Objektif  VISI MENJADIKAN PERKIM SEBAGAI NGO DAKWAH SEJAJAR DENGAN WAWASAN 2020 MISI MENJADIKAN PERKIM SEBUAH NGO PENGGERAK DAKWAH TERUNGGUL UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI ISLAM DI MALAYSIA DAN ANTARABANGSA Lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM adalah : Dakwah Menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan. Pendidikan Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran serta pendidikan Islam menerusi segala media dan segala jalan yang sah di sisi undang-undang. Kebajikan Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif. Kerjasama dalam bidang agama Islam Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam yang lain demi kemajuan agama Islam. Lain-lain Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Islam. Dalam merealisasikan objektif penubuhannya, PERKIM mempraktikkan penyebaran syiar dakwah Islamiah berdasarkan kerja-kerja kebajikan yang terbukti telah memberi manfaat kepada semua kelompok masyarakat, sekaligus dapat meningkatkan imej Islam serta menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap Islam. |