18 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama Pendidikan Tadika PERKIM Pulau Pinang

Tadika PERKIM Pulau Pinang

Tadika PERKIM Pulau Pinang telah diasaskan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1978 dengan sokongan Y A Bhg Tun Datu Haji Mustafa bin Harun. Tadika ini telah ditadbirkan oleh Jawatankuasa sendiri. Ianya terletak di sebuah banglo di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Al-marhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Tujuan diwujudkan tadika ini adalah untuk memenuhi tujuan PERKIM iaitu untuk memberi dan mengadakan pelajaran serta pendidikan agama Islam dengan memenuhi segala media dan mengikut segala jalan yang sah disisi undang-undang.

Tadika ini dibuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira kaum atau agama dan peringkat umur, lima dan enam tahun. Peratus bagi kanak-kanak bukan Islam adalah lebih kurang 5% pada tahun ini. Pada dasarnya PERKIM Kebangsaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1,000.00 sebulan kepada Tadika PERKIM di Pulau Pinang.

Tadika ini mempunyai satu sesi sahaja iaitu bermula dari jam 08.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Bagi kanak-kanak bukan Islam, sesi akan bermula 09.00 pagi hingga 12.30 tengahari kerana setengah jam pertama ialah masa membaca Al-Quran. Semasa Pendidikan Islam, kanak-kanak bukan Islam akan diajar Pendidikan Moral.

Jumlah pelajarnya adalah seramai 135 orang dengan 9 orang tenaga pengajar termasuk kakitangannya. Ianya dibahagikan kepada lima kelas dengan hitung panjang bilangan satu kelas ialah 23 orang. Bilangan yang kecil ini adalah unggul untuk menentukan kanak-kanak berpeluang menerima perhatian individu daripada guru dan mendapat pendidikan berkualiti yang ditekankan oleh tadika ini.

Satu pembaharuan baru yang dibuat ialah pengajaran Bahasa Arab dan pembinaan makmal komputer dengan 12 buah komputer untuk pengetahuan pengkomputeran pada kanak-kanak dan guru-guru.


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.