09 September 2010
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Anda di sini : Laman Utama Kebajikan Perkampungan Orang Asli

Perkampungan Orang Asli

 PERKIM SUMBANG KEBAJIKAN ORANG ASLI KG. PISANG

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (An-Nisa’ Ayat 39).

Sejajar dengan elemen halatuju Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), iaitu menjalankan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam dengan cara positif serta berkesan, Perkim Kebangsaan telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sekali lagi telah telah mengadakan program bercorak kebajikan di Perkampungan Orang Asli Kampung Pisang, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan 22 Januari 2010 lalu.

Atas mesej dakwah Islamiah Perkim, beberapa kakitangan dan pegawai dari Perkim Kebangsaan mengharungi laluan tanah berbukit, kawasan hutan, anak sungai, ladang getah dan ladang kelapa sawit untuk tiba di perkampungan ini yang jaraknya 5 km dari perkampungan luar menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Program sumbangan dan pembinaan balai sewang baru telah berjalan lancar dan menepati sasarannya iaitu merapatkan silaturrahim dan juga menjadikan Islam satu cara hidup yang sebenar di kalangan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

Jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Perkim Bahagian Negeri Perak dan Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIP).

Menurut Hj. Abdul Hanif Harun selaku Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, beliau telah menepati janji Perkim apabila menunaikan hasrat penduduk kampung tersebut iaitu pembinaan balai sewang baru bagi menggantikan balai sewang yang lama sejak 17 tahun yang lalu.

Hanif menyeru masyarakat kampung agar menghayati ajaran Islam yang sebenarnya, bukanlah sekadar pada nama sahaja dan merancang agar program sumbangan seperti ini akan dijadikan program berkala pada masa akan datang.

Oleh itu, matlamat dan objektif untuk menyebarkan agama Islam kepada saudara-saudara muslim, serta mengukuhkan tunjang keimanan sesama Islam dapat direalisasikan. Kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini amat dihargai. Hasil daripada ini, sedarlah bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyebarkan dakwah.

Tegasnya, jalinan persaudaraan yang harmoni di antara agensi dan pihak-pihak tertentu bersama masyarakat orang asli sangat digalakkan kerana persaudaraan Islam seperti ini mempamerkan kehebatan Islam berbanding agama lain.

Perkim dan pihak kerajaan akan berusaha membantu masyarakat Orang Asli untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui menambahkan bilangan guru agama dan juga penambahbaikan kemudahan infrastruktur seperti rumah kediaman, surau, dewan, pusat aktiviti dan sebagainya.

Dengan kerjasama berbagai pihak usaha dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Asli semakin menunjukkan kesan yang baik dari masa ke semasa khusus dalam aspek melahirkan saudara muslim yang bertaqwa, berilmu serta beriman.

Sementara itu, Penghulu Kampung (Tok Batin) Kampung Pisang, Nasiri Ngah 42, bersyukur kerana bantuan dan kebajikan yang telah Perkim hulurkan bagi pembinaan balai sewang yang telah usang itu untuk masyarakat kampung.

Menurut Nasiri, sewang membawa erti cara perubatan yang dilakukan dengan tarian dan muziknya tersendiri pada masa-masa tertentu dibalai sewang.

“Balai yang 80 peratus siap ini dibina kira-kira 3 kaki tinggi dan tali rotan digunakan untuk mengikat tiap-tiap kayu ini kerana pembinaanya tidak menggunakan paku dan mampu menampung lebih kurang 100 orang serta lantai buluh akan memberikan kesan timbal balik, lembut dan beralun biarpun sewang dilakukan beramai-ramai.

Selain itu, sumbangan keperluan makanan asasi telah diagihkan dan diberikan kepada semua masyarakat kampung. Mereka menerima beras, minyak, susu, gula, biskut, sardin dan sebagainya yang telah disampaikan oleh Hj. Ibrahim Mahmud selaku Naib Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak.

Program tersebut diserikan lagi dengan penyerahan replika cek yang disampaikan oleh Pengarah Dakwah Perkim Hj. Abdul Hanif Harun kepada Penghulu Kampung Pisang, Nasiri Ngah sebanyak RM5000.

Turut hadir Penolong Pengarah Dakwah Jakim Hafiz Zudin, Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial, Suariza@Hidayah Muhammad dan Pegawai Dakwah dan Kebajikan, Hj. Amran Abdullah.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b36.JPGKampung Pisang, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/a32.JPG

Balai Sewang baru 80 peratus siap pembinaannya.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/d12.JPG

Wanita Orang Asli Kampung Pisang.

 

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/i8.JPG

Hj. Ibrahim Mahmud selaku Naib Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak (kanan) menyampaikan sumbangan hamper berbentuk makanan kepada Husin Long (kiri).

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/l6.JPG

Pengarah Dakwah, Hj. Abdul Hanif Harun (dua dari kanan) menyerahkan replika cek berjumlah RM 5000 kepada Tok Batin Kampung Pisang, Nasiri Ngah (berbaju ungu).

 

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/n11.JPG

Kepimpinan Perkim bersama-sama penduduk kampung bergambar kenang-kenangan selepas menerima cek dan sumbangan hamper.

 

LAGI GAMBAR DI >>> ORANG ASLI KG. PISANG

 

 

 

_______________________________________________________________________________________________

 

 

 

PERKIM SUMBANG KEBAJIKAN ORG. ASLI KG. PISANG

Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia dan binatang-binatang korban. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Maeda Ayat 96)

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Negeri Melaka anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan Islamic Relief telah mengadakan Program Korban Berkelompok di Kampung Orang Asli Bukit Sebang, Alor Gajah, Melaka pada 28 November 2009 baru-baru ini.

Program ini bertujuan untuk meraikan kesyukuran Tok Batin Ariffin Abd Hamid yang telah memeluk agama Islam bersama isteri, anak menantu dan anak saudara pada Ogos lalu manakala adik lelaki beliau telah memeluk agama Islam lebih awal kira-kira dua tahun yang lalu.

Ariffin melahirkan hasrat dan harapan agar seluruh penduduk kampung di bawah jagaannya akan memeluk agama Islam satu hari kelak.

Inilah yang dinamakan korban sebenar-benarnya yang telah dilakukan oleh Ariffin bersama kaum keluarganya setelah mendapat hidayah dari Allah dan melihat akan kebenaran Islam.

Program ini mendapat kerjasama dari pelbagai agensi antaranya adalah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

Setiap badan dan agensi yang terlibat telah menyumbangkan seekor lembu yang diagih-agihkan kepada saudara muslim orang asli beragama Islam seramai 80 orang, 20 orang saudara muslim terdiri dari pelbagai kaum dan 20 orang fakir miskin dari kawasan berhampiran masing-masing menerima 2 kilogram daging korban.

Datuk Hj Abdul Ghafaar Atan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Gadek dan Datuk Hj Abu bin Pit Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Melaka masing-masing menyampaikan sumbangan hamper kepada saudara muslim yang ditaja oleh Islamic Relief Malaysia.

Datuk Hj Ghaffar Atan dalam ucapannya meminta agar saudara muslim di kalangan orang asli dapat mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup dan mengamalkan amalan Islam dengan keseluruhannya.

" Tenaga pengajar dari Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) bersedia membantu untuk menjadi tenaga pengajar di sini," jelas Ghaffar.

"Rumah tok batin antara salah satu senarai yang terpilih bagi tahun 2010 untuk projek Japerun bagi meningkatkan taraf ekonomi dan juga taraf kehidupan kumpulan berpendapatan rendah," ujar Ghaffar.

"Kelengkapan surau seperti tikar, jam dan beberapa kelengkapan yang lain perlulah ditambah supaya jemaah yang hadir mendapat keselesaan semasa mengerjakan ibadah serta dapat mengimarahkan surau tersebut," kata Ghaffar.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak terlibat dalam menyumbangkan daging korban dan mengharapkan program seumpamanya ini akan berterusan setiap tahun secara bergilir-gilir di perkampungan orang asli dengan tujuan yang tersirat adalah untuk berdakwah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Melaka yang akan memberikan mesin memotong rumput untuk kerja-kerja gotong royong kawasan kampung tersebut.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan bersurai.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/116.jpg

Datuk Hj. Abdul Ghafar Atan ADUN Kawasan Gadek (dua dari kiri) menyampaikan agihan daging korban dan hamper barangan dapur kepada salah seorang ketua keluarga masyarakat orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/27.jpg

Masyarakat orang asli bergotong-royong melapah daging korban setelah selesai aktiviti sembelih untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/36.jpg

Datuk Hj. Abu Pit (berbaju biru tua) juga turut serta di dalam gotong-royong mepalah daging korban.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/46.jpg

Datuk Hj. Abu Pit selaku Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Melaka (kanan) menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penduduk kampung orang asli.

 

 

 

_______________________________________________________________________________________________

 

 

MAHASISWA KELAB PERKIM KUIS DEKATI ORANG ASLI

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali Imran, ayat 104)

Sejajar dengan elemen halatuju Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), iaitu menjalankan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam dengan cara positif serta berkesan, Kelab Perkim Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bersama Perkim Kebangsaan telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah mengadakan aktiviti bercorak kebajikan sosial di Perkampungan Orang Asli Kampung Pisang, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan bermula 6 hingga 8 November lalu.

Atas mesej dakwah Islamiah Perkim, seramai 40 orang pelajar Kelab Perkim Kuis bersama-sama mengharungi laluan tanah berbukit, kawasan hutan, anak sungai, ladang getah dan ladang kelapa sawit untuk tiba di Kampung Orang Asli Pisang ini yang jaraknya 5 km dari perkampungan luar.

Program kali kedua ini berikutan daripada respon positif yang diperoleh daripada penduduk kampung dan ahli Kelab Perkim Kuis yang mengikuti program ini pada sesi sebelumnya dan berdasarkan pemantauan yang dibuat pada lawatan yang lepas dan mendapati hampir keseluruhan masyarakat Islam di Kampung Orang Asli Pisang masih lagi kurang pendidikan dan pemahaman tentang agama Islam. Namun begitu, mereka sangat berminat dalam mempelajari dengan lebih mendalam tentang agama agung ini.

Menurut Suariza@Hidayah Muhammad selaku penyelaras program yang juga Ketua Unit Kebajikan dan Kemajuan Sosial berkata, aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep keluarga angkat yang diadakan dan ianya telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Hj. Abu Bakar Shaari selaku Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak yang berlangsung di Balai Sewang Kampung Pisang.

"Pelajar-pelajar Kelab Perkim Kuis telah diterima sebagai anak angkat kepada 50 buah keluarga. Mereka telah diberi peranan untuk mewujud dan menjalinkan hubungan serta mengerjakan ibadah bersama keluarga angkat,” ujar Suariza.

“Program yang bertemakan ‘Semarakkan Kasih Jalinkan Ukhwah’ ini melaksanakan dakwah melalui ekonomi dengan mengadakan bengkel keusahawanan latihan bagi menambah kemahiran kepada penduduk kampung,” jelas Suariza.

“Selain menjana semangat ukhwah Islamiah antara ahli Kelab Perkim Kuis dan komuniti orang Islam kampung, ia juga memberi pendedahan tentang kehidupan dan gaya hidup orang asli kepada ahli kelab agar dapat diambil pengajaran supaya lebih bersyukur dengan kemudahan yang dimiliki dan mengambil pengalaman hidup orang asli sebagai pedoman bagi menghadapi cabaran hidup di masa depan,” kata Suariza.

“Program ini juga telah berjalan lancar dan menepati sasarannya iaitu merapatkan silaturahim dan juga menjadikan Islam satu cara hidup yang sebenar di kalangan masyarakat orang asli di kampung berkenaan,” jelas Suariza.

Antara bengkel keusahawanan yang telah dijalankan adalah teknik panduan penanaman pisang dan sawit bagi kaum lelaki yang telah disampaikan oleh Khairel Anuar Sulaiman dan Ridhuan dari Jabatan Pertanian Malaysia Perak.

Mereka telah diajar cara-cara penanaman, pengawalan, penjagaan dan pendapatan hasil dari tanaman tersebut.

Mazlina Mustapa selaku guru dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) cawanganTambun telah mengetuai bengkel menjahit manik dan memasak kepada wanita kampung.

Mereka telah diajar teknik kesenian dan corak menjahit manik jenis bunga padi, mambang di awan dan puteri bidadari. Manakala masakan cucur udang, agar-agar dan roti arab bagi bengkel memasak.
Selain itu, sumbangan keperluan makanan asasi telah diagihkan dan diberikan kepada semua masyarakat Kampung Pisang, Kampung Kenang Lama dan Kampung Langkor. Mereka menerima beras, minyak, susu, gula, garam, ikan bilis, teh, sardin dan sebagainya yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Amran Abdullah selaku Pegawai Dakwah dan Kebajikan Perkim Kebangsaan bersama ahli kelab dan penggerak masyarakat Jakim.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Pisang, Nashiri Ngah 40, berkata, program keluarga angkat ini amat bermakna bagi semua pihak yang terlibat, kerana inilah kali kedua seramai 200 masyarakat kampung tersebut bersedia menerima anak angkat walaupun berlainan program. Selama ini mereka yang dari Temia ini bersifat rendah diri dan kurang mendekati masyarakat.

“Dengan adanya program muhibbah dan kerjasama yang positif dipamerkan oleh pelajar-pelajar tersebut, adik-adik angkat ini menanam hasrat ingin mencapai cita-citanya seperti mereka.” ujar Nashiri.

Pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti kuis fardhu ain, kuliah selepas solat, praktikal bersuci dan solat, pertandingan mewarna, tayangan multimedia bertajuk Saladin, karaoke nasyid , persembahan nasyid dan persembahan kebudayaan sewang dari penduduk kampung. Juga diadakan pertandingan sukaneka, bola sepak, sepak takraw, anyaman menggunakan straw, kupas epal, bawa bola menggunakan sudu dan gula-gula dalam tepung.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka yang disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agung Perkim Kebangsaan, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa.

Hasbullah menyeru masyarakat kampung agar menghayati ajaran Islam yang sebenarnya, bukanlah sekadar pada nama sahaja dan merancang agar program berkala seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Oleh itu, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini amat dihargai. Hasil daripada ini, sedarlah bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyebarkan dakwah.

Tegasnya, jalinan persaudaraan yang murni di antara pelajar, agensi kerajaan dan pihak-pihak tertentu bersama masyarakat orang asli sangat digalakkan kerana persaudaraan Islam seperti ini mempamerkan kehebatan Islam berbanding agama lain.

Perkim dan pihak kerajaan akan berusaha membantu masyarakat orang asli untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui menambahkan bilangan guru agama dan juga penambahbaikan kemudahan infrastruktur seperti rumah kediaman, bekalan elektrik, bekalan air, surau, dewan, pusat aktiviti dan sebagainya.

Dengan kerjasama berbagai pihak usaha dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Asli semakin menunjukkan kesan yang baik dari masa ke semasa khusus dalam aspek melahirkan saudara muslim yang bertaqwa, berilmu serta beriman.

Turut hadir ialah, Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun dan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Ustaz Hj. Hafizzudin Kadir.

Kelab Perkim Kuis menyampaikan motivasi kepada 120 pelajar Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah di Kampung Kenang Baru mengakhiri program tersebut.

 

 http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/a26.JPG

Perkampungan Orang Asli Kampung Pisang, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/d6.JPG

 Ahli Kelab Perkim Muslimah Kuis.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z%2022.JPG

Tok Batin, Nashiri Ngah (berbaju kuning) bersama keluarga dan anak angkatnya dari Kelab Perkim Kuis (kiri dan kanan).

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/i6.JPG

Salah seorang daripada Orang Asli Kampung Pisang menyampaikan topi kebudayaan Orang Asli kepada Pengarah Dakwah, Hj. Abdul Hanif Harun (tengah) sambil disaksikan oleh Datuk Dr. Hj. Abu Bakar Shaari selaku Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak.

 

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/t15.JPG

Muzlina Mustapa (bertudung merah) dari Kemas mengajar teknik jahitan manik kepada orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/p33.JPG

Pelajar Kelab Perkim Kuis memberi makanan kepada penduduk kampung.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/w2.JPG

Khirel Anuar Sulaiman (berbaju hijau) dari Jabatan Pertanian Malaysia menyampaikan taklimat dan panduan tanaman pisang kepada penduduk kampung dan pelajar.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/r2.JPG

Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z62.JPG

Ustaz Hj. Amran Abdullah menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk "Islam Milik Allah" kepada pelajar kelab Perkim dan penduduk kampung.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z%201.JPG

Pertandingan sukaneka bola sepak antara pelajar Kelab Perkim Kuis dan penduduk orang asli Kampung Pisang.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z%204.JPG

Sukaneka mencari gula-gula di dalam tepung untuk kanak-kanak penduduk kampung.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z%206.JPG

Tarian Kebudayaan Sewang yang dipersembahkan kepada tetamu dan penduduk kampung.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z%2011.JPG

Ustaz Hj Amran bersama Suariza menyampaikan sumbangan hamper makanan kepada penduduk kampung orang asli Langkor.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z%2013.JPG

Taklimat dan penerangan tanaman kelapa sawit yang disampaikan oleh Ridzuan (dua dari kanan) dari Jabatan Pertanian Malaysia

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z%2017.JPG

Datuk Hj. Hasbullah (kiri) selaku Penolong Setiausaha Agung menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z%2021.JPG

Ahli Kelab Perkim Kuis bersama tetamu kehormat dan penduduk kampung bergambar kenang-kenangan setelah selesai Majlis Perasmian Penutup.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/z%2027.JPG

Para pelajar Sekolah Rendah Agama Orang Asli Nurul Hidayah bersama fasilitator Kelab Perkim Kuis menyanyikan lagu "Teman Sejati" mengakhiri program tersebut.

 

LAGI GAMBAR DI ORG ASLI KAMPUNG PISANG

 

 

 

_______________________________________________________________________________________________

 

 

Siswa Kelab PERKIM UUM dekati Orang Asli

Sejajar dengan elemen halatuju Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), iaitu menjalankan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam dengan cara positif serta berkesan, Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Perkim Kebangsaan telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah mengadakan aktiviti bercorak kebajikan sosial di Perkampungan Orang Asli Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Bah 1&2, Lenggong, Perak Darul Ridzuan bermula 8 hingga 11 April lalu.

Atas mesej dakwah Islamiah Perkim, seramai 60 orang pelajar Kelab Perkim UUM bersama-sama mengharungi laluan tanah berbukit, kawasan hutan, anak sungai, ladang getah dan ladang kelapa sawit untuk tiba di perkampungan Air Bah ini yang jaraknya 4 km dari perkampungan luar.

Program yang dinamakan Sinar Gemilang Bersama Masyarakat Kampung Air Bah ini telah berjalan lancar dan menepati sasarannya iaitu merapatkan silaturrahim dan juga menjadikan Islam satu cara hidup yang sebenar di kalangan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

Jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Majlis Agama Islam Perak (MAIP), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Negeri Perak, Hal Ehwal Pelajar UUM dan Pusat Islam UUM.

Menurut Penyelaras Program yang juga Yang Dipertua Kelab Perkim UUM, Mohd. Hanif Abu Hasan, aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep keluarga angkat yang diadakan.


"Pelajar-pelajar Kelab Perkim UUM telah diterima sebagai anak angkat kepada 50 buah keluarga. Mereka telah diberi peranan untuk mewujud dan menjalinkan hubungan serta mengerjakan ibadah bersama keluarga angkat,” ujar Hanif

Katanya lagi, "selain bantuan daripada aspek pembelajaran kepada adik-adik angkat, mereka juga diminta mempraktikkan sifat keprihatianan kepada keluarga angkat mereka dalam semua segi termasuk kebersihan, kesihatan dan keagamaan."

Sementara itu, Penghulu Kampung (Tok Batin) Air Bah, Alias Semedang 63 berkata “program keluarga angkat ini amat bermakna bagi semua pihak yang terlibat, kerana inilah kali kedua seramai 300 masyarakat kampung Islam tersebut bersedia menerima anak angkat walaupun berlainan program. Selama ini mereka yang dari kaum Nanoh dan berbahasa Temia ini bersifat rendah diri dan tidak mahu mendekati masyarakat.

“Dengan adanya program muhibbah dan kerjasama yang positif dipamerkan oleh pelajar-pelajar tersebut, adik-adik angkat ini menanam hasrat ingin mencapai cita-citanya seperti mereka.” ujar Alias.

Selain itu, sumbangan keperluan makanan asasi telah diagihkan dan diberikan kepada semua masyarakat kampung. Mereka menerima beras, minyak, susu, gula, garam dan sebagainya yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Nik Mohd Nizam selaku Ketua Unit Penyelarasan Perpaduan Perkim Kebangsaan bersama-sama pelajar.

Pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti Majlis Jalinan Ukhwah, Halaqah Taharah iaitu praktikal bersuci dan solat, tayangan amal bertajuk Kebesaran Allah dan juga karaoke nasyid. Juga diadakan pertandingan sukaneka, bolasepak, menyumpit, menganyam ketupat dan boling kelapa.

Pihak Kementerian Kesihatan Lenggong pula mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma dan juga pameran kesihatan kepada penduduk kampung .

Program empat hari tiga malam itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Naib Yang Dipertua Perkim Kebangsaan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi. Turut hadir ialah, Naib Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak, Hj. Ibrahim Mahmud dan pegawainya Kapt. (B). Mohd. Ariff Mohd. Isa.

Ariffin menyeru masyarakat kampung agar menghayati ajaran Islam yang sebenarnya, bukanlah sekadar pada nama sahaja dan merancang agar program berkala seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Oleh itu, matlamat dan objektif untuk menyebarkan agama Islam kepada saudara-saudara muslim, serta mengukuhkan tunjang keimanan sesama Islam dapat direalisasikan. Kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini amat dihargai. Hasil daripada ini, sedarlah bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyebarkan dakwah.

Tegasnya, jalinan persaudaraan yang harmoni di antara pelajar, agensi dan pihak-pihak tertentu bersama masyarakat orang asli sangat digalakkan kerana persaudaraan Islam seperti ini mempamerkan kehebatan Islam berbanding agama lain.

Perkim dan pihak kerajaan akan berusaha membantu masyarakat Orang Asli untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui menambahkan bilangan guru agama dan juga penambahbaikan kemudahan infrastruktur seperti rumah kediaman, surau, dewan, pusat aktiviti dan sebagainya.

Dengan kerjasama berbagai pihak usaha dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Asli semakin menunjukkan kesan yang baik dari masa ke semasa khusus dalam aspek melahirkan saudara muslim yang bertaqwa, berilmu serta beriman.Sejajar dengan elemen halatuju Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), iaitu menjalankan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam dengan cara positif serta berkesan, Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Perkim Kebangsaan telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah mengadakan aktiviti bercorak kebajikan sosial di Perkampungan Orang Asli Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Bah 1&2, Lenggong, Perak Darul Ridzuan bermula 8 hingga 11 Mei lalu.

Atas mesej dakwah Islamiah Perkim, seramai 60 orang pelajar Kelab Perkim UUM bersama-sama mengharungi laluan tanah berbukit, kawasan hutan, anak sungai, ladang getah dan ladang kelapa sawit untuk tiba di perkampungan Air Bah ini yang jaraknya 4 km dari perkampungan luar.

Program yang dinamakan Sinar Gemilang Bersama Masyarakat Kampung Air Bah ini telah berjalan lancar dan menepati sasarannya iaitu merapatkan silaturrahim dan juga menjadikan Islam satu cara hidup yang sebenar di kalangan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

Jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Majlis Agama Islam Perak (MAIP), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Negeri Perak, Hal Ehwal Pelajar UUM dan Pusat Islam UUM.

Menurut Penyelaras Program yang juga Yang Dipertua Kelab Perkim UUM, Mohd. Hanif Abu Hasan, aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep keluarga angkat yang diadakan.


"Pelajar-pelajar Kelab Perkim UUM telah diterima sebagai anak angkat kepada 50 buah keluarga. Mereka telah diberi peranan untuk mewujud dan menjalinkan hubungan serta mengerjakan ibadah bersama keluarga angkat,” ujar Hanif

Katanya lagi, "selain bantuan daripada aspek pembelajaran kepada adik-adik angkat, mereka juga diminta mempraktikkan sifat keprihatianan kepada keluarga angkat mereka dalam semua segi termasuk kebersihan, kesihatan dan keagamaan."

Sementara itu, Penghulu Kampung (Tok Batin) Air Bah, Alias Semedang 63 berkata “program keluarga angkat ini amat bermakna bagi semua pihak yang terlibat, kerana inilah kali kedua seramai 300 masyarakat kampung Islam tersebut bersedia menerima anak angkat walaupun berlainan program. Selama ini mereka yang dari kaum Nanoh dan berbahasa Temia ini bersifat rendah diri dan tidak mahu mendekati masyarakat.

“Dengan adanya program muhibbah dan kerjasama yang positif dipamerkan oleh pelajar-pelajar tersebut, adik-adik angkat ini menanam hasrat ingin mencapai cita-citanya seperti mereka.” ujar Alias.

Selain itu, sumbangan keperluan makanan asasi telah diagihkan dan diberikan kepada semua masyarakat kampung. Mereka menerima beras, minyak, susu, gula, garam dan sebagainya yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Nik Mohd Nizam selaku Ketua Unit Penyelarasan Perpaduan Perkim Kebangsaan bersama-sama pelajar.

Pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti Majlis Jalinan Ukhwah, Halaqah Taharah iaitu praktikal bersuci dan solat, tayangan amal bertajuk Kebesaran Allah dan juga karaoke nasyid. Juga diadakan pertandingan sukaneka, bolasepak, menyumpit, menganyam ketupat dan boling kelapa.

Pihak Kementerian Kesihatan Lenggong pula mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma dan juga pameran kesihatan kepada penduduk kampung .

Program empat hari tiga malam itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Naib Yang Dipertua Perkim Kebangsaan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi. Turut hadir ialah, Naib Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak, Hj. Ibrahim Mahmud dan pegawainya Kapt. (B). Mohd. Ariff Mohd. Isa.

Ariffin menyeru masyarakat kampung agar menghayati ajaran Islam yang sebenarnya, bukanlah sekadar pada nama sahaja dan merancang agar program berkala seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Oleh itu, matlamat dan objektif untuk menyebarkan agama Islam kepada saudara-saudara muslim, serta mengukuhkan tunjang keimanan sesama Islam dapat direalisasikan. Kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini amat dihargai. Hasil daripada ini, sedarlah bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyebarkan dakwah.

Tegasnya, jalinan persaudaraan yang harmoni di antara pelajar, agensi dan pihak-pihak tertentu bersama masyarakat orang asli sangat digalakkan kerana persaudaraan Islam seperti ini mempamerkan kehebatan Islam berbanding agama lain.

Perkim dan pihak kerajaan akan berusaha membantu masyarakat Orang Asli untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui menambahkan bilangan guru agama dan juga penambahbaikan kemudahan infrastruktur seperti rumah kediaman, surau, dewan, pusat aktiviti dan sebagainya.

Dengan kerjasama berbagai pihak usaha dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Asli semakin menunjukkan kesan yang baik dari masa ke semasa khusus dalam aspek melahirkan saudara muslim yang bertaqwa, berilmu serta beriman.

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b11.JPG

Perkampungan Orang Asli Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Bah 1&2, Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b51.JPG

Agihan makanan kepada penduduk orang asli dan pelajar Kelab Perkim UUM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b101.JPG

Ketua Unit Penyelarasan Perpaduan Perkim Kebangsaan, Ustaz Nik Mohd Nizam (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada masyarakat kampung orang asli bersama pelajar Kelab Perkim UUM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b151.JPG

Shima (kanan) selaku Timbalan Setiausaha Kelab Perkim UUM menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada ibu angkat beliau.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b141.JPG

Jalinan silaturrahim di antara siswa kelab Perkim UUM bersama keluarga angkat mereka.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b161.JPG

Masyarakat orang asli bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Program Sinar Gemilang PERKIM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b17.JPG

Prof. Emeritus Ariffin Suhaimi selaku Naib Yang Dipertua Perkim menyampaikan ucapan aluan dan merasmikan Program Sinar Gemilang Perkim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b18.JPG

Mohd. Hanif Abu Hasan (kanan) selaku Penyelaras Program Kelab Perkim UUM menyampaikan cenderamata kepada Naib Yang Dipertua Perkim.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b19.JPG

Prof. Emeritus Dato' Dr. Ariffin Suhaimi dan pihak-pihak terlibat bergambar bersama-sama 60 orang ahli Kelab Perkim UUM.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/b20.JPG

Prof. Emeritus Dato' Dr. Ariffin Suhaimi dan sebilangan masyarakat kampung orang asli  bersama-sama merakamkan kenangan terindah di kampung Air Bah, Lenggong, Perak.

 

 

 

 ______________________________________________________________________________________________

JALINAN KASIH BERSAMA ORANG ASLI KAMPUNG RANTAU

PERKIM Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah berjaya melaksanakan program Jalinan Kasih IV di Kampung Rantau, Cameron Highlands. Kelab PERKIM telah mendapat kerjasama dan sumbangan daripada PERKIM Kebangsaan, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP), Students Activities Department (STAD) Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya, PERKIM Pahang, PERKIM Selangor, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Jabatan Agama Islam Cameron Highlands

 
Para peserta ke Kampung Rantau iaitu pada 5,6 dan 8 Mac baru-baru ini. Di antara objektif utama program ini dijalankan ialah, untuk memberi pendedahan yang mendalam tentang Islam kepada komiti orang Islam di Kampung Rantau, menjana semangat ukhwah antara ahli PERKIM, memberi pendedahan tentang gaya hidup orang asli kepada ahli PERKIM dan melakukan susulan lanjutan terhadap pemantauan kepada komiti orang Islam di Kampung Rantau.

Semua peserta Jalinan Kasih IV berkumpul di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PAUIAM) Petaling Jaya. Para peserta yang mengikuti program ini berjumlah 60 orang yang terdiri daripada PAUIAM Petaling Jaya, PAUIAM Nilai, UIA Gombak, UIA Kuantan dan PERKIM Kebangsaan. Sebelum bertolak, para peserta diberi penerangan tentang perlaksanaan program ini.

Para peserta bertolak dari PAUIAM PJ pada jam 1.30 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam untuk tiba di Ringlet. Setibanya di Ringlet, semua peserta berehat di surau sebelum meneruskan perjalanan ke Kg. Rantau esok paginya. Pada jam 8.00 pagi, kami bertolak ke Kampung Rantau dengan menaiki trak. Kedatangan kami disambut mesra oleh penduduk Kampung. Aktiviti kami yang pertama ialah gotong-royong membersihkan persekitaran rumah. Kami berpeluang untuk makan dan solat berjemaah bersama penduduk kampung.

Waktu petang diisi dengan pengagihan barang-barang makanan kepada para penduduk. Semua peserta mengambil peluang untuk mengenali dengan penduduk kampung dengan lebih dekat. Di sana, terdapat 7 buah rumah orang Islam dan 7 buah rumah bukan Islam. Pada waktu malam kelas IQRA’ telah diadakan. Kelas ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.

Selesai tazkirah dan sarapan pada pagi 8 Mac 2009, peserta menjalankan aktiviti kembara alam. Para peserta diiringi oleh anak-anak penduduk kampung untuk menikmati suasana air terjun di Kampung Rantau. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit memberikan kepuasan kepada para peserta setelah dapat mandi-manda di air terjun tersebut. Setelah pulang dari aktiviti kembara alam, kami mengadakan praktikal wuduk dan solat kepada penduduk. Penduduk kampung yang mengikuti praktikal ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk Islam malah mendapat sambutan daripada penduduk bukan Islam.

Pada jam 12 tengahari, peserta daripada UIA Gombak dan Kuantan terpaksa pulang ke kampus masing-masing. Pada sebelah petang, beberapa aktiviti telah diadakan. Selesai solat Asar, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti yang berlainan pada satu masa.

Antara aktivitinya ialah, slot kebersihan diri, fiqh wanita, kerja pemasangan paip dan lawatan ke rumah penduduk bukan Islam. Setelah makan malam dan solat maghrib, kami mengadakan tazkirah berkaitan Ketuhanan agar penduduk kampung yakin dan faham dengan lebih mendalam tentang Islam. Aktiviti dengan penduduk kampung berakhir dengan solat Isyak.

Hari Isnin di sana bagaikan satu rahmat bagi setiap peserta kerana kami dapat menyambut Maulidur Rasul bersama penduduk Kg. Rantau. Sambutan ini adalah program khas bagi Jalinan Kasih pada kali ini. Di awal pagi, satu tazkirah tentang Nabi Teragung telah disampaikan oleh Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong. Selepas itu peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan.

Terdapat kumpulan yang menyiapkan kain rentang untuk sesi perarakan, terdapat peserta yang melatih anak-anak penduduk kampung membuat persembahan untuk sambutan maulidur Rasul, dan sebahagian lagi menjemput penduduk kampung untuk bersama-sama kami meraikan Maulidur Rasul pada petangnnya Satu perarakan Maulidur Rasul telah dilaksanakan pada petang tersebut.

Aktiviti ini mendapat sambutan daripada penduduk Islam dan bukan Islam. Setelah selesai perarakan, penduduk kampung dikumpulkan di surau. Kami mengambil peluang ini untuk menerangkan dengan lebih mendalam tentang Rukun Islam dan Rukun Iman kepada penduduk. Acara mengacau bubur asyura dijadikan sebagai aktiviti tambahan. Sekali lagi, kami mengambil peluang untuk bermesra bersama penduduk kampung. Anak-anak penduduk sungguh ceria bermain bersama para peserta.

Banyak perkara tentang kehidupan penduduk yang dikongsikan bersama para peserta. Pada sebelah malam, satu ceramah yang bertajuk Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah yang telah disampaikan oleh ustaz yang telah ditugaskan di perkampungan orang asli. Aktiviti berakhir dengan persembahan ringkas daripada anak-anak orang kampung.

Pada hari terakhir program, ahli kelab bersama-sama masyarakat kampung orang asli menghias dan mencantikkan surau serta mengadakan gotong-royong di sekitar kampung. Selesai aktiviti tersebut, semua penduduk kampung dijamu dengan pelbagai makanan.

Sebelum pulang, para peserta mengagihkan sumbangan yang terakhir kepada penduduk kampung serta bergambar kenangan. Semua ahli Kelab PERKIM Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersalam-salaman dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung kerana silaturahim di antara mereka sangat baik sebelum keberangkatan pulang. Mereka dihantar oleh penduduk kampung dengan harapan agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga usaha kecil ini mampu mendekatkan diri peserta kepada kehidupan penduduk kampung orang asli dan ingin terus kekal pada jalan dakwah.


http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/11.JPG

Pegawai Dakwah PERKIM, Ustaz Sulaiman Ding (berbaju kuning) bersama pelajar kelab PERKIM dan orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/21.JPG

Aktiviti mesra dan suai kenal kanak-kanak orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/31.JPG

Aktiviti gotong royong Kelab PERKIM UIA mengecat dan mencantikkan kawasan sekolah.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/41.JPG

Masyarakat orang asli kampung Sungai Pergam bersama Ahli Kelab PERKIM

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/51.JPG

Ceramah "Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah"  yang disampaikan oleh ustaz dari kalangan orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/61.JPG

Penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka yang disampaikan oleh Ustazah Suariza selaku Pengarah Program (berbaju merah)

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/71.JPG

Aktiviti perdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran & Yasin oleh Muslimah

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/81.JPG

Bekerjasama dan bergotong-royong membersih serta memelihara kawasan kampung.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/91.JPG

Ahli Kelab PERKIM memberi sumbangan berbentuk makanan dan mengagihkan kepada penduduk orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/10.JPG

Masyarakat kampung bersama-sama membaca majalah Suara PERKIM

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/111.JPG

Muslimah Kelab PERKIM bergambar kenangan bersama-sama masyarakat orang asli Kampung Rantau

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/121.JPG

Muslimin Ahli Kelab PERKIM bergambar kenangan bersama-sama masyarakat orang asli Kampung Rantau.

 

 

 

 

______________________________________________________________________________________________

 PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG. SUNGAI PERGAM

Sejajar dengan pelaksanaan Bulan Dakwah di seluruh negara, PERKIM Bahagian Negeri Terengganu telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Negeri Terengganu dan Kelab PERKIM Universiti Darul Iman (UDM) mengadakan aktiviti bercorak kebajikan sosial di Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam, Hulu Jabur, Kemaman bermula 5 hingga 7 Mac 2009 lalu.

Program yang dinamakan Integrasi Sosial Bersama Masyarakat Kampung Sungai Pergam ini telah berjalan dengan lancar dan menepati hasrat utamanya iaitu merapatkan hubungan dan juga menyemai cara hidup Islam yang sebenar di kalangan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan. Dengan melibatkan jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Felcra, KEMAS, Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan juga dari JKKK Kampung Sungai Pergam sendiri, banyak pengisian menarik telah berjaya diadakan sepanjang program dijalankan.

Menurut Penyelaras Program yang juga Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Encik Mohd Subri Haji Jaafar, aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep keluarga angkat yang diadakan. ”Pelajar-pelajar Kelab PERKIM UDM telah diterima sebagai anak angkat kepada penduduk kampung. Mereka telah diberi peranan untuk mewujud dan menjalinkan hubungan serta kemesraan dengan keluarga angkat mereka untuk jangka masa panjang. Selain bantuan dari aspek pembelajaran kepada adik-adik angkat, mereka juga diminta mempraktikkan sifat kecaknaan (prihatin) kepada keluarga angkat mereka dalam semua aspek termasuk kebersihan, kesihatan dan keagamaan” ujar beliau.

Kejayaan mewujudkan keluarga angkat ini amat bermakna bagi semua pihak yang terlibat kerana inilah kali pertama masyarakat kampung tersebut bersedia menerima anak angkat. Selama ini mereka bersifat merendah diri dan tidak mahu menerima anak angkat.
 
Selain dari itu  program integrasi pada kali ini juga mencipta sejarah tersendiri bagi penduduk kampung kerana enam pasangan dari kalangan mereka telah berjaya diijabkabul dan disandingkan. Selepas upacara akad nikah, mereka telah diarak ke pentas utama untuk majlis keraian dan persandingan. Ternyata sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung amat menggalakkan dan mereka cukup tertarik dengan majlis yang diadakan.

Pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti Bengkel Bimbingan Busana Muslim, Pertandingan Penghayatan Islam merangkumi kuiz, pertandingan azan, membaca puisi dan juga karaoke nasyid. Juga diadakan pertandingan sukaneka, bolasepak dan juga tarik tali.

Pihak Pejabat Kesihatan pula mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma dan juga pameran kesihatan kepada penduduk kampung dan juga masyarakat kampung berjiran, manakala pihak KEMAS dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kemaman mengadakan Pertandingan Rumah Bersih.

Program tiga hari dua malam yang berakhir pada 7 Mac ini telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YB Tuan Haji Khazan Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Naib Pengerusi PERKIM Kebangsaan, Prof. Dato’ Dr Ariffin Shuhaimi, Pengerusi PERKIM Negeri Terengganu, Dato’ Haji Ismail Yahya, wakil Ketua Pengarah JAKIM, Ustaz Hashim Salleh dan beberapa orang kenamaan lain.

Di dalam ucapannya, YB Haji Khazan telah menjelaskan tentang prinsip sebenar agama Islam yang bersifat membimbing manusia ke arah kebaikan dan juga kejayaan. Islam bukanlah agama yang menyusahkan atau membawa manusia kepada permusuhan.

Beliau menyeru kepada masyarakat kampung agar menghayati ajaran Islam yang sebenarnya, bukanlah sekadar pada nama sahaja. Pihak kerajaan sentiasa berusaha membantu masyarakat Orang Asli untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui perlantikan Penggerak Masyarakat JAKIM dan juga menyediakan kemudahan infrstruktur seperti surau, pusat aktiviti dan sebagainya.

Aspek pendidikan juga turut disentuh oleh beliau, khususnya dalam melaksanakan hasrat kerajaan untuk menyifarkan golongan buta huruf di negara ini. Menurut beliau, dengan pelajaran Orang Asli akan bertambah maju dan boleh menguruskan hidup mereka dengan sempurna di masa akan datang.

Selain meraikan pengantin dengan renjisan air mawar dan bungan rampai, YB Haji Khazan juga telah menyampaikan hadiah kepada setiap pasangan dan juga kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah diadakan sepanjang program.

Dengan kerjasama berbagai pihak usaha dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Asli semakin menunjukkan kesan yang baik dari masa ke semasa khusus dalam aspek membudayakan cara hidup Islam di kalangan mereka.

 http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/1.jpg

 Ahli Kelab PERKIM Universiti Darul Iman bermesra bersama adik angkat di kalangan orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/2.jpg

Pelajar Kelab PERKIM Universiti Darul Iman bermesra bersama adik angkat di kalangan orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/3.jpg

Acara sukaneka pancing getah kategori lelaki.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/4.jpg

Acara sukaneka meniup belon kategori kanak-kanak asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/5.jpg

Dari kiri: Hajah Puteh Kalsom, Tuan Hj. Hanif Harun(Pengarah Dakwah)  dan Tok Batin Bunchet  dan Dr. Ramli Abdullah

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/6.jpg

Pertandingan Busana Muslim kategori kanak-kanak orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/7.jpg

Pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat orang asli dari Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/8.jpg

Majlis akad nikah yang berlangsung di antara 5 pasangan pengantin di kalangan orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/9.jpg

Majlis meraikan 5 pasangan pengantin orang asli.

 

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/12.jpg

YB Tuan Haji Khazan Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka orang asli.

 

 

 

 

_______________________________________________________________________________________________

  
PROGRAM MESRA BERSAMA ORANG ASLI DI KAMPUNG SUNGAI RUAL

Seramai 40 orang pelajar ahli Kelab PERKIM Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mendapat pengalaman baru mengenai kehidupan masyarakat pedalaman ketika menyertai program Mesra Bersama Orang Asli di Kampung Sungai Rual dan Kampung Manok, Jeli, Kelantan baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu, biarpun singkat tetapi cukup bermakna bagi berkongsi kehidupan di kawasan pedalaman tersebut.

Ia dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kelab Perkim UniKL, Perkim Bahagian Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).

Melalui program itu, mereka dapat melihat dari dekat kehidupan masyarakat perkampungan orang asli serta menyelami sendiri kegiatan penduduk kampung terbabit dan ke semua penduduk kampung itu telah memeluk Islam sekitar awal 90an.

Aktiviti utama masyarakat kampung itu adalah mencari akar-akar kayu di hutan, memburu binatang dan mengait kelapa sawit. Kesempatan ini membolehkan pelajar terbabit melihat sendiri hasil-hasil yang dibawa oleh mereka.

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Asas Tani. Beliau sangat gembira perkampungan ini terpilih untuk menerapkan semula penduduk kampung dengan dakwah yang berkesan bersama pelajar-pelajar.

Katanya lagi, pendekatan Kelab Perkim UniKL menziarah ke perkampungan Orang Asli merupakan agenda utama supaya keimanan dan keyakinan mereka terhadap Islam dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Kesempatan itu juga membolehkan mereka memupuk persaudaraan dengan penduduk kampung terbabit selain beramah mesra dengan kanak-kanak dan warga tua melalui aktiviti yang dirancang.

Di samping itu, bagi mengeratkan lagi kemesraan pelajar, kakitangan Perkim dengan orang asli, mereka mengadakan kunjungan ziarah ke seluruh perkampungan masyarakat asli Sungai Rual dan Manok dengan bertanyakan khabar dan memberi sumbangan hamper berbentuk makanan asasi yang turut disampaikan oleh Datuk Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim.

Selain itu, aktiviti mencari gula-gula dalam tepung, bowling kelapa dan meniup belon sehingga pecah antara sukaneka untuk kanak-kanak. Bagi para lelaki pula disediakan sukaneka berbentuk sumpit dan perlawanan sepak takraw. Tidak ketinggalan kaum ibu, iaitu acara pertandingan tudung tercantik. Aktiviti gotong-royong bersama penduduk orang asli membersihkan kawasan dan rumah menjadi aktiviti yang paling murni. Aktiviti ini dimuatkan lagi dengan pameran Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Penat mencurah bakti dan menimba pengalaman waktu siang, malamnya pula mereka didedahkan dengan Malam Kebudayaan yang melibatkan kumpulan nasyid orang asli dari Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) dan kumpulan nasyid Dainuri dari Kelab Perkim UniKL. Mereka masing-masing mempersembahkan 4 buah lagu dakwah kepada masyarakat kampung.

Pengarah program, Suariza@Hidayah Muhammad berkata pihaknya berpuas hati dengan penganjuran program terbabit kerana mendapat kerjasama semua pihak terutama sokongan daripada penduduk kampung.

"Kini masyarakat orang asli sudah jauh berbeza. Mungkin juga tidak terlepas dalam usaha pembangunan negara samada dari segi perkembangan infrastruktur dan pendidikan." "Malah usaha dakwah secara berterusan dan pemantauan yang teratur dari penggerak Jakim, sedikit sebanyak membawa perubahan pemikiran dan hala tuju masyarakat Islam orang asli,"

"Tanpa komitmen penduduk di kampung terbabit, program ini tidak dapat berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya.

Bagi Tok Batin Kampung Sungai Rual, Langsat bin Belimbing, kehadiran pelajar terbabit ke kawasannya sangat menggembirakan pihaknya kerana dapat berkenal-kenalan dan berkongsi kisah kehidupan.

"Pengalaman ini amat manis dan berharap program seperti ini diadakan lagi pada masa hadapan," katanya.
 
DSC02566.jpg picture by perkimkebangsaan

Mustapa (tengah) sempat melayan kanak-kanak dan beramah mesra bersama penduduk kampung Sungai Rual.

 

 

 
DSC02515.jpg picture by perkimkebangsaan

Di antara masyarakat kampung orang asli Sungai Rual yang hadir pada hari perasmian.


DSC02630.jpg picture by perkimkebangsaan

(Kanan) Datuk Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM menziarahi dan menyampaikan sumbangan hamper berbentuk makanan asasi kepada Tok Gemok (kiri) dan penduduk kampung Sungai Rual dan Manok.

 
DSC02724.jpg picture by perkimkebangsaan

Ahli Kelab Perkim UniKL juga turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan berbentuk makanan asasi kepada masyarakat kampung.


DSC02838.jpg picture by perkimkebangsaan
Mencari gula-gula dalam tepung antara aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak kampung.



DSC02812.jpg picture by perkimkebangsaanSumpit antara aktiviti sukaneka bagi golongan lelaki dewasa yang mendapat perhatian umum kerana ianya salah satu budaya masyarakat di sini.

DSC02914.jpg picture by perkimkebangsaan
Kumpulan Nasyid Orang Asli dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) menyampaikan empat buah lagu nasyid kepada penduduk kampung. 
<

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2010 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.