22 May 2013
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama Kebajikan Tasputra

Tasputra



Tasputra PERKIM
adalah pusat penjagaan Islam yang pertama di Malaysia bagi jagaan fizikal, penglihatan kecacatan mental bagi kanak-kanak dari golongan yang kurang berkemampuan.

Pusat ini dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti am dari jam 07.30 pagi hingga 05.00 petang. Ianya disokong oleh 24 orang staf termasuk ahli terapi, penyelia, pemerhati dan tukang masak yang menyediakan perkhidmatan pertolongan dan latihan kepada kanak-kanak di antara 2 hingga 10 tahun.

 
Pelbagai aktiviti diadakan untuk menolong pemantapan fizikal dan mental kanak-kanak yang dinamakan :

Hydroteraphy
Program ini diadakan setiap hari di kolam renang yang terdapat di pusat ini. Terapi ini menyediakan latihan fizikal yang lengkap bagi menolong membina mobiliti kanak-kanak.

Hippotherapy
Secara umumnya, setiap minggu akan diadakan terapi ini dengan menunggang kuda. Ini adalah satu peluang bagi kanak-kanak ini untuk menikmati satu aktiviti luar.

Physioteraphy
Terapi ini diadakan setiap hari oleh staf yang bertugas.

Di samping itu juga, pusat ini juga menyediakan perkhidmatan sukarela yang dihadiri oleh doktor pakar kulit, pergigian dan lain-lain perubatan yang sesuai bagi kanak-kanak di sini.

Kadang-kadang, pusat ini juga menjayakan majlis yang istimewa sebagai sebahagian daripada keprihatinan masyarakat dengan memberi sokongan dan sumbangan kepada mereka. Pusat ini juga menganjurkan pelbagai aktiviti kutipan derma di samping jualan untuk menambahkan duit tabung.

Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci untuk memberitahu cara-cara untuk membantu atau perkhidmatan sukarelawan, sila hubungi :

Tasputra PERKIM
3498, Jalan Ampang Hilir 5,
Kuala Lumpur

Tel : 03-4516100
Fax : 03-4518619

http://www.tasputraperkim.org.my


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2013 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.