24 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama Kelab PERKIM Universiti UKM AKTIVITI / PROGRAM

AKTIVITI / PROGRAM

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/PERKIM-UKM.jpg           http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/UKM.jpg

                                                  KELAB PERKIM UKM                      UKM

 

AKTIVITI / PROGRAM

 

 

 

PERKIM ANJUR KHEMAH IBADAH UUM & UKM

Oleh : Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi


(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Al-Baqarah, ayat 111)

Sejajar dengan moto 1 Muslim, Dakwah Didahulukan Saudara Muslim Diutamakan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menganjurkan Program Khemah Ibadah Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 12 hingga15 Februari 2010 baru-baru ini bertempat di Pusat Latihan Ranjer, Gunung Tebu, Besut, Terengganu.

Program tersebut menghimpunkan seramai 97 mahasiswa kelab Perkim yang terdiri daripada negeri tempatan, Indonesia dan Thailand yang menuntut di universiti tersebut.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/SUARIZA.JPGPengarah program, Suariza@Hidayah Muhammad berkata, khemah ibadah ini merupakan sebuah program yang bermanfaat untuk mahasiswa untuk menaikkan semangat keislaman, jatidiri dan mengetahui sedikit sebanyak ilmu agama untuk diamalkan dalam kehidupan.

“Program ini bertindak menjadi salah satu platform yang terbaik untuk mahasiswa menyebarkan dakwah dikalangan masyarakat berpandukan pengisian modul-modul dakwah yang disampaikan oleh penceramah,” ujar Suariza.

“Kelab Perkim bertujuan untuk menjadi mekanisma utama bagi membantu masyarakat dan juga menyelesaikan gejala sosial yang semakin berleluasa pada masa kini dengan menggunakan khidmat, idealisma serta karisma mahasiswa di setiap IPTA sebagai mediator untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam menyebarkan dakwah Islamiah,” jelas Suariza.

Katanya lagi, keharmonian hubungan antara pelajar dari berbilang kaum perlu diwujudkan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. Bagi mencapai objektif, aktiviti-aktiviti seperti kebudayaan, perkhemahan, ziarah keluarga, perbincangan dalam pelajaran antara mahasiswa berbilang kaum, lawatan sambil belajar dan lain-lain program dalam bentuk integrasi sosial adalah merupakan kegiatan utama kelab Perkim universiti.

“Ia juga memberi peluang kepada mahasiswa untuk bersama-sama memartabatkan iman, ilmu dan amal serta memupuk semangat dalam ibadah tanpa paksaan sejajar dengan matlamatnya iaitu membetulkan kehidupan diri dan persepsi kejayaan,” kata Suariza.

Beliau berkata, selain itu, ia dapat membentuk hubungan dan ukhwah sesama mahasiswa antara 2 universiti tersebut dengan bertukar-tukar pandangan dan idologi serta membentuk akhlak sebagai mahasiswa Islam dalam konsep usrah iaitu Al-Ta’aruf dan Al-Tafahum.

Peserta menyampaikan lagu Asmaul Husna pada setiap kali permulaan sesi modul. Modul yang pertama disampaikan oleh Dr. Ramle Abdullah selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perkim merangkap pensyarah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang membentangkan modul ‘Perkim dan peranan dakwah’.

Dr. Ramle menerangkan aktiviti-aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada masyarakat orang asli yang mendapat perhatian kepada peserta di mana matlamat perpaduan, persahabatan dan keharmonian sosial terhadap sasaran yang baru diperkenalkan sekiranya perlu menggunakan pendekatan bakti siswa atau sistem anak angkat/keluarga, sistem ziarah, projek gotong-royong dan sebagainya.

Slot yang kedua pula disampaikan oleh Rosdi Muda selaku pensyarah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang membentangkan tajuk ‘1 Malaysia’ di mana para peserta diberi pendedahan kefahaman konsep tersebut untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan dan akan kekal sebagai bekalan terbaik pada masa hadapan.

Konsep ini adalah kesinambungan kepada perkembangan sejarah Malaysia dan prinsip-prinsip serta dasar yang telah dicetuskan dalam pembinaan negara dan ianya bukanlah satu penjelmaan yang baru.
‘Sejarah Perkim Dahulu dan Masa Kini’ pula adalah tajuk modul yang disampaikan oleh Datuk Hj. Hasbullah L. Isa, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim.

Beliau menyampaikan sejarah, kepimpinan, hala tuju, matlamat, sasaran dakwah, perlaksanaan aktiviti Perkim dan organisasi kelab Perkim Universiti.

Slot yang berikutnya disampaikan pula oleh Rojihan Abdul Rahman dengan tajuk ‘Islam dan negara serta isu-isu semasa’ dan ‘muhasabah diri’.

Rojihan menerangkan konsep Islam sebagai Addin. Ia menyarankan agar mahasiswa berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring kerana Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani iaitu diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat serta bermuhasabah dengan memperbaiki kelemahan diri.

Zawawi Awang membawa slot pengurusan jenazah yang mendedahkan kepada para peserta kaedah dan cara pengurusannya iaitu mandi, kafan, solat, kebumi dan talkin jenazah secara praktikal serta soal jawab mengenai hukum-hakam.

Sesi latihan dalam kumpulan (LDK) seperti ice breaking, sahabat, tumpuan melukis, detik-detik kelahiran, alam roh, check point dan kapal angkasa 2020 dikendalikan pula oleh fasilitator-fasilitator terlatih.

Program tersebut disempurna penutupannya oleh Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi.

Turut hadir, Ahli Majlis Kebangsaan, Prof. Dr. Siti Normala Sheikh Obid dan Pengarah Dakwah, Hj. Abdul Hanif Harun.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/ASMA.JPGAsma Chemae, 20, penuntut Ijazah Pengurusan Perniagaan Antarabangsa UUM yang berasal dari Thailand berkata, program tersebut sangat reaktif dan istimewa kerana semua peserta menginap di khemah serta banyak mengajar beliau dasar-dasar asasi cara hidup dalam Islam. Lebih baik jika program ini dimuatkan dengan taklim wataklum iaitu program belajar dan mengajar bagi pendakwah.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/IZUDDIN1.JPGMohd. Izzuddin Mohd. Pisol, 21, penuntut Ijazah Pendidikan Islam UKM berkata, program tersebut sangat sesuai dalam bentuk perkhemahan kerana ianya dapat mengajar peserta erti kepayahan dan kesusahan dalam kehidupan. Perkim perlu menambahkan lagi modul-modul panduan dan method pendakwah yang berkesan serta mengadakan sesi forum diskusi bersama saudara muslim.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/MOHD%20ABDUL%20ARIF.JPGMohd. Abd. Arif, 20, penuntut Ijazah Pentadbiran Perniagaan UUM yang berasal dari Padang Indonesia berkata, program gabungan kelab Perkim universiti seperti ini perlu diperluaskan lagi agar para pendakwah di kalangan mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan secara tidak langsung perkhemahan seperti ini menambahkan lagi idealogi untuk kebajikan Islam melalui teknologi, inovasi dan bengkel. Perkim perlu menghebahkan tujuan kebajikan Islam, matlamat organisasi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui pendakwah kelab Perkim kepada umum.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/JUWITA.JPGJuwita Qadarsi, 21, penuntut Ijazah Pengurusan Pelancongan UUM yang berasal dari Palembang Indonesia berkata, program aktiviti yang bermanfaat ini amat bermakna kerana ianya dapat menjalinkan ukhwah silaturrahim di antara gabungan universiti di samping menambahkan keimanan, ilmu, keinsafan dan kesedaran melalui modul pengurusan jenazah. Buletin dan Suara Perkim perlu ada di setiap universiti agar mahasiswa dapat mengenali dengan lebih dekat dan mengetahui aktiviti terbaru.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/medium/FARHAN.JPGMohd. Farhan Jamil, 21, penuntut Ijazah Pendidikan Islam UKM berkata, program seperti ini lebih mantap sekiranya diisi dengan qiamulail iaitu solat sunat taubat, tahajjud, hajat dan tasbih supaya program tersebut lebih barakah dan perlu adakan latihan dalam kumpulan bagi solat-solat sunat ini supaya dapat difahami fadhilat dan hikmahnya.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/129.JPG

Perkhemahan Kelab Perkim UUM & UKM di Pusat Latihan Ranjer, Gunung Tebu, Besut, Terengganu.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/310.JPG

Mahasiswi Kelab Perkim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/58.JPG

'Perkim dan Peranan Dakwah' antara tajuk yang disampaikan oleh Dr. Ramle Abdullah kepada mahasiswa kelab Perkim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/213.JPG

Solat berjemaah muslimin.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/96.JPG

Rosdi Muda selaku pensyarah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang membentangkan tajuk ‘1 Malaysia’.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/135.JPG

Rojihan Abdul Rahman dan Zawawi  Awang menyampaikan ceramahnya bertajuk ‘Islam dan negara serta isu-isu semasa'.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/163.JPG

‘Sejarah Perkim Dahulu dan Masa Kini’ pula adalah tajuk modul yang disampaikan oleh Datuk Hj. Hasbullah L. Isa, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/251.JPG

Pengurusan mengkafankan jenazah secara praktikal yang dilakukan oleh mahasiswa.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/192.JPG

Mahasiswi bersama-sama Suariza (kiri) selaku pengarah program menikmati hidangan santapan berdulang.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/76.JPG

Riadah dan senaman mahasiswa kelab Perkim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/311.JPG

Juwita Qadarsi (tengah) menunjukkan hasil latihan dalam kumpulan sewaktu sesi 'Dengar dan Lukis'.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/271.JPG

Sesi latihan dalam kumpulan (LDK) yang diketuai oleh Zawawi Awang (kanan).

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/321.JPG

Mahasiswa kelab Perkim menunjukkan lukisan mereka.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/371.JPG

Tekun...mahasiswa kelab Perkim mendengar ceramah yang disampaikan.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/50.JPG

Mahasiswi Kelab Perkim UUM & UKM bergambar bersama setelah selesai program.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/48s.JPG

Mahasiswa Kelab Perkim UUM dan UKM bersama kepimpinan Perkim bergambar kenangan.

 

 

 

 

 

______________________________________________________________________________________________

 

 

KELAB PERKIM UKM DAKWAH ORANG SUNGAI, SANDAKAN, SABAH

 

Oleh: Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Panduan iman, amal dan ilmu merupakan faktor-faktor penting bagi melahirkan generasi pendakwah muslim unggul. Lebih-lebih lagi sebagai pendakwah merupakan suara atau jurubicara kepada masyarakat. Elemen-elemen inilah yang membentuk rohani muslim yang mantap. Ini membolehkan mereka menongkah arus dunia muslim yang cukup mencabar pada abad ini dan seterusnya menjadi pewaris yang berintelek dan berakhlak.

Menyedari hakikat inilah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bersama Kelab Perkim UKM telah mengadakan aktiviti bercorak khidmat masyarakat dan kebajikan sosial di Kampung Usaha Jaya Bukit Garam, Kota Kinabatangan, Sandakan, Sabah bermula 14 hingga 19 Mei 2009 lalu.

Program yang dinamakan Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) dengan temanya iaitu “Membangun Masyarakat Dinamis dan Berakhlak Mulia” ini telah berjalan lancar dan menepati hasrat utamanya iaitu merapatkan hubungan dan juga menyemai cara hidup Islam yang sebenar di kalangan masyarakat suku kaum Sungai di kampung berkenaan.

Jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Ketua Kampung Usaha Jaya Bukit Garam dan juga daripada JKKK sendiri, banyak pengisian menarik telah berjaya diadakan sepanjang program itu.

Perlembagaan Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) telah menetapkan bahawa bangsa Sungai adalah istilah generik dan label etnik menyeluruh yang merangkumi dialek dan suku kaum, jelas Aliasa Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Ketua Kampung Usaha Jaya Bukit Garam.

“Terdapat 30 suku-suku kaum bangsa Sungai yang terdapat di kampung ini, antaranya adalah adalah Idahan, Milian, Liwago, Begahak, Bengkoka, Bulud Upi, Dewara, Dumpas, Inokang, Kalabuan, Kuamut, Lingkabau, Makiang, Mangkaak, Minokok, Paitan, Pingas, Puawang, Rumanau, Segilitan, Sinobu, Sinorope, Subpan, Sugud, Sukang, Suyat, Tambangan, Tengara, Tinagas dan Tindakon,” kata Aliasa.

Jelasnya lagi, kampung ini telah beberapa kali meraih penganugerahan kampung terbaik dan mendapat pengiktirafan sebagai Gerakan Daya Wawasan dari aspek kejayaan dalam bidang pertanian, perladangan, ekonomi, muafakat dan kebersihan.

Menurut Penyelaras Program yang juga Yang Dipertua Kelab Perkim UKM, Mohd. Shahnizam Azmi, aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep keluarga angkat yang diadakan walaupun penduduk kampung di sini menganut berbilang agama dan budaya.

"Pelajar-pelajar Kelab Perkim UKM telah diterima sebagai anak angkat kepada penduduk kampung dan mereka telah dibahagikan 8 blok di mana setiap blok mempunyai 10 buah rumah. Mereka telah diberi ruang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping dapat bertukar pandangan dan ilmu pengetahuan serta motivasi bersama keluarga angkat mereka,” ujar Shahnizam.

“Tujuan operasi ini adalah untuk memupuk kreativiti dan kebijaksanaan berkomunikasi dalam menyeru kepada kebaikan serta daya juang yang tinggi dalam menghadapi arus cabaran realiti kehidupan. Pelajar juga telah merungkaikan kejumudan yang membelenggu pemikiran masyarakat Islam, memecahkan taqlid serta dapat menyelamatkan pemikiran umat Islam dari menumpukan hanya sebahagian urusan agama ini sehingga mengabaikan sebahagian yang lain dan kesyumulan Islam itu sendiri,” ujar Shahnizam lagi.

“Malah tambah beliau, program operasi pada kali ini juga turut diadakan forum perdana yang bertajuk “Perpaduan Manjana Masyarakat Rababani” yang dihadiri oleh 400 penduduk kampung dengan barisan panelnya Ustaz Safril Hj. Makmur (Pengerusi Imam Kinabatangan), Ustaz Fadhlon Abdul Rahim (Jabatan Dakwah UKM) dan termasuk dirinya sendiri,” ujar Shahnizam.

Pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti ziarah dan sumbangan kepada penduduk kampung, klinik solat, motivasi pelajar, pertandingan azan, membaca puisi dan juga nasyid. Juga diadakan pertandingan sukaneka, bolasepak, bola jaring, tiup belon, boling kelapa, mencari gula-gula dalam tepung dan rebut kerusi.

Pelbagai aktiviti kebudayaan juga turut dipersembahkan di Malam Kesenian Kebudayaan di Dewan Kampung Usaha Jaya Bukit Garam yang bertemakan Kebudayaan Pemangkin Masyarakat Harmoni. Antara acara yang dipersembahkan adalah bacaan Al-Quran, persembahan seni silat, kulintangan (gamelan), persembahan kumpulan nasyid Syababul Qowi, sajak, teater dan tarian kebudayaan orang sungai yang dipersembahkan oleh kumpulan Sri Milian.

“Agama Islam adalah bersifat membimbing manusia ke arah kebaikan dan juga kejayaan. Islam bukanlah agama yang menyusahkan atau membawa manusia kepada permusuhan,” kata Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi selaku Naib Yang Dipertua Perkim selepas menyempurnakan perasmian penutup pada akhir program lima hari empat malam itu .

Tegasnya, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberi kepercayaan dan mandat kepada Perkim dalam usaha-usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan untuk membantu golongan Islam dan menyediakan kemudahan infrastruktur bagi kemajuan masyarakat Islam.

Beliau menyeru kepada masyarakat kampung agar menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam supaya masyarakat yang lain melihat keindahan Islam sebagai agama contoh, dihormati, dicintai dan menjadi tunggak perpaduan ummah.

Turut memeriahkan majlis ini ialah Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Anggota Majlis Tertinggi Umno Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Ketua Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar UKM, Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad, Ketua Pemuda Umno Kinabatangan, Mat Min Hin, Naib Ketua Bahagian Umno Kinabatangan, Azman Mastor, Ketua Kampung Usaha Jaya Bukit Garam, Piko Tiam dan beberapa orang kenamaan lain.

Bung Mokhtar dalam ucapannya menjelaskan bahawa program operasi seperti ini perlu diperbanyakkan kerana dengan pelbagai aktiviti seperti ini supaya dapat merapatkan lagi ikatan ukhwah antara mahasiswa bersama masyarakat kampung yang berbilang kebudayaan, kaum, bahasa, bangsa dan keturunan.

Jelasnya lagi aktiviti seperti motivasi pelajar, aktiviti surau, modal insan dan pendidikan ini memberi manfaat dan pendedahan kepada mereka untuk masa depan dan halatuju belia muslim di masa akan datang kerana ilmu ini adalah teras penting dan menjadi kompolsori pada masa kini.

“Hanya dengan pendidikan dan pelajaran Orang Sungai akan bertambah maju serta mampu menguruskan hidup mereka dengan sempurna di masa akan datang, tambah Bong Mokhtar yang juga telah menyumbangkan RM 5000 untuk program ini.

Dengan kerjasama berbagai pihak usaha dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Sungai semakin menunjukkan kesan yang positif dari masa ke semasa khusus dalam aspek membudayakan cara hidup Islam di kalangan mereka.

 

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/h3.JPG

Ramah mesra di antara pelajar Kelab Perkim UKM bersama keluarga angkat mereka dengan aktiviti sukaneka.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/h5.JPG

Kulintangan ataupun gamelan yang telah dimainkan oleh kumpulan Bisai sekeluarga yang terdiri daripada Sjn. Mjr. (B) Mohd Jukin Mata dan Sarmiah Hj. Mislong.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/h6.JPG

Tarian saputangan dan tarian menokos, tarian kebudayaan orang sungai yang dipersembahkan oleh kumpulan Sri Milian.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/h7.JPGPersembahan Nasyid Syababul Qowi yang menjadi tarikan di Malam Kesenian Kebudayaan.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/h8.JPG

Ucapan Aluan dari Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Anggota Majlis Tertinggi Umno Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/h13.JPG

Ketua Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar UKM, Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Bung Mokhtar Radin (kiri).

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/h15.JPG

Ariffin Suhaimi, Bung Mokhtar Radin bersama Ahli Kelab PERKIM UKM dan keluarga angkat merakamkan kenangan manis sewaktu bergambar beramai-ramai.


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.