25 May 2013
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama Wanita PERKIM

Wanita PERKIM

http://www.perkim.net.my/media/content/original/wanita%20perkim.jpg

 

 Pada tahun 1974, Y.A.Bhg. Datuk Amar Puan Sri Dr.Hajjah Laila Taib sebagai ahli seumur hidup PERKIM telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan bahagian wanita atas nasihat Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memandangkan betapa ramai wanita dikalangan saudara baru menganut agama Islam. Pada tahun 1980 setelah Wanita PERKIM ditubuhkan dengan rasminya di bawah seliaan Y.A.Bhg. Datuk Amar Puan Sri Dr.Hajjah Laila Taib berbagai aktiviti telah dijalankan menjadikan Wanita PERKIM begitu sinonim dengan Kebajikan dan Agama Islam di seluruh Asia Tenggara dan Timur Tengah. Atas daya usaha beliau, kini Wanita PERKIM mempunyai sebanyak 10 bahagian dan 53 cawangan dengan keahlian seramai 20,257 ahli. Dengan itu, Wanita PERKIM mempunyai peranan yang besar mencurahkan sepenuh tenaga bagi merealisasikan hasrat Kerajaan meningkatkan martabat wanita sebagai nadi pembangunan Malaysia menuju ke tahap kecemerlangan.

 

 

LAGU WANITA PERKIM           Muat turun Lagu Wanita PERKIM (mp3)

 

 

 

Lirik:

WANITA TUNGGAK KELUARGA
SERIKANDI BUNGA BANGSA
BERIMAN, TAQWA, SANTUN PEKERTI
WANITA MITHALI

WANITA PENGASUH SEJATI
IA SESERI PERTIWI
BERSEDIA MENABUR BAKTI SUCI
TAULADAN DIIKUTI

(Korus:)
CITA-CITA MULIA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
ISLAM, DAKWAH SEBARAN
SETULUS KEBAJIKAN

CITA-CITA MULIA
MENDIDIK BELAI MESRA
WANITA PERKIM HARAPAN
MEMBAWA KEMAJUAN

WANITA LAMBANG KEUNGGULAN
BERSIFAT KEMULIAAN
TIANG NEGARA PUJI SANJUNGAN
MENDORONG KEJAYAAN

TIANG NEGARA PUJI SANJUNGAN
PENYULUH KEJAYAAN

 

 


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2013 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.