20 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Aktiviti

300 SERTAI SIHAT CERGAS CERIA PERKIM

Oleh: Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi.

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikkannya (imannya).” Hadith Riwayat Muslim.

Islam menggalakkan setiap penganutnya supaya mempunyai kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat yang mana tuntutan ini dapat diperolehi melalui bersenam atau bersukan.

Dengan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang cergas, seseorang akan dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan dengan perlaksanaan ibadat yang lebih sempurna seperti ibadat sembahyang, puasa dan seumpamanya.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif menganjurkan Program Sihat, Cergas dan Ceria di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 25 Julai yang lalu.

Ia dianjurkan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental demi kesihatan yang optimum kepada muslimin dan muslimat disamping merapatkan silaturahim di antara saudara muslim dan pengunjung di situ.
Mengamalkan gaya hidup sihat ini dapat membina daya ketahanan dan kekuatan, mengawal kesihatan badan, memberi ketenangan fikiran dan mengelakan dari penyakit.

Yusof Zhoo Qiang Abdullah dari Universiti Malaya mengetuai senaman Taichi yang disertai oleh 300 peserta terdiri daripada saudara muslim, Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria Pantai Dalam, Persatuan Penduduk Taman Melati, Lembaga Kebajikan Perempuan Kota Raja Klang, Asrama Darul Falah Perkim, Pusat Pemulihan Kesihatan Perkim, Kelab Perkim Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Datuk Hj. Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim yang juga menyertai senaman tersebut berkata, Perkim adalah satu-satunya pertubuhan yang prihatin tentang kesihatan dengan aktiviti senaman kerana kebanyakan aktiviti yang dijalankan di kawasan ini dilakukan oleh pihak bukan muslim.

”Tai chi adalah satu senaman di mana pergerakannya adalah perlahan. Pada masa yang sama, seseorang itu perlu menarik dan menghembus udara secara perlahan. Penyakit seperti diabetes, tekanan darah, dan sakit jantung dapat dirawat melalui senaman ini,” jelas Hasbullah.

”Tai chi merupakan amalan yang sihat dan salah satu unsur yang menjurus kepada kemantapan fizikal dan secara tidak langsung meningkatkan kecerdasan mental,” ujarnya lagi yang kali pertama menyertai senaman tersebut.

”Islam tidak melarang untuk bersukan atau bermain apa jua jenis permainan asalkan tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara yang haram. Dalam bersukan, kita semestinya mengikut panduan dan adab-adab bersukan dalam Islam,” kata Hasbullah.

”Jangan sampai kita melupakan batas-batas yang telah digariskan oleh syariat Islam, semata-mata inginkan kepuasan dan keseronokan, ujar Hasbullah.

Setelah berpeluh, program diserikan lagi dengan ceramah ringkas bertajuk ’Kesihatan Dalam Islam’ yang disampaikan oleh Dr. Izuddin Hamzah dari Klinik Hamzah, Klang.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/small/i.JPGFaridah Hamid 65, selaku pengunjung berkata, program seperti ini amat baik diadakan setiap minggu kerana kurangnya anjuran pertubuhan muslim dan dapat merapatkan silaturahim bersama warga emas yang kebanyakkan melakukan aktiviti jasmani di sini.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/small/j.JPGNoor Afizah Zamuri 21, pelajar Kelab Perkim (Kuis) berkata, program seperti ini dapat mendedahkan masyarakat Islam mengenai senaman Tai Chi dan mempopularkan senaman ini kepada orang muslim dan berharap supaya dapat dipertambahkan lagi aktiviti dalam program ini seperti joging, senaman berzikir dan sebagainya.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/small/k.JPGNoraza Saad 22, pelajar Kelab Perkim (UKM) pula berkata, ianya dapat menjalinkan interaksi yang baik di antara muslim dan pengunjung yang berlainan agama. Beliau berharap dapat dipertambahan aktiviti permainan riadah berkumpulan, penerangan setiap bentuk senaman serta dipelbagaikan permainan bersantai.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan penyampaian cenderamata kepada wakil DBKL dan Dr. Izuddin Hamzah.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/a18.JPG

SIHAT CERGAS CERIA

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/e1.JPG

Yusof Zhoo Qiang Abdullah dari Universiti Malaya mengetuai senaman Taichi.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b.JPG

Datuk Hj. Hasbullah L. Isa (kiri) bersama peserta melakukan aktiviti Tai Chi.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/c.JPG

Peserta melakukan aktiviti senaman.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/f.JPG

Aktiviti beberapa langkah senaman tai chi.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/h.JPG

Dr. Izuddin Hamzah dari Klinik Hamzah menyampaikan ceramah bertajuk 'Kesihatan Dalam Islam'.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/g.JPGPeserta yang terlibat dalam program Sihat Cergas Ceria bersama Perkim & DBKL.


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.