18 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Aktiviti

PERKIM, KPM BERSAMA GURU AGAMA TANGANI ISU AKIDAH PELAJAR

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (ali Imran : 19)

Bagi membekalkan ilmu pengetahuan dengan kepelbagaian metodologi dakwah untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar sekolah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam Tahun 2012 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 8 Mei 2012 lalu.

Ianya anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Ugama Malaysia Barat (KKGUMB) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia disertai lebih 1500 peserta terdiri daripada guru pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah dan menengah, guru Islam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta guru besar dan pengetua sekolah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/large/Muhammad%20Rais%20Abdul%20Karims.jpgPemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dato’ Dr Muhammad Rais Abdul Karim berkata, Perkim menyedari bahawa gerakan transformasi dakwah ini akan bergerak melalui strategi dakwah yang berkesan melalui tenaga penggerak yang terdiri daripada kalangan pendakwah yang berilmu dan terlatih.

“Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru pendidikan Islam bagi memperkasakan metodologi dakwah kepada pelajar sekolah berkaitan dengan akidah dan sahsiah,” kata Dr Rais.

Katanya lagi, pelbagai pihak berusaha membantu pendidik kalangan guru agama berbekalkan dengan ilmu agama dan akhlak Islamiah yang diterapkan untuk menghadapi serta menangani isu-isu akidah secara bijaksana dan berkesan.

“Umat Islam kini terdedah cabaran yang menguji kekuatan akidah iaitu dengan pelbagai fahaman, ideologi moden seperti pluralisme, sekularisme, liberalisme, kapitalisme, materialisme, humanisme dan unsur negatif mempengaruhi umat Islam dengan mudah terutamanya pelajar sekolah,” jelas Dr Rais.

“Dalam kemajuan era globalisasi, negara kita digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam bahkan dihimpit juga dengan budaya songsang, black metal, punk, gejala gay, lesbian, pondan, mat rempit, seks bebas, penyalahgunaan dadah, penagihan arak serta sukan judi,” katanya.

Menurut Dr Rais lagi, peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin luas dan mencabar terutamanya dalam soal penyelewengan akidah di kalangan para pelajar serta gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat serta ia merupakan satu cabaran yang hebat terhadap semua pihak di negara ini khususnya guru-guru.

“Guru-guru harus bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai kegiatan dan cabaran dakyah pihak tertentu dalam usaha meruntuhkan akidah atau moral dengan menyebarkan dakyah secara halus kepada murid-murid dan pelajar sekolah,” tegasnya.

GPI bertanggungjawab memberi ajaran agama yang sebenar dengan merujuk fakta-fakta rasmi dan bertepatan serta mewujudkan kumpulan pelajar yang dibekalkan pengetahuan dan bimbingan metodologi dakwah agar mereka berperanan membantu penghayatan Islam di sekolah di samping berperanan sensitif terhadap dakyah agama asing di kalangan pihak-pihak tertentu.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (at-Tahrim : 6)

Seminar tersebut dijadikan medan untuk bertukar pendapat, ilmu pengetahuan, perkongsian dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan guru pendidikan Islam dalam membina kekuatan ummah.

Seminar dimantapkan lagi dengan pembentangan kertas kerja 1 oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahibus Samahah Datuk Wan Zahidi Wan Teh dengan tajuk Kegiatan Dakyah dan Usaha Pihak Tertentu Untuk Memesongkan Akidah Umat Islam.

Wan Zahid menerangkan gerakan Liberalisme, Pluralisme, Sekularisme, Yahudi, Kristianisasi dan Emotion Spiritual and Quotient (ESQ) yang menjadi ancaman serta perkembangannya akan merosakkan akidah umat Islam sekiranya tidak dibendung.

Dalam rangka melaksanakan tanggungjawab memelihara kemurnian akidah, umat Islam seharusnya bertanggungjawab dan peka terhadap taktik penyusupan yang menggunakan platform bukan agama khususnya dari luar negara.

Mendepani Cabaran Akidah Pelajar Dengan Metodologi Dakwah Berkesan merupakan tajuk pembentangan kertas kerja kedua disampaikan oleh Mantan Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Zulkefli Muhammad al-Bakri.

Antara kandungan kertas kerja ialah guru atau pembimbing hendaklah menggunakan pendekatan berdakwah dengan diberi latihan untuk memberi kesan pada jiwa pelajar seperti memberi kefahaman berkenaan dengan iman, rukun-rukun, perkara yang sesat dan bercanggah dengan syariat Islam.

Mereka yang mengalami gangguan akidah dapat dipulihkan dengan menunjukkan bukti kebenaran Islam, menyebut akibat keburukan murtad dan implikasinya, menggalakan perdebatan ilmiah secara tertutup atau harmoni mengenai isu yang bermain di benak fikiran serta menayangkan kemuliaan Islam dan keburukan murtad melalui video atau multimedia.

Melalui beberapa kaedah itu, segala ancaman dan cubaan untuk melemahkan akidah pelajar dapat diatasi bahkan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Timbalan Ketua Bahagian Penasihat Seksyen Syariah Jabatan Peguam Negara, Hj Mahamad Naser Disa menyampaikan kertas kerja terakhir iaitu Hijrah Minda Agenda Transformasi Umat Islam: Daulatkan Islam Agama Negara.

Naser dalam ceramahnya berkata, umat Islam harus menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan untuk memelihara agama bukan hanya menjadi kewajipan keagamaan semata-mata, malah ia juga kewajipan kenegaraan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi Agenda Tertinggi Negara iaitu Perkara 3 (1), agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Melalui kertas kerjanya itu, beliau memberi beberapa penjelasan mengenai salah tanggapan berdasarkan fahaman Malaysia sebuah negara sekular, kedudukan Islam lebih rendah dari perlembagaan, hak kesamarataan agama, legasi penjajah yang bercanggah dengan Islam dianggap sistem konvesional manakala sistem Islam sekadar alternatif.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir dalam ucapannya berkata, masyarakat dinihari begitu tertekan dengan keruntuhan akhlak dan gejala yang berlaku serta membimbangkan kepada umat Islam khususnya remaja melalui ledakan media baru, internet, web tv, satelit televisyen dan sebagainya.

“Ini adalah satu kaedah di mana organisasi Islam bersama-sama menghimpunkan guru-guru agama sekolah peringkat Wilayah Persektuan dalam satu pertemuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat khususnya berkaitan dengan akidah umat Islam,” kata Jamil Khir.

Jelasnya lagi, ianya merupakan salah satu usaha yang baik bagi memberikan kefahaman di kalangan para pendidik agar dapat disampaikan kepada para pelajar yang terdedah kepada cabaran-canrabran ini.

Kita melihat dakyah-dakyah daripada pelbagai pihak juga menggunakan pendekatan media baru yang boleh memesongkan akidah dengan pelbagai cara untuk menarik minat mereka.

Tuntutan keadaan memerlukan kepada kefahaman di peringkat awal lagi dengan pendidikan teras bermula daripada sekolah.

Beliau berharap agar insiatif yang dimainkan oleh Perkim dan KPM untuk bersama memikirkan peranan tenaga utama yang menjadi pendakwah iaitu para guru Islam yang merupakan rujukan dan saluran menjadi perantara untuk menjawab persoalan dan permasalahan yang dibangkitkan oleh pelajar.

Dalam merayakan sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2012 tidak lama lagi, beliau menyeru kepada pendidik haruslah menjadi pendokong kuat dan menggarap elemen-elemen Islam bagi pelajar dan murid di sekolah agar golongan ini dapat diselamatkan daripada terus terjerumus dalam kerosakan akidah,” ujarnya.

Demi masa depan anak-anak kita, semua pihak perlu teruskan usaha dengan penuh ikhlas dan dedikasi serta menyampaikan kaedah atau metodologi dakwah Islamiah secara berkesan kepada mereka.

Turut hadir, Pengarah Tajdid Pemikiran Islam Perkim, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hj Hasbullah L. Isa, Penolong Pengarah Tajdid Pemikiran Islam Perkim 1, Wan Hamid Wan Teh dan Penolong Pengarah Tajdid Pemikiran Islam 2, Hj Ali Dahalan.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4175.JPG

Lebih 1500 peserta yang hadir di Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam Tahun 2012.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/987.JPG

Dr Zulkefli Muhammad al-Bakri menyampaikan kertas kerja bertajuk 'Mendepani Cabaran Akidah Pelajar Dengan Metodologi Dakwah Berkesan'.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/7116.JPG

Peserta mendengar pembentangan kertas kerja yang disampaikan.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/12109.JPG

Antara tetamu kehormat yang hadir di Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam Tahun 2012.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1666.JPG

Peserta menadah tangan ketika doa dibacakan pada majlis perasmian.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1859.JPG

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato' Seri Jamil Khir Baharom merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam Tahun 2012.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1954.JPG

Hj Mahamad Naser Disa menyampaikan kertas kerja bertajuk Hijrah Minda Agenda Transformasi Umat Islam: Daulatkan Islam Agama Negara.

 

LAGI GAMBAR DI >>> PERKIM,KPM&GPI-ISU AKIDAH

 

GAMBAR SEMINAR DI >>>

 

 


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.