Institut Dakwah Islamiah PERKIM  | MAJLIS KONVOKESYEN IDIP | Latar belakang: INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP) telah ditubuhkan pada akhir tahun 1961, bertempat di sebuah rumah banglo dua tingkat, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ia bermula sebagai sebuah pusat latihan yang dinamakan PUSAT LATIHAN MUBALIGH DARUL ARQAM, bagi memenuhi keperluan PERKIM untuk melahirkan para mubaligh yang boleh menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam. Seramai 24 pelajar telah diambil sebagai kumpulan perintis, terdiri dari kebanyakannya daripada anak-anak Melayu lepasan universiti-universiti India, disamping sekumpulan pelajar dari Korea Muslim Federation. Pada tahun 1963, pusat ini terpaksa diberhentikan kerana masalah yang dihadapi oleh PERKIM pada ketika itu. Pada tahun 1975, pusat latihan ini diwujudkan semula, bertempat di No. 250-D, Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan nama PUSAT LATIHAN AGAMA PERKIM. Pada tahun 1976, pusat latihan ini dipindahkan ke Wisma Selangor, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1979, pusat ini sekali lagi bertukar nama kepada INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP). Institut ini berpindah ke Taman Putra PERKIM, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 15 Februari 1991 sehingga sekarang.Tempoh masa kursus yang ditetapkan adalah selama 4 tahun meliputi latihan dan praktikal. Objektif: IDIP ditubuhkan untuk memberi Pendidikan Islam secara formal kepada saudara muslim dan anak-anak mereka dengan tujuan: - Supaya mereka dapat memahami dan menghayati Islam sebagai Satu Cara Hidup. -Supaya mereka dapat mengajar dan menyebarkan Islam di kalangan anggota masyarakat mereka sendiri. Program-program : IDIP menyediakan 2 program iaitu : 1. Asas Kefahaman Islam (2 semester) 2. Pengajian Islam dan Praktikal Dakwah (8 semester) Di sini juga menyediakan pembelajaran akademik untuk calon-calon SPM dan STPM bagi membolehkan mereka mencapai pengajian tertinggi sama ada di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dan luar negara. Kemudahan-kemudahan : - Biasiswa daripada Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi pelajar yang baru memeluk agama Islam atau anak-anak kepada saudara baru
- Bayaran pendahuluan dari PERKIM kepada pelajar-pelajar yang sedang menunggu biasiswa
- Asrama lelaki dan perempuan bagi yang belum berkahwin, manakala tempat tinggal bagi mereka yang sudah berumahtangga
- Perkhidmatan perubatan di Hospital Besar Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.
Borang permohonan boleh didapati di: Pengetua Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Taman Putra, 16100 Kota Bharu Kelantan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Tel : 09- 7730613 Faks : 09- 7732171 emel: info@perkim.net.my  Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.  Bilik kuliah  Asrama pelajar muslimin  Asrama pelajar muslimah  Surau Institut Dakwah Islamiah PERKIM. |