20 June 2013
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama PERKIM Bahagian Perak

PERKIM Bahagian Negeri Perak

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/PERKIM.jpg

PERKIM BAHAGIAN NEGERI PERAK

CAWANGAN  ||  ORGANISASI  ||  AKTIVITI  ||  BERITA PERAK 

PERKIM BAHAGIAN NEGERI PERAK
No:53A, Wisma PERKIM
Lengkok Kledang Raya, Taman Kledang Jaya,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-5261720    Faks: 05-5287467 http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/wisma%20perkim%20perak.JPG 

LATARBELAKANG

PERKIM Bahagian Negeri Perak pula telah di tubuhkan secara rasminya pada 23hb Disember, 1972 bertempat di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pada ketika itu kebanyakan Ahli Jawatankuasanya adalah terdiri dari pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan juga guru-guru ugama tempatan.

Sejak awal PERKIM ditubuhkan, beberapa kegiatan telah di adakan antaranya ialah dengan mengadakan kelas bimbingan ugama untuk Saudara Baru di Masjid Negeri Perak di bawah kelolaan Allahyarham Dato` Haji Ahmad Damanhuri bin Abd.Wahab. Selain itu pihak PERKIM juga telah menempatkan dua orang pegawai di Pusat Pertolongan Batu Gajah, Perak sebagai tenaga bimbingan ugama dan kerohanian

Kegiatan ini di perkembangkan lagi dengan mengadakan kelas ugama di Kg.Koh, Sitiawan, di Greentown,Ipoh dan seterusnya mengadakan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) di Kg.Koh, Sitiawan

Oleh kerana ketika itu kegiatan PERKIM telah mendapat sambutan dari orang ramai dan penduduk tempatan, PERKIM Bahagian Negeri Perak telah menubuhkan cawangan nya yang pertama yang di panggil pada ketika itu " Ranting Batang Padang " pada 08hb Disember, 1973. Penubuhan seterusnya berkembang luas ke Daerah-Daerah lain yang meliputi Daerah Tapah pada April, 1977, Perak Tengah pada April, 1978, Sungai Siput pada Mei, 1978, Ipoh pada Oktober, 1978, Batu Gajah pada Disember, 1978. Seterusnya Kg Koh Sitiawan Mac 1983, Kuala Kangsar November 1983, Selama Ogos 1985, Lenggong pada April 1986, Slim River Oktober 1986, Teluk Intan Jun 1987, Tambun dan Batu Kurau pada Ogos 1998 dan Kg Kepayang pada Ogos 2004. Akhir sekali ialah PERKIM Cawangan Mukim Sg Raya pada tahun 2007. Manakala PERKIM Cawangan Tg Malim kini dalam proses kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia. PERKIM Bahagian negeri Perak kini akan menubuhkan lagi beberapa PERKIM Cawangan iaitu Kg Gajah, Tapah, Perak Tengah, Teluk Intan, Grik dan beberapa lagi.

Sejak penubuhan PERKIM, beberapa orang tokoh samaada politik, Pegawai Kerajaan mahupun Agama telah menerajui PERKIM Bahagian Negeri Perak. 

Pengerusi :

1. Allahyarham Dato` Murad bin Ahmad - Pengasas
2. YB Dato`Ahmad Hisham bin Mat Piah - Dis 1972 hingga Mei 1981
3. YB Dato` Haji Saidin bin Mat Piah - Mei 1981 hingga Sep 1989
4. Allahyarham Haji Abd.Aziz bin Ahmad - Sep 1989 hingga Jul 1977
5. Dato` Haji Mohd.Yusop bin Yahya - Jul 1997 hingga Apr 2007
6. Dato’ Dr Haji Abu Bakar bin Shaari - Mei 2007 hingga

Sejak ditubuhkan Pejabat PERKIM Bahagian Negeri Perak telah beroperasi dan berpindah ke beberapa tempat dan daerah saperti berikut :

1. Pejabat Hal Ehwal Ugama, Bangunan SUK ( lama ) , IPOH 1972 - 1980
2. Bangunan Seri Larut, TAIPING 1981 - 1986
3. Bangunan JKR, Jalan Simpang, TAIPING 1986 - 1987
4. Pejabat di Medan Gopeng 3 , IPOH 1988 - 1990
5. Kompleks Islam Darul Ridzuan, IPOH 1990 - 1996
6. Madrasah Sharifah Masjid Paloh, Jalan Datoh, IPOH 1996 - 2003
7. Wisma PERKIM, Taman Kledang Jaya, IPOH 2003 - 2007

Sejarah nama jawatan-jawatan Ahli Jawatankuasa PERKIM mulai tahun 1972 hingga 2009 adalah seperti di kepilkan diakhir muka surat ini:

Bagi mentadbir dan menguruskan perjalanan PERKIM ia diawasi oleh satu Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada setiap 2 tahun sekali. Berikut adalah senarai nama Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Perak bagi tahun 2007 hingga 2009 :

PENGERUSI TETAP                           -    Dato’ Haji Umar bin Haji Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP      -     Haji Mohd Ali bin Ibrahim

PENGERUSI PERKIM PERAK         -     Dato ’ Dr. Haji Abu Bakar bin Shaari

NAIB PENGERUSI 1                          -     AF Haji Ibrahim bin Mahmud

NAIB PENGERUSI 2                          -     Haji Abd Rashid bin Yang

SETIAUSAHA KEHORMAT                -     Dato ‘ Dr Haji Dzulkarnain bin Haji Abd Rahman

PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT     -      Haji Mohamad Shabari bin Haji Ghazali

BENDAHARI KEHORMAT                 -      Puan Laili Marthiah binti AH Shaari

AHLI JAWATANKUASA [ DIPILIH ]   -      Haji Sallehuddin bin Haji Abd Hamid

                                                               -      AF Ustaz Haji Roslin bin Om

                                                               -      Haji Zam bin Md Yaakub

                                                               -      Dato ‘ Dr Haji Dzulkarnain bin Haji Abd Rahman

                                                               -      Dr Haji Shamsuddin bin Long

                                                               -      Haji Hussin bin Dato’ Haji Hairi Osman

                                                               -      Haji Hashim bin Darus

                                                               -      Allahyarham Haji Mohd Nasir bin Baki

AHLI JAWATANKUASA [ DILANTIK ]   -     Datin Hajjah Che Su binti Yusuf @ Mat

                                                               -     Haji Noordin bin Ahmad

                                                               -     Haji Mohd Dzulkifli bin Haji Md Salleh

                                                               -     Haji Khalim bin Hashim

TOKOH AGAMA                                   -     Ustaz Haji Osman bin Bakar

                                                               -    AF Haji Sulaiman bin Haji Ismail

WAKIL WANITA                                   -     Hajjah Nen Abidah binti Abdullah

                                                              -     Hajjah Alauyah binti Abdullah

PEMERIKSA KIRA – KIRA                -     Haji Abdul Rahim bin Hakim 

                                                              -     Haji Ahmad Radzi bin Haji Ibrahim


Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2013 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.