09 February 2010
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    
Forum
Email :
Katalaluan :
Tidak berdaftar? Daftar sekarang!
Lupa katalaluan?

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama Kelab PERKIM Universiti UKM

Kelab PERKIM UKM

KELAB PERKIM UKM DAKWAH ORANG SUNGAI, SANDAKAN, SABAH

 

Oleh: Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

Panduan iman, amal dan ilmu merupakan faktor-faktor penting bagi melahirkan generasi pendakwah muslim unggul. Lebih-lebih lagi sebagai pendakwah merupakan suara atau jurubicara kepada masyarakat. Elemen-elemen inilah yang membentuk rohani muslim yang mantap. Ini membolehkan mereka menongkah arus dunia muslim yang cukup mencabar pada abad ini dan seterusnya menjadi pewaris yang berintelek dan berakhlak.

Menyedari hakikat inilah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bersama Kelab Perkim UKM telah mengadakan aktiviti bercorak khidmat masyarakat dan kebajikan sosial di Kampung Usaha Jaya Bukit Garam, Kota Kinabatangan, Sandakan, Sabah bermula 14 hingga 19 Mei 2009 lalu.

Program yang dinamakan Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) dengan temanya iaitu “Membangun Masyarakat Dinamis dan Berakhlak Mulia” ini telah berjalan lancar dan menepati hasrat utamanya iaitu merapatkan hubungan dan juga menyemai cara hidup Islam yang sebenar di kalangan masyarakat suku kaum Sungai di kampung berkenaan.

Jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Ketua Kampung Usaha Jaya Bukit Garam dan juga daripada JKKK sendiri, banyak pengisian menarik telah berjaya diadakan sepanjang program itu.

Perlembagaan Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) telah menetapkan bahawa bangsa Sungai adalah istilah generik dan label etnik menyeluruh yang merangkumi dialek dan suku kaum, jelas Aliasa Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Ketua Kampung Usaha Jaya Bukit Garam.

“Terdapat 30 suku-suku kaum bangsa Sungai yang terdapat di kampung ini, antaranya adalah adalah Idahan, Milian, Liwago, Begahak, Bengkoka, Bulud Upi, Dewara, Dumpas, Inokang, Kalabuan, Kuamut, Lingkabau, Makiang, Mangkaak, Minokok, Paitan, Pingas, Puawang, Rumanau, Segilitan, Sinobu, Sinorope, Subpan, Sugud, Sukang, Suyat, Tambangan, Tengara, Tinagas dan Tindakon,” kata Aliasa.

Jelasnya lagi, kampung ini telah beberapa kali meraih penganugerahan kampung terbaik dan mendapat pengiktirafan sebagai Gerakan Daya Wawasan dari aspek kejayaan dalam bidang pertanian, perladangan, ekonomi, muafakat dan kebersihan.

Menurut Penyelaras Program yang juga Yang Dipertua Kelab Perkim UKM, Mohd. Shahnizam Azmi, aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep keluarga angkat yang diadakan walaupun penduduk kampung di sini menganut berbilang agama dan budaya.

"Pelajar-pelajar Kelab Perkim UKM telah diterima sebagai anak angkat kepada penduduk kampung dan mereka telah dibahagikan 8 blok di mana setiap blok mempunyai 10 buah rumah. Mereka telah diberi ruang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping dapat bertukar pandangan dan ilmu pengetahuan serta motivasi bersama keluarga angkat mereka,” ujar Shahnizam.

“Tujuan operasi ini adalah untuk memupuk kreativiti dan kebijaksanaan berkomunikasi dalam menyeru kepada kebaikan serta daya juang yang tinggi dalam menghadapi arus cabaran realiti kehidupan. Pelajar juga telah merungkaikan kejumudan yang membelenggu pemikiran masyarakat Islam, memecahkan taqlid serta dapat menyelamatkan pemikiran umat Islam dari menumpukan hanya sebahagian urusan agama ini sehingga mengabaikan sebahagian yang lain dan kesyumulan Islam itu sendiri,” ujar Shahnizam lagi.

“Malah tambah beliau, program operasi pada kali ini juga turut diadakan forum perdana yang bertajuk “Perpaduan Manjana Masyarakat Rababani” yang dihadiri oleh 400 penduduk kampung dengan barisan panelnya Ustaz Safril Hj. Makmur (Pengerusi Imam Kinabatangan), Ustaz Fadhlon Abdul Rahim (Jabatan Dakwah UKM) dan termasuk dirinya sendiri,” ujar Shahnizam.

Pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti ziarah dan sumbangan kepada penduduk kampung, klinik solat, motivasi pelajar, pertandingan azan, membaca puisi dan juga nasyid. Juga diadakan pertandingan sukaneka, bolasepak, bola jaring, tiup belon, boling kelapa, mencari gula-gula dalam tepung dan rebut kerusi.

Pelbagai aktiviti kebudayaan juga turut dipersembahkan di Malam Kesenian Kebudayaan di Dewan Kampung Usaha Jaya Bukit Garam yang bertemakan Kebudayaan Pemangkin Masyarakat Harmoni. Antara acara yang dipersembahkan adalah bacaan Al-Quran, persembahan seni silat, kulintangan (gamelan), persembahan kumpulan nasyid Syababul Qowi, sajak, teater dan tarian kebudayaan orang sungai yang dipersembahkan oleh kumpulan Sri Milian.

“Agama Islam adalah bersifat membimbing manusia ke arah kebaikan dan juga kejayaan. Islam bukanlah agama yang menyusahkan atau membawa manusia kepada permusuhan,” kata Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi selaku Naib Yang Dipertua Perkim selepas menyempurnakan perasmian penutup pada akhir program lima hari empat malam itu .

Tegasnya, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberi kepercayaan dan mandat kepada Perkim dalam usaha-usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan untuk membantu golongan Islam dan menyediakan kemudahan infrastruktur bagi kemajuan masyarakat Islam.

Beliau menyeru kepada masyarakat kampung agar menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam supaya masyarakat yang lain melihat keindahan Islam sebagai agama contoh, dihormati, dicintai dan menjadi tunggak perpaduan ummah.

Turut memeriahkan majlis ini ialah Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Anggota Majlis Tertinggi Umno Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Ketua Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar UKM, Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad, Ketua Pemuda Umno Kinabatangan, Mat Min Hin, Naib Ketua Bahagian Umno Kinabatangan, Azman Mastor, Ketua Kampung Usaha Jaya Bukit Garam, Piko Tiam dan beberapa orang kenamaan lain.

Bung Mokhtar dalam ucapannya menjelaskan bahawa program operasi seperti ini perlu diperbanyakkan kerana dengan pelbagai aktiviti seperti ini supaya dapat merapatkan lagi ikatan ukhwah antara mahasiswa bersama masyarakat kampung yang berbilang kebudayaan, kaum, bahasa, bangsa dan keturunan.

Jelasnya lagi aktiviti seperti motivasi pelajar, aktiviti surau, modal insan dan pendidikan ini memberi manfaat dan pendedahan kepada mereka untuk masa depan dan halatuju belia muslim di masa akan datang kerana ilmu ini adalah teras penting dan menjadi kompolsori pada masa kini.

“Hanya dengan pendidikan dan pelajaran Orang Sungai akan bertambah maju serta mampu menguruskan hidup mereka dengan sempurna di masa akan datang, tambah Bong Mokhtar yang juga telah menyumbangkan RM 5000 untuk program ini.

Dengan kerjasama berbagai pihak usaha dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Sungai semakin menunjukkan kesan yang positif dari masa ke semasa khusus dalam aspek membudayakan cara hidup Islam di kalangan mereka.

 

 

http://www.perkim.net.my/media/content/original/h3.JPG

Ramah mesra di antara pelajar Kelab Perkim UKM bersama keluarga angkat mereka dengan aktiviti sukaneka.

 

http://www.perkim.net.my/media/content/original/h5.JPG

Kulintangan ataupun gamelan yang telah dimainkan oleh kumpulan Bisai sekeluarga yang terdiri daripada Sjn. Mjr. (B) Mohd Jukin Mata dan Sarmiah Hj. Mislong.

 

http://www.perkim.net.my/media/content/original/h6.JPG

Tarian saputangan dan tarian menokos, tarian kebudayaan orang sungai yang dipersembahkan oleh kumpulan Sri Milian.

 

http://www.perkim.net.my/media/content/original/h7.JPGPersembahan Nasyid Syababul Qowi yang menjadi tarikan di Malam Kesenian Kebudayaan.

 

http://www.perkim.net.my/media/content/original/h8.JPG

Ucapan Aluan dari Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Anggota Majlis Tertinggi Umno Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

 

http://www.perkim.net.my/media/content/original/h13.JPG

Ketua Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar UKM, Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Bung Mokhtar Radin (kiri).

 

http://www.perkim.net.my/media/content/original/h15.JPG

Ariffin Suhaimi, Bung Mokhtar Radin bersama Ahli Kelab PERKIM UKM dan keluarga angkat merakamkan kenangan manis sewaktu bergambar beramai-ramai.

 


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2010 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.