24 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama Kelab PERKIM Universiti MAMPU

Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM Universiti

 Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM Universiti (MAMPU)

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/LOGO%20MAMPU%202013.jpg

 MAJLIS PERMUAFAKATAN KELAB PERKIM UNIVERSITI


Pengenalan

- Belia PERKIM adalah gabungan ahli-ahli PERKIM yang berada di IPT, sama ada gabungan itu melalui Kelab PERKIM yang telah ditubuhkan, atau sebagai individu yang menjadi ahli PERKIM

- Status Kelab PERKIM di IPT adalah sebagai persatuan pelajar yang tertakluk kepada Akta Tatatertib Pelajar IPT berkenaan.

- Status Kelab PERKIM di IPT adalah sebagai persatuan pelajar yAhli-ahli PERKIM di IPT yang tidak menubuhkan Kelab PERKIM perlu berfungsi sebagai satu persatuan pelajar di bawah Akta Tatatertib Pelajar IPT berkenaan.  Bagi tujuan identiti persatuan ini boleh diberi nama “Muslim Students Outreach”.

 

Struktur Gabungan

- Gabungan ahli-ahli PERKIM antara IPT adalah dalam bentuk hubungan yang longgar bagi tujuan kerjasama bagi mencapai objektif gabungan.

- Hubungan dengan PERKIM adalah melalui wakil gabungan yang dipilih atau dilantik oleh ahli.

- Gabungan ini tidak mempunyai status rasmi.

 

Obejktif

- Objektif Belia PERKIM adalah pegangan setiap individu dalam gabungan ini.

- Objektif Belia PERKIM ialah untuk memupuk keharmonian kaum yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia, supaya terkikis segala salah faham dan salah sangka bagi perpaduan bangsa Malaysia

- Melakukan kerja-kerja kebajikan yang memartabatkan akhlak dan kerohanian sebagai unsur penting dalam keharmonian kaum.

 

Perlaksanaan Aktiviti

- Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan oleh ahli gabungan mestilah menepati objektif Belia PERKIM

- Setiap aktiviti adalah tertakluk di bawah peraturan Akta Tatatertib Pelajar IPT di bawah kuasa Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT.

- Sekretariat Kelab PERKIM Universiti di ibu pejabat PERKIM Kebangsaan adalah di bawah pengendalian Ustazah Suariza@Hidayah Muhammad ( Ketua Unit Kebajikan & Hal Ehwal Sosial)

 

Kriteria Penganjuran Aktiviti (A)

- Keharmonian hubungan antara pelajar dari berbilang kaum di IPT melalui pelbagai aktiviti yang dirancang bagi mencapai objektif, seperti aktiviti kebudayaan, perkemahan, ziarah keluarga pelajar dalam kemalangan, study group antara pelajar berbilang kaum, lawatan sambil belajar dan lain-lain program dalam bentuk integrasi sosial.

Kriteria Penganjuran Aktiviti (B)

- Lawatan atau aktiviti kerohanian di penjara, pusat pemulihan akhlak, pusat serenti, hospital dan lain-lain yang diadakan dalam bentuk integrasi sosial antara kaum.  Penghuni dalam pusat-pusat ini adalah antara sasaran yang agak mudah bagi memupuk kesedaran konsep perpaduan kaum.

 Kriteria Penganjuran Aktiviti (C)

- Menglibatkan diri sebagai sukarela dalam program-program integrasi sosial dengan masyarakat Orang Asli atau perkampungan masyarakat Cina dan perkampungan masyarakat India.

- Dalam program Orang Asli pelajar adalah paling sesuai untuk tujuan risikan dan pengumpulan maklumat dan program-program peringkat perintis integrasi sosial, serta menghubungkan belia kejiranan antara kampung orang Melayu dengan kampung Orang Asli.

 

AKTIVITI / PROGRAM MAJLIS PERMUAFAKATAN KELAB PERKIM UNIVERSITI 


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.