18 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama Kelab PERKIM Universiti UniKL AKTIVITI / PROGRAM

AKTIVITI / PROGRAM

KELAB PERKIM UNIKL BERI KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT KUARTERS MBPJ

Oleh : Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dan Kelab Perkim Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan aktiviti bercorak kebajikan sosial di Surau Al-Islah, Kuarters Inai Merah, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada 11 April lalu.

Program yang dinamakan Program Khidmat Masyarakat dan imarah surau / masjid ini telah berjalan lancar dan menepati hasrat utamanya iaitu merapatkan hubungan silaturrahim dan juga menyemai cara hidup Islam yang sebenar di kalangan masyarakat penduduk berkenaan.

Jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Perkim Bahagian Negeri Selangor dan Perkim Cawangan Petaling Jaya dan juga daripada Jawatankuasa Penduduk Kuarters Inai Merah, MBPJ sendiri, banyak pengisian menarik telah berjaya diadakan sepanjang program itu.

Menurut Penyelaras Program yang juga Pegawai Dakwah dan Kebajikan Hal-Ehwal Sosial Perkim Kebangsaan, Ustaz Hj. Amran Abdullah, aktiviti kemasyarakatan merupakan salah satu cara untuk kita menerapkan serta membentuk sahsiah serta nilai-nilai murni pelajar agar ianya dapat seimbangkan antara kecemerlangan akademik dan kemantapan rohani bagi mewujudkan generasi berketerampilan dalan pelbagai aspek disamping mengeratkan lagi ikatan ukhwah antara pelajar dan penduduk Kuarters Inai Merah.

Program yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep keluarga angkat yang diadakan. Seramai 108 mahasiswa Kelab Perkim UNIKL telah diterima sebagai anak angkat kepada penduduk kuarters Inai Merah . Mereka telah diberi peranan untuk mewujud dan menjalinkan hubungan serta kemesraan dengan keluarga angkat untuk jangka masa panjang.

"Selain bantuan daripada aspek pembelajaran kepada adik-adik angkat, mereka juga diminta mempraktikkan sifat kecaknaan (prihatin) kepada keluarga angkat mereka dalam semua segi termasuk kebersihan, kesihatan dan keagamaan," ujar Amran.

Malah tambah beliau, kejayaan mewujudkan keluarga angkat ini amat bermakna bagi semua pihak yang terlibat, kerana inilah kali pertama penduduk tersebut bersedia menerima anak angkat dan mengalu-alukan kehadiran mahasiswa dari Kelab Perkim UniKL.

Program ini melatih mahasiswa mengendalikan program kemasyarakatan yang berlandaskan syariat Islam dan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang konsep kerjasama atau kerja dalam satu kumpulan.

Mahasiswa dan penduduk kuarters diberi penerangan dan praktikal berkenaan sembelihan dalam aktiviti penyembelihan ayam cara yang sah dan halal untuk di makan yang disampaikan oleh Ustaz Shahrul Nizam.

Sebanyak 70 ekor ayam telah disembelih mengikut syariat Islam di mana ke semua mahasiswa dan penduduk bersama-sama mengambil bahagian untuk menyembelih dengan mengikut arah kiblat, membaca Bismillah dan memotong dengan memutuskan urat halkum dan urat merih dengan pisau yang tajam agar binatang tersebut tidak terseksa.

Selepas aktiviti sembelihan, mereka bersama-sama bergotong-royong memasak, membersihkan kawasan surau dan kuarters, menanam pokok di sekitar surau dan kuarters serta menambah laluan pejalan kaki ke surau.

Pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti motivasi dan riadah kepada pelajar pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain daripada itu, latihan dalam kumpulan, mewarna, meniup belon sehingga pecah, membawa bola pingpong dalam sudu, mencari gula-gula dalam tepung dan music chair. Aktiviti keluarga pula adalah Busana Pahlawan.

Program itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Dakwah Perkim, Tuan Hj. Abdul Hanif Harun. Turut hadir ialah Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Tunku Noorhayati Tunku Abdul Rahman, Prof. Dr. Siti Normala Sheikh Obid; Penolong Setiausaha Agung Perkim Datuk Hj. Hasbullah L. Isa; Penasihat Kelab Perkim UniKL, Ustaz Norsazali Abdullah dan beberapa orang kenamaan lain.

Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Mini Forum Sempena Maulidur Rasul yang bertajuk Untukmu Rasulullah S.A.W. yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Anuar Hamzah Tohar dari Majlis Agama Islam Selangor dan ahli panelnya pula Ustaz Sobri Abdul Rani dari Perunding Fokus Budi dan Ustaz Ghazali Omar selaku guru Sekolah Agama.

 

 

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p21.JPG

Antara 300 orang yang terdiri dari masyarakat penduduk kuarters dan mahasiswa Kelab Perkim berhimpun mendengar sesi taklimat Program Khidmat Masyarakat.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p51.JPG

Mahasiswi Kelab PERKIM UniKL bersama ibu angkat mereka (kiri) semasa aktiviti penyerahan anak angkat.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p71.JPG

Penerangan dan praktikal penyembelihan ayam yang disampaikan oleh Ustaz Shahrul Nizam (bersongkok).

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p81.JPG

Praktikal sembelihan ayam yang dilakukan oleh mahasiswa Kelab Perkim UniKL sambil diperhatikan oleh penduduk setempat.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p101.JPG

Aktiviti gotong-royong menanam pokok di sekitar kawasan Surau Al-Islah.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p131.JPG

Kerjasama antara penduduk Kuarters MBPJ dan pelajar Kelab Perkim UniKL membuat dan menambah laluan pejalan kaki ke Surau Al-Islah.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p15.JPG

Tunku Noorhayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (tunduk) tidak melepaskan peluang untuk memasak menghidangkan juadah makan tengahari bersama pelajar Kelab Perkim UniKL.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p20.JPG

Aktiviti mewarna lukisan bagi kanak-kanak pra-sekolah.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p23.JPG

Aktiviti sukaneka meniup belon sampai pecah kepada peringkat sekolah rendah.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p27.JPG

Mini Forum Sempena Maulidur Rasul yang bertajuk Untukmu Rasulullah S.A.W, dari kiri Ustaz Sobri Abdul Rani, Ustaz Anuar Hamzah Tohar dan Ustaz Ghazali Omar yang berlangsung pada sebelah malam.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p29.JPG

Pengarah Dakwah Perkim, Tuan Hj. Abdul Hanif Harun (kiri) menyampaikan cenderahati kepada wakil Dato' Pengarah MBPJ.

 

 

 

 

_______________________________________________________________________________________________

 

KELAB PERKIM UniKL ZIARAH HUKM

Oleh : Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) bersama-sama Kelab Perkim Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menganjurkan program ziarah pesakit Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program itu mendapat kerjasama dari Jabatan Operasi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Dato’ Dr. Hjh. Noorimi Hj. Morad selaku Ketua Pegawai Eksekutif Operasi HUKM mengalu-alukan dan menyambut baik kedatangan Perkim untuk menziarah sambil memberi sumbangan kepada pesakit hospital.

Taklimat ringkas dan persembahan multimedia mengenai latarbelakang, sejarah, visi dan misi HUKM turut menjadi sajian kepada Perkim sebagai tetamu yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Hjh. Noorimi Hj. Morad bertempat di Dewan Sukmaria HUKM.

Penolong Setiausaha Agung Perkim, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa bersama-sama 20 orang antara kakitangan Perkim, sukarelawan Perkim, pelajar praktikal Perkim dan 70 pelajar Ahli Kelab Perkim UniKL menziarahi serta menyampaikan 200 hamper serta barang keperluan harian kepada pesakit di hospital tersebut sambil dipimpin oleh jururawat-jururawat yang bertugas ke wad rapi Neonatal, Neurosurgeri dan wad Perubatan.

Biarpun jumlah bantuan yang disampaikan tidak seberapa tetapi diharapkan ia membantu meringankan beban yang ditanggung.

Program ini merupakan satu kaedah merapatkan lagi ikatan ukhwah silaturrahim antara Perkim dan pesakit hospital tanpa mengira agama, bangsa dan adat di mana mereka ini memerlukan kasih belaian mesra dalam keadaan yang sebegitu.

Dalam masa yang sama, lawatan ziarah ini adalah sebagai menyahut seruan pihak kerajaan serta sokongan terhadap usaha dan tindakan yang diambil sebagai organisasi yang prihatin. Mesej keprihatinan ziarah yang mulia ini dapat membuka mata masyarakat betapa pentingnya amalan dan budaya menziarahi pesakit ini. Perasaan gembira, syukur dan terharu akan timbul apabila kita menjadi salah seorang pesakit yang diziarahi dan diberi sumbangan oleh pihak-pihak atau badan-badan tertentu.

Pesakit yang ditempatkan di hospital itu pula adalah pesakit biasa dan pesakit yang memerlukan tempoh rawatan berkala serta pesakit yang memerlukan rawatan susulan.

Antara pesakit ini ialah mereka yang mengalami gangguan saraf, kecederaan kepala disebabkan kemalangan, mendapat rawatan saraf susulan, melakukan pembedahan disebabkan ketumbuhan, keabnormalan semula jadi dan pembedahan plastik.

Turut hadir ialah Pengarah Program Ziarah Hospital, Suariza @ Hidayah Muhammad dan Pengarah Dakwah, Tuan Haji Abdul Hanif Harun.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%201.JPG

Hospital HUKM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%202.JPG

Taklimat dan penerangan oleh Dato' Dr. Hjh. Noorimi Hj. Morad selaku Ketua Pegawai Eksekutif Operasi HUKM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%203.JPG

Taklimat yang dihadiri oleh PERKIM dan 70 ahli Kelab PERKIM UniKL.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%204.JPG

Dato' Dr. Hjh. Noorimi Hj. Morad selaku Ketua Pegawai Eksekutif Operasi HUKM menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Dato' Hasbullah L. Isa, Penolong Setiausaha Agung PERKIM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%206.JPG

Taklimat dan doa sebelum menziarahi pesakit yang disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Nizam,(kiri) Pegawai Dakwah PERKIM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%207.JPG

Datuk Hj. Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung PERKIM menziarahi dan memberikan sumbangan kepada Lim Kiam Soon pesakit dari wad Neurosurgeri.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%208.JPG

Pengarah Dakwah PERKIM, Tuan Hj. Abdul Hanif Harun (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Hairul pesakit yang mengalami kecederaan di kepala di wad Neurosurgeri.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%209.JPG

Datuk Hj. Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung PERKIM menziarahi dan memberikan sumbangan kepada Guan Hock Lai pesakit yang mengalami kemalangan di wad Neurosurgeri.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%2010.JPG

Ahli Kelab PERKIM UniKL menziarahi dan memberikan sumbangan kepada pesakit kanak-kanak yang mengalami kecederaan di kepala.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%2011.JPG

Warga PERKIM, Kelab PERKIM UniKL bersama-sama kakitangan HUKM bergambar kenangan di wad Rapi Neonatal HUKM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%2012.JPG

Ahli Kelab PERKIM bersama kakitangan PERKIM bergambar kenangan di HUKM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PIC%2013.JPG

Ahli Kelab PERKIM bersama kakitangan PERKIM bergambar kenangan di HUKM.

 

 

 

_______________________________________________________________________________________________

 

 

PROGRAM MESRA BERSAMA ORANG ASLI DI KAMPUNG SUNGAI RUAL

Oleh : Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Seramai 40 orang pelajar ahli Kelab PERKIM Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mendapat pengalaman baru mengenai kehidupan masyarakat pedalaman ketika menyertai program Mesra Bersama Orang Asli di Kampung Sungai Rual dan Kampung Manok, Jeli, Kelantan baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu, biarpun singkat tetapi cukup bermakna bagi berkongsi kehidupan di kawasan pedalaman tersebut.

Ia dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kelab Perkim UniKL, Perkim Bahagian Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK). 

Melalui program itu, mereka dapat melihat dari dekat kehidupan masyarakat perkampungan orang asli serta menyelami sendiri kegiatan penduduk kampung terbabit dan ke semua penduduk kampung itu telah memeluk Islam sekitar awal 90an. 

Aktiviti utama masyarakat kampung itu adalah mencari akar-akar kayu di hutan, memburu binatang dan mengait kelapa sawit. Kesempatan ini membolehkan pelajar terbabit melihat sendiri hasil-hasil yang dibawa oleh mereka. 

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Asas Tani. Beliau sangat gembira perkampungan ini terpilih untuk menerapkan semula penduduk kampung dengan dakwah yang berkesan bersama pelajar-pelajar. 

Katanya lagi, pendekatan Kelab Perkim UniKL menziarah ke perkampungan Orang Asli merupakan agenda utama supaya keimanan dan keyakinan mereka terhadap Islam dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. 

Kesempatan itu juga membolehkan mereka memupuk persaudaraan dengan penduduk kampung terbabit selain beramah mesra dengan kanak-kanak dan warga tua melalui aktiviti yang dirancang. 

Di samping itu, bagi mengeratkan lagi kemesraan pelajar, kakitangan Perkim dengan orang asli, mereka mengadakan kunjungan ziarah ke seluruh perkampungan masyarakat asli Sungai Rual dan Manok dengan bertanyakan khabar dan memberi sumbangan hamper berbentuk makanan asasi yang turut disampaikan oleh Datuk Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim. 

Selain itu, aktiviti mencari gula-gula dalam tepung, bowling kelapa dan meniup belon sehingga pecah antara sukaneka untuk kanak-kanak. Bagi para lelaki pula disediakan sukaneka berbentuk sumpit dan perlawanan sepak takraw. Tidak ketinggalan kaum ibu, iaitu acara pertandingan tudung tercantik.

Aktiviti gotong-royong bersama penduduk orang asli membersihkan kawasan dan rumah menjadi aktiviti yang paling murni. Aktiviti ini dimuatkan lagi dengan pameran Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan. 

Penat mencurah bakti dan menimba pengalaman waktu siang, malamnya pula mereka didedahkan dengan Malam Kebudayaan yang melibatkan kumpulan nasyid orang asli dari Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) dan kumpulan nasyid Dainuri dari Kelab Perkim UniKL. Mereka masing-masing mempersembahkan 4 buah lagu dakwah kepada masyarakat kampung. 

Pengarah program, Suariza@Hidayah Muhammad berkata pihaknya berpuas hati dengan penganjuran program terbabit kerana mendapat kerjasama semua pihak terutama sokongan daripada penduduk kampung. 

Kini masyarakat orang asli sudah jauh berbeza. Mungkin juga tidak terlepas dalam usaha pembangunan negara samada dari segi perkembangan infrastruktur dan pendidikan." "Malah usaha dakwah secara berterusan dan pemantauan yang teratur dari penggerak Jakim, sedikit sebanyak membawa perubahan pemikiran dan hala tuju masyarakat Islam orang asli. 

"Tanpa komitmen penduduk di kampung terbabit, program ini tidak dapat berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya.

Bagi Tok Batin Kampung Sungai Rual, Langsat bin Belimbing, kehadiran pelajar terbabit ke kawasannya sangat menggembirakan pihaknya kerana dapat berkenal-kenalan dan berkongsi kisah kehidupan. 

"Pengalaman ini amat manis dan berharap program seperti ini diadakan lagi pada masa hadapan," katanya. 

DSC02566.jpg picture by perkimkebangsaan

Musatapa (tengah) sedang melayani kanak-kanak kampung sambil diperhatikan oleh Hasbullah (kanan).

 

 DSC02515.jpg picture by perkimkebangsaan

 Di antara masyarakat kampung orang asli Sungai Rual yang hadir pada hari perasmian.


 

DSC02630.jpg picture by perkimkebangsaan

 (Kanan) Datuk Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM menziarahi dan menyampaikan sumbangan hamper berbentuk makanan asasi kepada Tok Gemok (kiri) dan penduduk kampung Sungai Rual dan Manok.

 

 

 
DSC02838.jpg picture by perkimkebangsaan
Mencari gula-gula dalam tepung antara aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak kampung.
 
 
DSC02812.jpg picture by perkimkebangsaanSumpit antara aktiviti sukaneka bagi golongan lelaki dewasa yang mendapat perhatian umum kerana ianya salah satu budaya masyarakat di sini.

DSC02914.jpg picture by perkimkebangsaan
Kumpulan Nasyid Orang Asli dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) menyampaikan empat buah lagu nasyid kepada penduduk kampung. 
 
 
 
 
 
DSC02925.jpg picture by perkimkebangsaan
 
Ahli Kelab Perkim UniKL  mengendalikan sesi motivasi dan belajar bersama kanak-kanak di kampung ini. 
 
 
DSC03026.jpg picture by perkimkebangsaan

Bergambar kenangan : Kakitangan Perkim, Ahli Kelab Perkim UniKL bergambar kenang-kenangan bersama sebilangan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Rual.

 

DSC02724.jpg picture by perkimkebangsaan

Mahasiswa menyampaikan hamper berbentuk makanan kepada penduduk kampung.

 

 

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.