16 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Aktiviti

PERKIM Ziarah Rumah Tunas Harapan Payung Sri Sejahtera

Oleh: Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bersama-sama Perkim Bahagian Negeri Sembilan menganjurkan program ziarah dan sumbangan penghuni Rumah Tunas Harapan (RTH) Payung Seri Sejahtera, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program itu mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tengku Barizah Tengku Baharom selaku Bendahari Rumah Tunas Harapan bersama mengalu-alukan dan menyambut baik kedatangan Perkim untuk menziarah sambil memberi sumbangan kepada penghuni rumah tersebut.

Seramai 40 orang kanak-kanak yang telah menghuni Rumah Tunas Harapan ini. Rumah ini merupakan satu inovasi dalam penjagaan kanak-kanak yang tiada keluarga kandung dengan menempatkan 8 hingga 10 orang kanak-kanak dalam sebuah rumah biasa berbanding dengan penempatan mereka di rumah kanak-kanak sedia ada.

Disamping berpeluang membesar dalam suasana kekeluargaan, mereka dididik mengikut kepercayaan agama dan budaya masing-masing. Projek Rumah Tunas Harapan adalah kejayaan perkongsian bijak diantara Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan badan-badan korporat, agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan kebajikan sukarela dan masyarakat tempatan.

Badan-Badan korporat telah membiayai kos pembinaan, sementara Kerajaan Negeri menyediakan tanah dan masyarakat tempatan menyumbangkan kemudahan-kemudahan serta sokongan lain.

Sehingga kini terdapat 8 buah Rumah Tunas Harapan (RTH) yang telah dibina dengan kerjasama pelbagai sektor korporat diseluruh Malaysia.
Taklimat ini turut menjadi sajian kepada Perkim sebagai tetamu yang disampaikan oleh Noor Afizah Abu Bakar selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat bertempat di Dewan Tunas Harapan.

Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Sembilan, Dato’ Siti Rahmah Hj. Kassim bersama Bendahari Kehormat Perkim, Tan Sri Datuk Dr. Rais Abdul Karim dan warga Perkim menziarahi serta menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM5000 serta sebuah set komputer kepada Bendahari Rumah Tunas Harapan, Tengku Barizah Tengku Baharom.

Rais Abdul Karim berkata “Biarpun jumlah bantuan yang disampaikan tidak seberapa tetapi diharapkan ia membantu meringankan beban yang ditanggung kepada kanak-kanak seperti ini yang tiada kasih sayang ibu bapa kandung.”

“Program ini merupakan satu kaedah merapatkan lagi ikatan hubungan silaturrahim antara Perkim dan penghuni Rumah Tunas Harapan tanpa mengira agama, bangsa dan adat di mana mereka ini memerlukan kasih belaian mesra dalam keadaan yang sebegitu.”

“Disamping itu juga, dengan pemberian komputer ini, kanak-kanak dapat mempelajari dan menambah ilmu dengan penggunaan perisian teknologi maklumat, perhubungan komunikasi dan internet agar mereka tidak ketinggalan serta dipinggirkan sejajar dengan era teknologi maklumat terkini.

Dalam masa yang sama, lawatan ziarah ini adalah sebagai menyahut seruan pihak kerajaan serta sokongan terhadap usaha dan tindakan yang diambil sebagai organisasi yang prihatin. Mesej keprihatinan ziarah yang mulia ini dapat membuka mata masyarakat betapa pentingnya amalan dan budaya menziarahi ini.

Turut hadir ialah Pengarah Dakwah Perkim, Tuan Haji Abdul Hanif Harun; Pegawai Kewangan Perkim, Wan Abdul Halim Majid; Pengerusi Perkim Cawangan Bukit Damansara, Puan Hjh. Puteh Kalsom dan Fakulti Pelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Sri Prof. Dr. Rohayati Mohd. Majzub.

 

%webpath%/media/content/original/a16.JPG

Kediaman penghuni Rumah Tunas Harapan, Payung Sri Sejahtera, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

 

%webpath%/media/content/original/a31.JPG

Antara kanak-kanak penghuni Rumah Tunas Harapan yang hadir dalam majlis ini.

 

%webpath%/media/content/original/a41.JPG

Tan Sri Datuk Dr. Rais Abdul Karim selaku Bendahari Kehormat Perkim menyampaikan taklimat dan amanat kepada kanak-kanak Rumah Tunas Harapan.

 

%webpath%/media/content/original/a51.JPG

Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Sembilan, Dato' Siti Rahmah Hj. Kassim menyampaikan ucapan kata-kata aluan dan nasihat kepada kanak-kanak Rumah Tunas Harapan.

 

%webpath%/media/content/original/a61.JPG

Siti Rahmah (tengah) menyampaikan cek sumbangan RM 5000 kepada Tengku Barizah Tengku Baharom, Bendahari Rumah Tunas Harapan.

 

%webpath%/media/content/original/a71.JPG

Siti Rahmah menyampaikan set komputer kepada Tengku Barizah Tengku Baharom.

 

%webpath%/media/content/original/a81.JPG

Pengerusi Perkim Negeri Sembilan (berbaju merah) menyampaikan cenderahati kepada Bendahari Rumah Tunas Harapan (kanan).

 

%webpath%/media/content/original/a91.JPG

Rais (tengah) melihat kanak-kanak Rumah Tunas Harapan menggunakan komputer yang disumbangkan oleh Perkim.

 

%webpath%/media/content/original/a111.JPG

Warga Perkim bersama kanak-kanak Rumah Tunas Harapan Payung Sri Sejahtera merakamkan gambar kenang-kenangan.


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.