif Harun.

Majlis berakhir dengan jamuan berbuka puasa dan solat sunat tarawih.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1274.JPG

Datuk Hasbullah (kanan) menyampaikan bacaan al-Quran di Majlis Tadarus sempena Nuzul Quran bertempat di Surau Perkim, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2194.JPG

Kakitangan Perkim antara peserta Tadarus sempena Nuzul al-Quran.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3174.JPG

Kakitangan Perkim turut memeriahkan majlis tadarus sempena Nuzul Quran.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/965.JPG

Antara peserta Tadarus Sempena Nuzul Quran bersama saudara Muslim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2334.JPG

Saudara Muslim antara peserta Tadarus sempena Nuzul Quran.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2433.JPG

Antara peserta Tadarus Sempena Nuzul Quran bersama saudara Muslim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3024.JPG

Sayyid Musa al-Kazim membacakan doa khatam al-Quran.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3823.JPG

Rais (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Zulkefli Arifin selaku wakil peserta kumpulan sambil disaksikan oleh Hasbullah (kanan).

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/40a.JPG

Hasbullah (dua dari kanan) dan Rais (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Zubaedah Husen Jawas Awad selaku wakil peserta kumpulan.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4221.JPG

Rais (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Hjh. Zainab selaku wakil peserta kumpulan sambil disaksikan oleh Hasbullah (kanan).

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4916.JPG

Peserta tadarus bersama-sama memeriahkan Majlis Tadarus sempena Nuzul Quran bersama saudara Muslim.

 

 

LAGI GAMBAR DI >>> TADARUS NUZUL QURAN 2011


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.